Monday, March 18, 2013

Lempeng Kak Jah Cafe




*Aksi bungkus dan makan di rumah.



*Aksi selepas disahkan terkena Vertigo.Haha.Banyak kali jugak aku pekena lempeng kat sini rupanya.


Lokasi: KLIK SINI (Taman Desa Subang,Jalan Musytari Am U5/Am)

*Sedap giler ayam masak merah dan lempeng ( lempeng kelapa dan kosong) beliau.Selamba je aku boleh habiskan 2 keping.Menu lempeng ni sepatutnya kalau ikut dalam menu, dijual waktu petang.Tapi mungkin disebabkan permintaan yang tinggi kot, pagi-pagi hari dah dijual.Nak menunggu pun ambil masa.Ramai yang datang.

**Kalau korang singgah makan di sini, di samping dua orang gadis pelayan,akan ada seorang lelaki yang akan ambil pesanan korang.Dia sangat peramah.Aku rasa mungkin dia pemilik kedai.Bagus.

*** Teringat ayam masak merah dia semula.Empphhh...! Empphh..!!


Friday, March 15, 2013

Benda-Benda Yang Awkward

Aku berjalan dengan tenang. Bayar guna duit syiling dan masuk ke dalam tandas awam.Kelihatan dua jejaka lembut sedang 'make-up' di hadapan cermin tandas.Hanya mereka berdua yang ada di dalam tandas pada ketika tersebut.

Mereka pandang aku, aku pandang mereka.Mereka berhenti 'make-up'.

Aku abaikan mereka dan berjalan melepasi mereka.

"Barang baik! Barang baik!" tiba-tiba bisik salah seorang dari mereka kepada yang seorang lagi sambil menjeling ke arah aku.








Aku harap, mereka maksudkan alat 'make-up' yang mereka gunakan sebentar tadi.

Aku berharap sangat-sangat.

Berharap sangat.


*Bontot terkemut-kemut ketakukan.

Esok Pagi

Dah lama tak pekena larian 20km.

Apa kata besok kita cuba.

Auw.


Thursday, March 14, 2013

Jamil Di Pejabat

Aircond kuat betul. Aku yang berkemeja lengan panjang,seluar panjang pun boleh menggigil sekarang ni.Sampai kena minum air panas untuk memastikan aku terus hidup (amboih, kronik betul nampaknya).

Menghairankan. Apa jenis tonik yang awek-awek dan amoi-amoi dalam pejabat aku ni dah minum.

Selamba je pakai skirt singkat, baju nipis ketat-ketat di sana sini.

Tak sejuk ke woi!








*Mungkin mereka terasa hangat dengan kehadiran aku yang hot.Hahaha.

Wednesday, March 13, 2013

Antara Astro,Steak Lembu dan .......

Aku duduk penuh comel di hadapan TV sambil menonton "Secret Meat Business".Rancangan yang khusus untuk memasak makanan berasaskan daging yang dihoskan chef Australia yang berjudul Adrian.

Disebabkan aku ni bukan cerdik bahasa inggeris sangat, jadi aku buka subtitle bahasa melayu.Melayan jugak lah tengok si Adrian ni memasak daging. Air liur pun, bukan main galak lagi merembes keluar.Heh.Terus bercita-cita nak masak steak 500g.

Tengah sedap menonton, tiba-tiba si Adrian menyebut "rare meat" iaitu "daging mentah". Maka, secara tiba-tiba juga, subtitle bahasa melayu di bawah menafsirkan "rare meat" tadi dengan perkataan "Daging Jarang" sampai habis rancangan.

Daging Jarang? Seriously?

Aku rasa,daging jarang ni, kalau wujud pun, mungkin ianya sejenis daging yang boleh dilihat disebalik kain pakaian yang jarang.Hahaha.

Aummm!










*Jamil,behave Jamil.Behave....

Tuesday, March 12, 2013

Antara Tarmizi, Kasmin dan Diet Seimbang

"Aku rasa, kita patut tukar diet kita kepada yang lebih sihat." ujar Tarmizi dengan tenang.Matahari terik meninggi di atas kepala mereka.Sudah tengah hari.
"Contoh?" balas Kasmin yang duduk di sebelahnya.

"Kita kena elakkan makan macam sarapan tadi.Aku bedal nasi lemak lauk daging.Karipap. Kuih muih.Air teh tarik.Berat-berat semua tu." balas Tarmizi.
"Ha'ah.Aku pun tak nak kalah.Pulut bersantan lengkap dengan ayam masak merah dan ayam goreng.Telur rebus lagi." ujar Kasmin seolah-olah tersedar dari lamunan.

"Esok kita tukar menu yang menyihatkan.Salad buah contohnya." ujar Tarmizi dengan tegas sambil berehat setelah mereka berdua penat menebang kayu balak di hutan,membajak sawah,menggali parit bendang, membelah gunung dan mengejar kerbau yang terlepas tali sebentar tadi.








Kasmin mengangguk-ngangguk tanda setuju.

Monday, March 11, 2013

Jamil dan Penyakit

Hari Sabtu lepas, aku dah mula rasa pelik.Rasa pening, tak sihat dan mual-mual.Kaki rasa lemah.

Hamaigad.

Selaku jejaka kental, aku cuma persetankan semua perkara di atas.Jadi, dengan tabah dan to'maninah, aku telan ubat demam sambil berharap semuanya akan aman sejahtera semula.

Masuk hari Ahad, aku rasa semacam.Pening tak hilang.Nak berdiri pun rasa bengong.Asal kepala gerak sikit je, satu dunia berpusing.Chorus lagu Kyle Minogue yang berbunyi "I'm spinning around" berkumandang dengan jelas dalam kepala aku beberapa kali.

Oh ya,boleh cari di youtube jika anda tidak pernah mendengar lagu tersebut.

Jadi, pada hari ahad, aku makan ubat sebelum tidur dengan harapan, bangun esoknya, aku dah sihat untuk ke tempat kerja.

(Sila bayangkan Jamil sedang makan ubat dan tidur dengan comel. Cepat bayangkan. Cepat lah.)

Hari Isnin yang gemilang akhirnya tiba.

Aku bangun.Oh Em Ji.Dunia berpusing.Aku dah cuak.Penyakit apa yang aku kena pulak dah ni.Minum air kosong dah banyak.Makan minum semuanya aku jaga.Pegi kedai pun, selalu order air kurang manis.Masak sendiri pun, kurang garam.Sayur mayur, dah berapa lori aku telan.Aku panik.

Walaupun panik, tapi masih hensem. Fakta.

Jadi, setelah buat apa yang patut, aku pakai baju kerja hensem-hensem dan terus memandu ke klinik panel berhampiran.Motif pakai baju pejabat? Ye lah, kang lepas check aku sihat je, kena la terus ke pejabat.Tapi,mencabar gila memandu sambil pemandangan di hadapan anda berputar-putar I tell youuu.

"I'm spinning around,I'm spinning around,I'm spinning around" chorus lagu Kyle Minogue berkumandang lagi.

Walaupun pening, aku masih parking dalam kotak dengan cemerlang.Tanpa buang masa,aku masuk klinik, daftar, hulur kad perubatan dan tunggu giliran.Setelah tunggu beberapa minit, aku dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan.

Aku ceritakan apa yang aku alami kepada doktor tersebut.Muka doktor tersebut yang asalnya tenang, tiba-tiba nampak cemas.Demyu, kalau doktor dah nampak cemas, apatah lagi aku selaku pesakit.Mesti lah aku lagi cemas.Bertubi-tubi soalan ditanya kepada aku.

Dah selesai menyoal, tekanan darah aku diambil.Alhamdulillah, semuanya normal dan tip top.Aku lega.Penyakit darah tinggi atau rendah, dah boleh aku letak tepi sekarang.Tak sia-sia jaga kesihatan.Kemudian,dia buat test kepada aku.Antaranya, aku kena pandang mata dia, jari dia, dan dahi dia.Nasib baik dia tak suruh pandang yang bukan-bukan.Suruh pandang mesin kira duit contohnya.

Sambil aku ikut pergerakan jari dia, dia pandang mata aku dalam-dalam bagi mengesan masalah.Dah setel, aku kena berdiri tegak sambil pejam mata.Beberapa test yang dia buat, menyebabkan aku hampir tumbang.Demyu.Hahaha.

Seterusnya, aku diminta berbaring.Dah baring, kepala aku dipegang mengiring dan ditekan ke bawah sambil mata kena pandang mata doktor tersebut.Aku cuak.Sekali pandang, dah macam tengah buat tarian tango.Demyu lagi.Hahaha.

Diikuti seterusnya dengan beberapa ujian yang lain.

"You kena 'Vertigo'." ujar doktor perempuan tadi sambil menerangkan kepada aku tentang apa itu vertigo.Panjang lebar dia terang.Aku puas hati.

"Kalau tak sembuh hari ini, you datang jumpa I semula." ujar doktor tu lagi sambil tulis MC untuk aku.

Nampaknya, Gyroscope dalam badan aku dah messed up.

Boleh tahan jugak kesannya.

















Hai.Nama saya Jamil.Saya tak berapa sihat sangat.
Anda semua di luar sana, kerja elok-elok tau.
Jamil sedang berselimut dengan penuh enak.
Jamil nak berehat.
Muah.
Tata.



xoxo

Thursday, March 7, 2013

Hmetro dan Cerita Sensasi


Antara sebab aku suka HMetro adalah kerana tajuk beritanya yang 'catchy' kadang-kadang.

Cuba cerita sikit, akhbar mana kat Malaysia ni yang ada guna perkataan "Barua" untuk tajuk utama seselamba HMetro?

Hahaha.

HMetro dulu pernah keluarkan tajuk berita "Pedajal Makwe". Hahahaha.

HMetro at its best.