Thursday, September 6, 2012

Malik dan Tembikai Ladang Cina Ba

Lokasi: Tangga sungai belakang masjid.
Tahun:1994

Setelah kami beredar dari Ladang Tembikai Cina Ba (LTCB), aku dan beberapa orang rakan aku singgah di Masjid SmallVille.

Dah parking basikal comel-comel, aku dan rakan-rakan aku,pergi ke belakang masjid.Di belakang masjid ni,ada tebing tinggi yang turun menghala ke sungai.Di tebing ni juga,terbinanya tangga yang awesome.Kadang-kadang,sebelum start teraweh,aku suka lepak kat tangga simen nih.

Salah seorang membe yang ada petang tu,bernama Malik.Malik ni,memang kawan rapat aku di kampung.Bukan setakat aku ja yang kawan rapat,ayah dia juga,kawan rapat kepada bapak aku.Sama-sama masuk bukit cari rezeki dulu-dulu.

Jadi,itulah serba sedikit yang aku boleh cerita tentang Malik.Mukanya mirip pelakon Akasha.

Ok.Setelah sampai di tangga tebing belakang masjid,aku ambil port paling best.Aku duduk sambil keluarkan pisau lipat yang berharga 20 sen.Pisau lipat jenama cap tangan.Memang tajam.Kalau beli yang harga 10 sen,memang out kualitinya.Mudah tumpul dan berkarat.

Malik pulak,duduk di depan aku.Di tangannya,ada sebiji buah tembikai.Muka dia dah tak sabar-sabar.Aku pun tak sabar-sabar.

Malik ketap bibir.Aku pun ketap bibir jugak.Sebelum belah dengan pisau,aku dah terbayang keenakan makan buah tembikai di petang hari yang awesome.Makan pulak di tepi sungai.Indah sungguh.

Tanpa membuang masa,aku belah sedikit demi sedikit buah tembikai tadi.Aku pandang Malik,dia teruja.Aku teruskan potongan.Isi tembikai yang merah mula kelihatan.Aku semakin bersemangat membelah buah tembikai tadi.

Muka Malik kelihatan sangat teruja.Kemudian,dari teruja,muka dia bertukar jadi berkerut.Dah berkerut,dia jegil pulak ke arah aku.Aku jadi pelik dan terus pandang ke arah buah tembikai tadi.








Kelihatan,jari mulus Malik, sedang rakus disembelih oleh pisau lipat tadi.

"Ah ah....ssssss....sssssss...sssssss" Malik berbunyi.


6 comments:

diz is me... said...

sakitttttttttttttt...huhu

Anonymous said...

makin merah kaler tembikai tu... kalau makan mgkin rasanya lebih manis.. keke =p

Sweety said...

kecik2 lg dh tawu tkleh masuk masterchef.. peace!

StingRay said...

dim: mmg sakit.=p

anon: tambah rasa masin2 sket.haha

anie: masterchef jr takda kat malaysia. =p

naiba said...

waaa....maka jadilah jamil si raja bersiong..jadi inilah salasilahnya....baru tau..huhuhu

StingRay said...

naiba: mmg dah ada siong pun. =p