Monday, February 7, 2011

Sepetang Di Kampung yang Awesome!

Jiran merangkap sepupu sebelah rumah aku nak buat kenduri.Kenduri kesyukuran katanya.Syukur tak syukur,sekor lembu jugak la tumbang.Dah nak capai tahap kenduri kawin.

Jadi,kalau kenduri yang menghampiri saiz agak mega macam ni,keperluan kayu api memang penting.Nak mudah cerita,musim kat kampung pulak tengah musim kemarau.Panas yarabbi.Orang utagha kata...panas lit-lit.

Jadi,selaku jejaka super gagah,mak aku menyuruh aku untuk pergi survey kalau-kalau orang kampung dah berkumpul untuk angkut kayu api dari kebun getah.Tanpa membuang masa,diulang,tanpa membuang masa(patuh habis lah),aku terus menunggang motor menuju ke port berkumpul.

Hampa.Tiada siapa yang berkumpul lagi.Ok.Mungkin masih awal.Baru jam 3.30 petang.Panas lit-lit lagi.Mungkin lepas asar.Jadi,aku berpatah semula menuju ke rumah.

Tengah OTW balik tu,aku lintas masjid.Naluri kecil aku menyuruh aku untuk singgah di sungai belakang masjid.Tempat paling nostalgia kat kampung aku.Banyak aktiviti kat situ dulu-dulu.Jadi,aku terus menuju ke sungai belakang masjid.Elok sampai tepi sungai,aku terus rasa berdebar.

Maunya tak berdebar.Kelihatan Malik,membe baik aku sejak kecil,tengah sedap memanah ikan kat dalam sungai. Dari atas tebing,aku nampak malik timbul tenggelam dengan senapang panah di tangan.Mukanya siap bercermin selam.Lengkap.

Focking shaitt...ini adalah sangat awesome dan tidak boleh dibiarkan!

Kali terakhir aku terlibat dengan aktiviti macam ni,kira-kira 13 tahun lepas.Masa tingkatan dua dulu.Dalam tempoh dua kelip mata,aku sudah berada di gigi air.Tersengih-sengih memandang ke arah Malik.Setelah digoda dengan air sungai yang super jernih,tanpa sedar,kaki aku dah ada dalam air.Malik yang menyedari aku ada kat dalam sungai,terus goda aku ajak mandi sungai.Bila lagi katanya nak berendam.

Demm.

Daun buluh bergemersik halus ditiup angin.Awan putih bersih berarak lembut.Bunyi riak-riak air sangat menggoda.Burung-burung berkicauan.Dolphin meluncur riang di sana-sini.Ikan-ikan di dalam air bernyanyi riang.Unggas-unggas di tepi sungai bersorak gembira.

Aku rebahkan badan aku ke dalam air perlahan-lahan.Rasa sejuk air sungai yang turun dari bukit mula menyelinap di badan aku.Badan rasa segar.Semua deria badan aku ligat menafsir erti bahagia,selesa dan nikmat mandi sungai.Nikmat yang agak lama aku tinggalkan.

Bertambah nikmat dapat mandi dengan membe kampung.Bukan senang nak berjumpa.Masing-masing kerja.Apatah lagi berjumpa di sungai.Ini sangat awesome!

Aku tersenyum di dalam sungai.Perlahan-lahan aku tenggelam di dalam kenikmatan.Dari kaki,air mula menenggelami aku perlahan-lahan.Bila air mula sampai ke muka,aku tarik senyuman paling manis sebelum menyelam jauh ke dalam dasar sungai.

Bahagia.







*****Tiba di rumah dengan muka puas.*****




"Ni pegi mana basah-basah ni?" adik perempuan aku tegur bila aku turun dari motor.
"Mandi sungai.Sedappp..Bestttt!" aku jawab dengan penuh bangga dengan harapan adik aku akan jeles.

"Kat hulu sungai tu,ada orang buang bangkai lembu mati...2 ekor...lembu yang kena penyakit.Eii..air kotor." pantas jawapan keluar dari mulut adik perempuan aku dengan mimik muka penuh jijik.









Emm.....

Eh!..Takdalah.Mana ada aku mandi sungai.

Korang ja salah baca.

Emm.....

Takda lah.

Takda.

Tak mandi pun.

Takda..




8 comments:

miloaiskurangmanis said...

hahahahah
tak ada lah sangat kan???
kononnnnn!

Lazyf said...

eleleleleleh...
Jamil blushing suda...
hahaha

Unknown said...

ape rasa air sungai campur ngan lombu2 tersebut..??

marina anakcikbob said...

wajib samak! euwhh!

Anonymous said...

eiii...eiii..yucks!yucks!

mila.ibunajihah said...

OMG jamill.. i feel sowii 4u..hehe

Nerzhul said...

kenapala tak tanam bangkai tersebut.. pencemaran sungai sungguh.

StingRay said...

milo: betul ni..takda ..takda.

lazyf: takda..manada..manada..=)

copo: tak sempat rasa.haha

marina: woo..jenuh berendam dalam selut.

capa: gedik habis!

mila: simpati? bak mai rm1000..leh? haha

ner: itu yang aku menyampah tu.tskk tskk..