Wednesday, July 18, 2012

Nama Anak

Sejak dari aku kecil,hingga sekarang,aku menyaksikan transformasi nama yang diberikan kepada anak-anak yang baru lahir.Aku ada anak buah seramai hampir 30 orang dah sekarang.Sorang-sorang nama bombastik.Hasilnya,aku sering tersalah panggil nama.

Dari nama-nama yang beralun-alun sebutannya,hinggalah nama yang berbunga-bunga bunyinya.Panjang nama tersebut,memang menakjubkan.Nama yang diberi,bergantung kepada mak ayah budak-budak tersebut.

Kena yang jenis baca novel cinta,humang aaiiiii...nama anak memang novel habis lah!

Hummm...

Aku,adalah seorang yang ringkas orangnya.Ringkas dalam serba serbi.Makan nasi dengan lauk telur goreng pun takda masalah.Hatta,aku juga boleh makan nasi dengan hanya sebiji cili.Heh,ringkas ke miskin ni? Hahaha. Well,almari penuh dengan tshirt leher bulat RM5 pun takda masalah.Macam aku cakap dulu,orang hensem,pakai apa pun,tetap smart.Tak,aku tak kata aku hensem.Aku cuma cakap perihal orang hensem sahaja.

Disebabkan aku jenis yang suka kepada benda yang ringkas,dan kerja aku juga memerlukan aku untuk mengutamakan ketepatan (contohnya,untuk buat modul login),kalau password hanya perlukan 5 aksara,jadi,hanya 5 aksara perlu digunakan.Tidak lebih,tidak kurang.

Jadi,apajadah aku cakap semua ini?

Well,jika digabungkan dengan keringkasan yang ada pada sifat aku,dan juga suasana pekerjaan aku,ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara aku berfikir.

Salah satu benda yang aku fikir,adalah nama anak.Jangan salah faham.Aku belum jadi ayah lagi.Belum ada perancangan lagi.Cuma,aku terfikir,kalau aku ada anak nanti,apa jenis nama aku nak letak?Jadi,sambil datang ke tempat kerja pagi-pagi,aku dapat satu nama.Ekceli,nama ni dah lama dalam hati aku.

Memandangkan bakal anak aku nanti,sejak dari lahir,sampai lah kepada kematiannya,akan ada terlalu banyak borang perlu diisi.Masa lahir,kena isi borang,lepas tu,borang masuk tadika,borang masuk sekolah,borang persatuan sekolah,borang masuk Universiti,borang masuk kerja,borang nikah dan juga borang merepek-repek yang lain.Kalau canggih sangat masa depan pun,katakan isi nama guna cip dalam IC sahaja,aku rasa,masih ada lagi borang yang perlu diisi.

Jadi,untuk memudahkan anak aku kelak,aku bercadang,untuk letak nama yang ringkas.

Kalau aku letak nama,Elmira Syafiqa Maisara Hani binti zzzzzzzz,aku sangat pasti,bila dia buat kecoh kat pasaraya masa aku tengah pilih kicap kipas udang,aku hanya akan panggil "Mira! Jangan nakal-nakal! Nak kena babap?" sahaja.

Bayangkan kalau aku sebut nama penuh Elmira Syafiqa Maisara Hani.Elok habis sebut nama dia ja,aku dah hilang marah.Penat sebab panjang sangat.Sia-sia je letak nama panjang,tapi tak guna.Nenek dengan atuk pun payah nak ingat.

Jadi,untuk anak aku,kalau perempuan,aku berminat untuk letak nama Sarah.

Ya.Sarah.Hanya Sarah.

Hai Sarah.Tomey tomeynya diaa,muah muah muah! v(^_^)v

Paling panjang pun,Sarah Hani.

Bagi yang tahu nama sebenar aku,gabungan Sarah dengan nama aku (yang dibuang Mohamad) di hadapannya,sangatlah sweet jika digabungkan untuk dijadikan tandatangan dan diletakkan pada key-chain.

Jika anak lelaki? Hehehe.

Hadzril Hafiz @ Hazril Hafiz sudah memadai.

Mudah-mudahan,anak aku kelak,tak habiskan masa mengisi borang dengan nama-nama panjang.

Satu benda lagi,bila anak aku nikah nanti,aku tak nak menantu lelaki aku,terkial-kial sebut nama anak perempuan aku depan tok kadi.

Kalau nama pendek macam tu pun tak lepas nak sebut,aku lempang-lempang dia.Hahaha.







*Jahanam,aku rasa,ubat yang aku baru makan ni betul-betul power.Apa kejadah dah high sangat ni sampai posting nama bakal anak.


10 comments:

adam said...

masalah orang sekarang. anak melingkup exam sebab 30minit habis isi name lepas tu tinggal lagi 30 minit jawab soalan. haha

bukankosong said...

nak sebut dua nama

punyer la pjg entry ye

sekapur said...

amboii...high mlm2 jumaat..ad makna tu..hahhh

Nazz@Purple said...

ape2 je..yg penting makna disebalik nama tu baik kan bro..

Unknown said...

nice..!! Hadzril Hafiz.... uhukkk.. nak jd ayah da lettewww x lm lgik.... hehehe

naiba said...

hehehehe..mesti tak sabar nak jadi ayah ni..=)

by the way..name anak lelaki en jamil comel.=)

Anonymous said...

JJ la best jamil

Jessica ke.. (F)
exp: Jessica Jamil
wallaweeii...!!!

Jesline Jamil, F
Joshua Jamil, M
Jason Jamil, M
Hafiz Jeremy, M

nak bunyi mlayu sket?
Jazlan Jamil, M
Johari Jamil, M
Jamal Jamil, (cipi2 dgn jamil)

eh best la double JJ ni...

"Jamil Jahanam" hahahahaaaa..

StingRay said...

adam: kesian wooo tengok orang isi form panjang2.haha.

bukan kosong: amazing kan? haha

sekapur: semalam baru hari rabu daaa..haha

nazz: ya betulll... =)

chomey: haha..nama dah ada.anak takda. =p

naiba: well...tengok ayahnya le.Kacak.hensem.kah kah kah

ain: ahhh..kau ni.Makan tempe berkilo-kilo,nak letak nama anak jessica.Susah sebut nanti wooo..hahaahha...banyaknya nama kau taip,gigih. =p tang jamil jahanam tu,rasa macam nak lempang.

diz is me... said...

tul2..time exam...blum lg wat karangan...tgn dh lenguh tulis name kt kertas jwpn jer..huhu

StingRay said...

diz: nak pendekkan memang tak boleh lah kan? haha