Thursday, July 12, 2012

Jamil dan Kedai Gunting Rambut

Malam tu,aku memandu dengan bergaya.Setelah puas memandu dengan bergaya,aku parking pula dengan bergaya.Dah siap parking dengan bergaya,aku keluar pula dari kereta dengan bergaya.

Matlamat aku pada malam tu,adalah untuk mendapatkan potongan rambut yang paling awesome.Aku berjalan,juga dengan penuh bergaya ke dalam kedai gunting rambut di hadapan aku.

Setelah tunggu dalam 5 minit,giliran aku tiba.Aku duduk atas kerusi.Tubuhku yang mulus kemudiannya dibaluti dengan kemas menggunakan kain yang boleh tahan baunya.Takpe lah,redhakan saja.

"Potong tepi dengan belakang sahaja.Potong kemas-kemas." aku bagi arahan dengan harapan,aku akan dapat rambut yang kemas di tepi dan belakang,tapi masih ada rambut yang awesome untuk disikat dan dimain-main dengan syampu semasa mandi.

Tukang gunting angguk dengan patuh.Bagus betul tukang gunting ni.Jinak macam arnab.


"ZASSSS!....ZASSSS!....ZASSSS!...." rambut aku digunting dengan rakus dan pantas.Tak menyabo orang kata.

"Siap!" kata tukang gunting tadi sambil kibas-kibas kain.









Di atas kerusi,aku memandang diri aku di dalam cermin dengan penuh tabah.

Rambut aku yang asalnya level-level rambut Leornado Dicaprio zaman cerita Titanic dulu,terus bertukar kepada level-level macam nak pergi interbiu masuk askar.

Rasa marah tu,sampai dah tak tahu dah nak marah macam mana.






Cilakesss.



7 comments:

bukankosong said...

masa tgh gunting tu kena perhati kot

sbb ada yg tak reti trima arahan

hoho

nad said...

lain kali bawa gambar contoh
diaorang ni bukan boleh faham sangat pun apa yang kita nak

zulkoa said...

muka ko mcm kadet askar kot. sape yg salah ?

haha. padan.

Unknown said...

makin hensem la ni kiranya...dari ala-ala leonardo de caprio kepada ala-ala van damme...hahahha

Anonymous said...

pg kat quick cut la best..amoi yg gunting :P... cutting k-pop lagik

StingRay said...

bk: dah perhati dah.bila dia zass bahagian atas rambut,aku tak boleh buat apa dah. haha

jejentik: takda keja aku nak print aih.haha..

ubi: pernah tengok Ben Affleck dalam cerita pearl harbour? ha,kadet macam tu lah rasanya.haha

dadyee: van damme? demmmmmm! hahaha

anon: ekceli..aku suka jenis yang gunting lama-lama.jenis slow,tenang dan hasil cantik.haha

naiba said...

huhuhuhu..cian..mese die tgh gunting..en jamil x perasan ke die usik rmbut dpn?