Monday, July 16, 2012

Sepetang di Low Yat

Aku berjalan dengan penuh tenang melepasi kedai-kedai menjual gadget-gadget terkini.Setelah membuat semakan harga di kedai sekeliling,aku akhirnya singgah di sebuah kedai yang memberi harga terbaik untuk sejenis gadget tanpa keypad yang boleh dicuit-cuit skrinnya.

Jadi,setelah setuju dengan harga yang diberikan,aku bersetuju untuk membeli gadget tersebut.Tiba-tiba,apek tu buat satu benda yang betul-betul silap.Betul-betul silap.

Semasa aku bertanyakan hal ehwal gadget tadi,aku hanya berlagak seperti biasa.Ye lah,tanya je untuk kompemkan apa yang aku dah tahu.Diorang cakap,aku angguk je.Mungkin melihatkan kenaifan aku,apek tadi cuba ambil kesempatan.Auww...

"Ini aa..you kena tambah lagi 16 GB storage.Kalau tidak aa..tidak boleh jailbreak woo..Tak cukup." Begitulah teknik pembohongan yang aku dapat kesan.Nak tambah memori kad kejadahnya kalau kat rumah ada lagi 16GB extra memori kad.Jadi aku cakap,aku tak nak tambah sebab kat rumah dah ada.Lagipun,dalam gadget tu pun,dah ada 16GB memori dah.Jadah dia tak cukup.Aku suruh sumbat memori sampai 1 petabait karang,baru ada akai.

Apek tadi,terus pusing-pusing cakap sambil meyakinkan aku bahawa,tak boleh jailbreak kalau tak letak memori kad sambil memberi alasan pasal benda pelik-pelik.Kini aku faham,mereka tawarkan harga murah untuk gadget,tapi mereka banyak makan dari jualan aksesori.Sekarang,mereka sedang cuba menjual sebanyak mungkin aksesori kepada aku.Tambah2 harga,lebih kurang je dengan kedai yang lain.

Tak cukup dengan itu,kawannya di sebelah turut sokong apa yang beliau cakap.Well,ada team ye.

Licik.

Aku tersenyum.Disebabkan aku ada hal lagi dan dah malas nak pusing kedai lain sebab harga sama aje,aku rasa..tiba masanya aku bagi buah penamat kepada apek tadi.

Dengan jelas dan terang,aku bagi kuliah percuma dari perihal perisian,pengaturacaraan sampailah kepada hardware pasal gadget yang aku nak beli tu.Depan-depan.Tak kasi can.Giliran mereka berdua pula angguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang aku cakap.Satu persatu yang diorang pusing tadi,aku jelaskan semula,tak kasi can diorang nak belit lagi dah.

Apek tadi terus tunduk pasang skrin protector,pegi jailbreak laju-laju,balik semula,aku test sedas dua dan check sampai puas hati dan dia terima duit di tangan aku tanpa bising-bising lagi.Kawannya di sebelah,dah mula potpetpotpet dalam bahasa cina sambil tekan-tekan kalkulator sebab dia salah bagi harga murah.Siap merayu suruh aku tambah duit lagi dengan alasan harga pakej bla bla bla dan takut bos marah.

Nehi nehi nehi.Aku kekal dengan harga asal seperti yang telah dipersetujui sebelumnya.Hahaha.Perangkap tak mengena.







Apek tadi tunduk pandang ke lantai dari lepas aku ceramah....sampai aku blah.

Comel.




15 comments:

anakcikbob said...

low yat memang cenggitu la.
lagi2 kalau jenis singgah untuk tanya2 je.
jumpa yang ok, dia jawap la.
jumpa yg xok [kebanyakan] dia gertak sampai kau beli terus takde tanya2 la.
haha

Nazz@Purple said...

bro..teman sy pi lowyat...

nad said...

Terbaiklah...
Tak berani nak beli barang kat low yat ni, takut kena tipu, aku ni buta gadget sikit

Lina Awie said...

ok..bleh bawak jamil gi lowyat ye!..sbb sngt bijak bab2 gajet&perisian

zulkoa said...

bro..abg taiko. jom teman henfon cuit cuit skrin

bukankosong said...

sek baik otai!

ambik ko apek!

mymindsmine said...

Naiss..kasi akai skit sama diorang..hehe

naiba said...

itu pentingnye ilmu....tabik same en jamil..huhuhuhu

StingRay said...

anakcikbob: betul.kalau jumpa yang jujur,memang sedap je hati nak beli barang dia.hhaha

nazz: euuww..pikir pasal nak parking kereta pun aku dah malas nak pegi.hoho..

jejentik: buat je research sebelum pegi.senang. =)

ina: caj perkhidmatan,RM1000 je.kah kah kah.

ubi:huii...parking susah weh.jenuh pusing kat basement tu.lemas pulak aku.haha

bk: bukan otai sangat pun.prepare je kepala dengan maklumat sebelum ke sana.haha

my: dah berapa ramai yang kena tipu,aku tak tau la..haha

naiba: hahaha..nak beli lembu pun,kena ada ilmu pasal lembu jugak.kan? =)

diz is me... said...

cenggitu leh lh mtk en jamil buah pendpt klu nk gadget2 nie....

StingRay said...

dim: tengok jugak.tak semua gadget aku cerdik. =p

naiba said...

moral of the story...kena survey dan selidik dulu pasal gadget tu sebelum beli..

ok..noted..=)

thanx en jamil..kongsi pengalaman

StingRay said...

naiba: ye,nak beli rusa ke, kancil ke,ayam ke,kena tahu dulu apa yang nak dibeli. =)

ika~~ said...

oh lupe ko org IT kn?patot terer.hehe
aku pnh kna ngn situasi mcm tu kt low yat.apek tu beria suh aku amek aksesori utk phone tu e.g. antivirus,casing etc.aku ttp xnk then dia selamba rmpas balik phone tu dkt tgn aku n pack msuk kotak blik.pastu pura2 xnmpk aku.suwey betol

StingRay said...

ika: mak aih,lagi dasat dia layan ko.hahaaa....samseng habis.