Tuesday, July 24, 2012

Jamil dan Nokia

Mata aku fokus kepada skrin laptop.

Tengah sedap-sedap menaip,tiba-tiba,skrin henpon Nokia 2730 kesayangan aku berkelip-kelip di sebelah.Hoh.Aku cemas.Lepas berkelip-kelip,terus bertukar jadi skrin putih.

Dengan tenang,aku buka casing hp aku.Ketuk-ketuk sikit.Tak ok jugak.Tiup-tiup pun,tak ok jugak.Nak jilat-jilat,tak boleh.Puasa.

Nak pegi kedai repair henpon,jauh la pulak.Tambahan pula,tengah kat pejabat.Takkan nak tunggu sampai petang.Ini tak boleh jadi.Aku nampak technician kat meja depan aku tengah rehat.Aku hampiri beliau,dan minta pinjam 'toolbox' beliau.

Dah dapat set toolbox beliau,aku duduk semula depan laptop,buka youtube.Dah jumpa apa yang aku cari,aku fahamkan betul-betul.Pertama kali nak selongkar henpon,memang kena belajar betul-betul.Bukan boleh main sebarangan.

Dah faham,aku terus praktikkan pada henpon kesayangan aku.Henpon ni dah teman aku 2 tahun setengah dah.Jadi,aku perlu selamatkan beliau.Walaupun orang zaman sekarang dah main henpon jenis cuit-cuit skrin,aku masih setia dengan henpon yang ada keypad.Entah mengapa,aku pun tak tahu.Kes kat lowyat aritu pun,sebab tolong beli henpon cuit-cuit untuk bini.

Setelah 10 minit melakukan pembedahan,aku akhirnya berjaya merawat LCD skrin henpon aku.Port LCD ke papan litar berkarat sikit rupanya.Kes kena air hujan minggu lepas lah gamaknya ni.Dah siap buka dan cuci port skrin LCD yang halus cinonet tu,aku pasang balik dengan cermat.

Dah siap pasang,masuk bateri,aku tekan butang untuk hidupkan henpon kesayangan aku nih.

Tu diaaaa....dia punya warna,jadi tip-top.Hensem macam tuan dia.Takda lagi jadi berkelip-kelip mahupun skrin putih dah.









"Terima kasih kerana selamatkan saya..." ujar henpon aku penuh lemah setelah ubat bius semakin hilang kesannya.

Mata aku berkaca-kaca.


3 comments:

naiba said...

misi berjaya!!yeay!!

anakcikbob said...

youtube jugak yg jadi pedoman. kikiki

adam said...

Saya bukak nokia 5610xm saya, lepas tu sekarang dah tak boleh nak betulkan balik keypad die. hampehdotcom sungguh.