Monday, July 30, 2012

Dejavu di Seri Kembangan

Lokasi: Tepi Tasik.
Tahun: 2012 (Awal Julai)


Waktu makan tengah hari bermula.Aku tidak pergi makan.Kenyang lagi rasanya.

Jadi,aku berjalan menuju ke kafe.Tiba di kafe,aku membeli roti dan keropok.Dah selesai bayar,aku berjalan keluar,menuju ke arah tasik.

Tasik tempat kerja aku ni,ikan dia,punya la besar-besar.Gemuk-gemuk.Tomey-tomey dan paling tak tahan...semuanya jenis kebulur.Paling kebulur,ikan keli.Jenis main telan tak tentu hala.Bukan nak kunyah 44 kali sebelum telan.Teringin jugak aku nak lempar mercun gores bagi dia telan.Biar dia tahu apa itu erti jangan gelojoh.Tapi,memikirkan aku ni khalifah yang wajib menjaga kelestarian alam,aku batalkan hasrat tersebut.Ikan-ikan dalam tasik kat tempat kerja aku ni, hidup dengan gembira tanpa ancaman sebab aktiviti memancing adalah dilarang.Jika memancing pun dilarang,apatah lagi aktiviti perikanan pukat tunda.

Jadi,bila dah sampai, aku ambil port paling champion.Port pada tiang lampu.Baik punya sandar.Sambil sandar,aku buka roti dan keropok yang aku beli tadi.

"KECEBURRRR!!!" bunyi ikan berebut roti yang aku lempar.Aku lempar sikit-sikit.

Dari keli, ikan merah sampai lah kepada kura-kura,semuanya berebut.

Tak cukup dengan itu,burung merpati dan gagak pun turut serta menyibuk.Jadi,sebab aku ni penyayang orangnya,aku tabur sedikit kepada burung merpati.Dengan riang,mereka berebut.Aku juga tabur sikit kepada burung gagak,mereka juga berebut.Lepas tu,aku tabur pula kepada ikan.Ikan juga berebut.Haih,semua nak berebut.Takpe lah.Aku bahagia tengok.

Sambil aku lempar roti ke arah ikan,ada jugak burung gagak yang cuba sambar di udara.Malangnya, burung gagak tadi gagal.Mungkin kerana kurangnya latihan.

Muka aku senyum.

Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah keropok dan roti aku hampir habis.

"CRETTTT!!!" bahu terasa panas.Dua ekor gagak yang bertengek di atas tiang lampu tempat aku bersandar,buat-buat tak tahu.
















Benci laaaa kena buli dengan menatang yang boleh terbang ni.

Serius.

5 comments:

adam said...

dalam kasih sayang ada kelukaan.

kerenah macam nih kenalah bawak bersabar menghadapinya.

keh3.

naiba said...

hehehe...sabar ye en jamil...

anda kan en yang penyayang, juga khalifah yang wajib menjaga kelestarian alam..heheheh...


tapi kan..cek ingatkan...entri ni..akhirnya si gagak jatuh dalam air..sebab en jamil tulis yang para gagak cuba menyambar makanan yang dilempar ke dalam tasik...huhhu
silap perkiraan dan percaturan cek...kene menuntut ilmu hisab lagi nih..huhuhu

anakcikbob said...

ada tasik kat SK?
where? where? aku tau kat mines je..

diz is me... said...

roti yg dberi....tut....yg dblas....hehe

StingRay said...

adam: pehhh..ayat..bukan main. =p

naiba: haha..anda gagal meramal jalan cerita. =p

anakcikbob: ekzekeli korret! =)

diz: kecewa kan? =p