Friday, February 24, 2012

Semaghrib Di Pantai Merdeka

Lokasi: Pantai Merdeka
Tahun: 1999


Pada tahun 1999,aku belajar di tingkatan 3.Jadi,memandangkan aku tinggal di asrama,segala aktiviti yang dibuat,aku kena ikut.

Pada satu hujung minggu,asrama aku buat perkhemahan di Pantai Merdeka.Ramai jugak yang pergi.Ada le dalam 40-50 orang.Perkhemahan pulak,disertai dengan pelbagai jenis aktiviti.Bawa bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut,bina istana pasir,main kayak bersama abang gagah,kasut panjang dan pelbagai jenis aktiviti lagi.

Pada hari pertama,semua aktiviti berjalan lancar.Langit cerah.Angin sepoi-sepoi bahasa.Jadi,acara berjalan lancar hingga ke petang.Jadi,bila maghrib makin hampir,semua budak-budak pergi mandi.Khemah dah siap pacak masa sampai awal pagi tadi.

Selesai mandi,semua pelajar berdiri di atas tikar plastik yang dihampar atas tanah.Ready nak solat maghrib berjamaah.Di hadapan,imam dah ready.Saf lelaki dah hensem.Di belakang,saf perempuan juga dah hensem.Macam mana aku tau keadaan saf perempuan? La....ada mata,guna je lah.haha..Lagipun,saf perempuan,belakang aku je kot.Apadahal kan?

Langit cerah.Cuaca tenang.Setenang hati aku.Sunset pun cantik.

"Allahuakhbarr..." imam angkat takbir.

Aku sibuk terkumat-kamit baca niat di mulut dan hati.Aku angkat takbir dengan tenang.Mata pandang tempat sujud.Cuba fokus sehabis mungkin sambil mendengar desiran ombak di tepi pantai.Fulamak.Macam muzik Kitaro bunyinya.

Tiba-tiba,aku terdengar bunyi angin.Bunyi dari tengah laut.Semakin lama-semakin dekat.Imam pulak tengah sedap baca fatihah.Bunyi angin tadi,semakin hampir.Mirip bunyi ribut.Aku rasa,mesti penunggu Pantai Merdeka marah kot.Ye lah,mana ada orang berjamaah waktu maghrib di tepi Pantai Merdeka sebelum-sebelum ni rasanya.Orang beromen ada lah kot.

Bunyi angin semakin kuat.Semakin hampir.Semakin bergelora.

"TABRAAAAAAAAAAA!!!!" angin ribut terus pukul ke muka aku.Tikar plastik terbang bagai nak gila.Daun pokok bukan main bergoyang macam nak patah.Imam kat depan,steady lagi baca surah ayat lazim.Solat diteruskan.Saf solat tidak berganjak.Kesemua pelajar,kekal dalam saf.

Angin semakin kuat.Sebelum rukuk,angin tadi bagi 'finishing' terbaekkk punya.Sekali dia tiup,aku rasa macam nak tumbang.Suara imam pun sayup-sayup je bunyinya.Punya la kuat bunyi angin tadi.Tapi,kekuda aku kukuh.Takda masalah.Setakat angin,apadahal sangat lah kan?

"TABRAAAAAAAAAAAA!!!" Angin bertiup kuat lagi sekali secara mengejut.Kain pelekat aku mengerbang ke atas.

Jahanam,tak sempat nak kepit dengan lutut.









Ya,terselak kain secara total sambil tayang bontot di hadapan barisan muslimah yang ramai,bukanlah sesuatu yang menyeronokkan I tell you.

Pipi dengan punggung dah sama-sama jadi blushing.





Shi La Ke.


14 comments:

bukankosong said...

pandai angin pilih masa

nak tunjuk true kaler ko

haha

* gurau jah

Mr feckry said...

macam haram...lu sebaya ngan gua ek

Sweety said...

semput tahan gelak. cis.

Unknown said...

haha..gile kentang ko..

Super Nia Hana said...

kelakar syial
aku dah ble agak situsi mcm ni
sbb terlekung aku pernah tersingkap smpai batal sebab aku menggelupur.ahahaha

muhdasyrf said...

Hahaha.. Lepas ni aku kena beringat la nak kepit kain pelekat.

naiba said...

hahahahha...xbleh tahan gelak...
taip komen sambil gelak..hahahaha

cian ko en jamil...tak pasal-pasal wat free show...
Ya Allah..tak bleh bayang saat tu...malu yang amat kot...

tapi kan..de soalan..even dok dalam saf yang rapat...kain boleh terbang sampai ke atas ke?konfius jap..

Unknown said...

kahkahkahkahkahkahkahkahkah

zulkoa said...

lawak lawak..boleh tahan ko nye entri! menci!

Anonymous said...

seram siot saf pompuan paling depan

anakcikbob said...

kau... kau.. kau tak pakai spenda????

nuyuljana said...

ahahaha.

tak boleh bayang la punggung blushing.

ade gambar x?

=))

kadri azmi said...

kah kah kah cam puake...

StingRay said...

BK: True color lah sangat.haha..

feckry: la..ye ke.hahaha..hello geng! =)

anie: jangan gelak laju-laju sangat.cuba bawak bertenang.=)

pinyu:kentang tak kentang la.malu bebeno.

hana: peh..ko pun kena ribut jugak? haha

muhd: refleks yang hensem amatlah penting.haha..kepit jangan tak kepit. =p

naiba: saf bukan rapat sangat pun,angin tengah tiup.angin tu pulak,jenis tiup dari bawah.baekkkk punya cilok.haha

hearless: cit.beria-ria gelak.=p

ubi: auww....dah! jangan nak buat aku meremang.haha

anon: terbayang sampai sekarang.mungkin? haha

anak: pakai beb.mesti la pakai.haha

nuyul:tak baik pegang kamera masa solat.takda dalam rukun.haha

arek: boleh tahan jugak la dia punya puaka.haha