Monday, February 20, 2012

Money Drop 2

Sabtu malam.

Di kaca TV,kelihatan dua anak beranak sedang bermain di dalam Money Drop.Si ibu nampak masih muda.Si anak pula,memang cantik.Balqis namanya.Mereka berdua memakai pakaian berwarna hijau.

Dalam menjawab soalan,aku menjadi agak kagum dengan si Balqis ni tadi.Cara dia mengeluarkan fakta untuk menjawab soalan,memang menunjukkan si Balqis ni cerdik orangnya.

"Inilah yang dikatakan BWB..." ujar aku kepada bini aku yang turut serta menonton di sebelah.

"Ha? Apa tu?" Balas bini aku semula.

"Beauty with Brains.." jawab aku ringkas.

"Maksudnya....?" soal bini aku semula.

"Maksudnya,si Balqis ni,selain cantik,dia juga bijak orangnya.Selalunya,susah nak jumpa perempuan cantik yang dilengkapi dengan otak yang bijak,mempunyai pengetahuan am yang luas dan berpelajaran." aku menerangkan maksud statement tadi dengan jelas dan berharap,agar bini aku akan faham apa itu 'BWB'.

Sambil mata aku menonton rancangan Money Drop,tangan aku pula sibuk menjawab soalan Money Drop secara online.Kadang-kadang sambung buat freelance pulak pada waktu iklan.

"Jadi,abang nak kata...perempuan tu cantik la?" bini aku menyoal.

Aku telan air liur.

Terjebak.









Ya adik-adik...bila anda berkahwin,antara peraturan penting dalam rumah tangga,JANGAN sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain di hadapan bini anda.

Jangan sekali-kali.

Jangan.




5 comments:

Cik Norfa said...

lalu apakah yang terjadi selepas itu? adakah adegan bermasam muka, cubit mencubit berlaku? hihihihi

cg4dis said...

ya..balqis tu memang cantik dan bijak.time dekat UiTM dia antara best student :) hehehe...

Anonymous said...

uitm mane yer???...

ika~~ said...

watched it too.mmg pndai kn si Balqis tu.ini baru lah smart woman!

StingRay said...

norfa; cepat-cepat aku tukar topik.haha

naziyatul: wah wah....kenal dia eh? haaha...kiyem shalammmm....wakakakka...

anon: kena tnya awek kat atas.haha

ika: sejuk je mata memandang.haha