Ye lah,lagi 4 tahun baru boleh sambut semula.
Wednesday, February 29, 2012
Tahun Lompat
Kepada sesiapa yang bertarikh lahir 29hb Febuari ni,aku nak ucapkan selamat hari lahir.Nikmati lah puas-puas ye besday korang.Nak tibai 4 kek sekaligus pun takpa.
Ye lah,lagi 4 tahun baru boleh sambut semula.
Ye lah,lagi 4 tahun baru boleh sambut semula.
Friday, February 24, 2012
Semaghrib Di Pantai Merdeka
Lokasi: Pantai Merdeka
Tahun: 1999
Pada tahun 1999,aku belajar di tingkatan 3.Jadi,memandangkan aku tinggal di asrama,segala aktiviti yang dibuat,aku kena ikut.
Pada satu hujung minggu,asrama aku buat perkhemahan di Pantai Merdeka.Ramai jugak yang pergi.Ada le dalam 40-50 orang.Perkhemahan pulak,disertai dengan pelbagai jenis aktiviti.Bawa bola ping pong dalam sudu menggunakan mulut,bina istana pasir,main kayak bersama abang gagah,kasut panjang dan pelbagai jenis aktiviti lagi.
Pada hari pertama,semua aktiviti berjalan lancar.Langit cerah.Angin sepoi-sepoi bahasa.Jadi,acara berjalan lancar hingga ke petang.Jadi,bila maghrib makin hampir,semua budak-budak pergi mandi.Khemah dah siap pacak masa sampai awal pagi tadi.
Selesai mandi,semua pelajar berdiri di atas tikar plastik yang dihampar atas tanah.Ready nak solat maghrib berjamaah.Di hadapan,imam dah ready.Saf lelaki dah hensem.Di belakang,saf perempuan juga dah hensem.Macam mana aku tau keadaan saf perempuan? La....ada mata,guna je lah.haha..Lagipun,saf perempuan,belakang aku je kot.Apadahal kan?
Langit cerah.Cuaca tenang.Setenang hati aku.Sunset pun cantik.
"Allahuakhbarr..." imam angkat takbir.
Aku sibuk terkumat-kamit baca niat di mulut dan hati.Aku angkat takbir dengan tenang.Mata pandang tempat sujud.Cuba fokus sehabis mungkin sambil mendengar desiran ombak di tepi pantai.Fulamak.Macam muzik Kitaro bunyinya.
Tiba-tiba,aku terdengar bunyi angin.Bunyi dari tengah laut.Semakin lama-semakin dekat.Imam pulak tengah sedap baca fatihah.Bunyi angin tadi,semakin hampir.Mirip bunyi ribut.Aku rasa,mesti penunggu Pantai Merdeka marah kot.Ye lah,mana ada orang berjamaah waktu maghrib di tepi Pantai Merdeka sebelum-sebelum ni rasanya.Orang beromen ada lah kot.
Bunyi angin semakin kuat.Semakin hampir.Semakin bergelora.
"TABRAAAAAAAAAAA!!!!" angin ribut terus pukul ke muka aku.Tikar plastik terbang bagai nak gila.Daun pokok bukan main bergoyang macam nak patah.Imam kat depan,steady lagi baca surah ayat lazim.Solat diteruskan.Saf solat tidak berganjak.Kesemua pelajar,kekal dalam saf.
Angin semakin kuat.Sebelum rukuk,angin tadi bagi 'finishing' terbaekkk punya.Sekali dia tiup,aku rasa macam nak tumbang.Suara imam pun sayup-sayup je bunyinya.Punya la kuat bunyi angin tadi.Tapi,kekuda aku kukuh.Takda masalah.Setakat angin,apadahal sangat lah kan?
"TABRAAAAAAAAAAAA!!!" Angin bertiup kuat lagi sekali secara mengejut.Kain pelekat aku mengerbang ke atas.
Jahanam,tak sempat nak kepit dengan lutut.
Ya,terselak kain secara total sambil tayang bontot di hadapan barisan muslimah yang ramai,bukanlah sesuatu yang menyeronokkan I tell you.
Pipi dengan punggung dah sama-sama jadi blushing.
Shi La Ke.
Wednesday, February 22, 2012
Abcedefg.... yeay!
Pakai tudung labuh dah cantik dah.Gaya muslimah dah tu.Tapi sayang,awat pi selak luas-luas tang dada kak? Nak suruh kami semua teka saiz cup kaaaaa?
Tak nak kalah jugak tu.Hahahaha..
Tak nak kalah jugak tu.Hahahaha..
Tuesday, February 21, 2012
Cubaan
Tengah sedap nak jaga pemakanan demi mengelak badan dari menjadi gemuk,terjumpa pulak nasi lemak yang maha sedap.Dah la sedap,murah,terjumpa tiap2 pagi pulak tu!
Dia punya sambal,jenis pedas sedap.Manis masin secukup rasa.Bilisnya pulak,rangup yarabbiii..krup krap krup krap bunyinya bila dikunyah.Hatta timunnya juga begitu rangup,bukan jenis timun yang lemau.Daging ayamnya pulak,jenis yang tertanggal dari tulang dengan mudah,tapi,masih mengekalkan tekstur daging ayam yang kenyal.Berkecur air liur dalam mulut dibuatnya.
Untuk nasi lemak dalam gambar di atas,aku gelarkan "Nasi Lemak Ayam Terpacak".
Argghhhhh....
Nom nom nom nom....
Monday, February 20, 2012
Money Drop 2
Sabtu malam.
Di kaca TV,kelihatan dua anak beranak sedang bermain di dalam Money Drop.Si ibu nampak masih muda.Si anak pula,memang cantik.Balqis namanya.Mereka berdua memakai pakaian berwarna hijau.
Dalam menjawab soalan,aku menjadi agak kagum dengan si Balqis ni tadi.Cara dia mengeluarkan fakta untuk menjawab soalan,memang menunjukkan si Balqis ni cerdik orangnya.
"Inilah yang dikatakan BWB..." ujar aku kepada bini aku yang turut serta menonton di sebelah.
"Ha? Apa tu?" Balas bini aku semula.
"Beauty with Brains.." jawab aku ringkas.
"Maksudnya....?" soal bini aku semula.
"Maksudnya,si Balqis ni,selain cantik,dia juga bijak orangnya.Selalunya,susah nak jumpa perempuan cantik yang dilengkapi dengan otak yang bijak,mempunyai pengetahuan am yang luas dan berpelajaran." aku menerangkan maksud statement tadi dengan jelas dan berharap,agar bini aku akan faham apa itu 'BWB'.
Sambil mata aku menonton rancangan Money Drop,tangan aku pula sibuk menjawab soalan Money Drop secara online.Kadang-kadang sambung buat freelance pulak pada waktu iklan.
"Jadi,abang nak kata...perempuan tu cantik la?" bini aku menyoal.
Aku telan air liur.
Terjebak.
Ya adik-adik...bila anda berkahwin,antara peraturan penting dalam rumah tangga,JANGAN sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain di hadapan bini anda.
Jangan sekali-kali.
Jangan.

Sunday, February 19, 2012
Melodi
Apakemende laaaa soalan wartawan melodi ni tanya kepada artis.
Menda-menda negatif jugak nak dituju.
Menda-menda negatif jugak nak dituju.
Gitu rasanya deme cari makan.
"Gossip panasss"
Hahaha..
*tukar channel.
Money Drop
Main online tadi...dapat 500k je pun.Macam mana le aku buleh lupa filem Jackie Chan yang satu tu.Hilang 500k.Zzzzzz....
Tapi,kalau betul-betul dapat 500k...wadibudibudibudibu dia punya gembira.
Haha.
Wednesday, February 15, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Kelas Memandu
Aku follow belakang sebuah kereta kancil tadi.Keretanya dibawa perlahan.
Dari belakang,aku nampak pemandunya seorang gadis.Di sebelahnya ada seorang lelaki.Keretanya tertampal perkataan sekolah memandu.Oh,no wonder lah.Aku bagi signal nak potong.
Tak boleh potong sebab di hadapan tiba-tiba ada selekoh.
Gadis tadi cuba untuk memusingkan sterengnya.Ye lah,kan ada selekoh kat depan tu.Tak pulas stereng kang,boleh dapat sakit jugak kalau terlanggar tebing depan selekoh tu.
Elok gadis tadi nak pulas stereng,serta merta,brader di sebelah tadi,siap tolong pusingkan stereng kereta tadi dengan penuh cermat,lemah gemalai,romantik,muka senyum-senyum,lari-lari lompat,kupu-kupu berterbangan,burung-burung berkicauan,ultraman berterbangan di sana sini,love-love.............
Menyampah.

Monday, February 13, 2012
Sepetang Di Putrajaya Pada Hujung Minggu
Tempat yang aku suka habiskan masa.Pondok kegemaran aku ada orang duduk lah pulak.
Thursday, February 9, 2012
Lady Gagau
Entah mengapa,pada chorus "ma-ma-ma-marry the night" sangat sedap didengar ketika memandu pada kelajuan 180km/j.
Serius.
Mungkin kerana muzik latarnya yang mirip bunyi muzik Dreamscape.
Jason Mraz yang Awesome. =)
Mungkin aku terlewat.Baru mendengarnya di radio.Rasa 'something' yang bagus dalam lagu ni walaupun aku masih belum mengenal siapa penyanyinya.Bergegas google liriknya dan terus menuju ke youtube. Aku tersenyum.Jason Mraz rupanya. =) Untuk halwa telinga ketika memandu. =)
Ya.Jason Mraz memang tidak pernah mengecewakan aku.
Wednesday, February 8, 2012
Gambar Hujung Tahun 2011
Sebulan lebih jugak aku tak update belog.Sibuk dengan hal peribadi.Terima kasih yang sedekah al-fatihah kat aku.Hahahaha..
(^_-)
Tuesday, February 7, 2012
Selamat Pagi Cinta
Terkial-kial menyiapkan freelance.Jam dah 3.30 pagi.
Jadi,apahal atas rumah aku ni,asyik ada bunyi guli melantun-lantun atas lantai?
*Bulu punggung mula meremang.
Subscribe to:
Comments (Atom)