Thursday, October 27, 2011

From Melaka With Love - 2

Lokasi: Puduraya -> Melaka
Tahun: 2004

Aku turun dari bas dengan pantas.Jam sudah 4.15 petang tak silap aku masa tu.Bas ke Melaka pulak,dalam 4.30 petang.Jadi,aku berharap sangat dapat naik bas 4.30 petang dengan harapan,dapat sampai ke Melaka dalam jam 6.30 petang.Waktu yang ideal untuk ambil rehat sebelum ke kelas besoknya.Ecececece.

Jadi,aku bergegas menuju ke kaunter Transnasional.Lepas berbaris beberapa minit,nasib aku sangat baik,masih ada lagi 2 tempat kosong untuk perjalanan 4.30 petang.Aku tersenyum puas selepas memegang tiket.Aku suka bas Transnasional ni bukan apa,kalau trip ke Melaka,dia takda berhenti mana-mana dah.Terus je ke Melaka.Aku suka.Sesetengah bas,bukan main berhenti rehat dulu.Macam le jauh sangat KL ke Melaka.Ngada-ngada.

Lepas beli tiket,aku berkejar ke platform yang berkaitan.Lepas dapat tiket,baru aku perasan yang aku sangat lapar sebenarnya.Atas bas dari Kedah tadi,aku tido bukan main sampai tak turun makan.Ok,dilema macam ni yang aku benci.

Tiket dah ada di tangan.Perut pulak lapar.Bas nak bertolak jam 4.30.Masa ada lagi tak sampai 5 minit.Nak beli roti? Perut dari jenis keturunan penduduk asal negeri Jelapang Padi macam aku ni,tak berapa nak mesra sangat dengan roti-roti ni.Tak boleh kenyang.Jenis nak pekena nasi jugak.

Jadi,aku berfikiran waras,untuk naik bas dulu,dan,makan di Melaka nanti.Apa sangat la tahan makan 2 jam je kan? Boleh je tidur dalam bas.Janji selamat sampai Melaka.Jadi,setelah yakin dengan pilihan aku,aku bergegas turun tangga platform ke arah bas,dan terus berguling-guling macam tenggiling masuk ke dalam bas.

Selesai aku duduk di 'seat' aku,pintu bas ditutup,dan bas terus bergerak.Gila tepat masa bergerak.Kalau aku beli roti tadi,memang tak sempat naik lah.Aku tersenyum sebab pilihan aku tadi sangat tepat dan hensem.Dah boleh jadi PM dah tak lama lagi kalau aku terus kekal bijak macam ni.

Bas keluar perlahan-lahan dari Puduraya.Perut aku berbunyi-bunyi.Aku belai-belai perut sendiri dengan penuh kasih sayang sambil berharap perut aku faham situasi yang sedang dialami dan dapat lupakan kelaparan serta terus lena.Takjub sekali,tiba-tiba rasa lapar hilang.Aku senyum lagi.Elok bas dah lintas depan Petaling Street,aku dah senget badan nak tido.Elok-elok nak lelap,tiba-tiba aku dapat kejutan yang maha besar.Betul-betul besar punya terkejut.

Ada sorang penumpang di belakang aku,buka kotak KFC.Aku dah cuak.KFC dengan aku, memang ada sejarah yang panjang.Bau KFC mula berlegar di dalam bas.Perut aku yang sudah lena tadi,kembali terjaga.Hidung aku pula,dinodai dengan rakus oleh bau KFC tadi tanpa belas kasihan.Aku pandang ke luar tingkap,bas belum sampai Tol Sungai Besi lagi pun.Melaka masih jauh.

Ok.Cuma bau sahaja.Aku masih cuba bertahan.Harap-harap,orang yang beli KFC tadi tu makan tak la lahap sangat sampai aku boleh dengar.

"Krap! Krap! Krap!" bunyi kunyahan rangup ayam KFC kedengaran dari belakang kerusi.











Aku histeria.


2 comments:

hanie said...

hahahaha nasib baik lu tak gigit dia :P

muhdasyrf said...

Hahaha,gigit jari jela.