Friday, September 23, 2011

Zulkifli Bakarudin

"Terima kasih bang,belikan rantai ni." tersengih-sengih Marlina dibuatnya.
"Sama-sama,tadahal." balas Zulkifli Bakarudin sambil memakai tali pinggang keledar.Enjin kereta dihidupkan.

"Kita balik terus ya.Abang nak tidur awal malam ni." ujar Zulkifli Bakarudin sambil memandu kereta keluar dari 'parking' Pavillion.
"Baiklah bang......" patuh Marlina menjawab.Mukanya tersenyum-senyum setelah mendapat rantai emas yang besar.

Kereta yang dipandu Zulkifli Bakarudin meluncur laju.Lagu berkumandang di radio.Kereta di jalanraya tidak begitu sesak.Zulkifli Bakarudin memandu dengan lancar dan tenang.Suasana sunyi sepi.

Marlina tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam.Sebentar tadi,bukan main ceria bermain dengan rantai emas dan kain baju yang dibeli.Zulkifli Bakarudin mula rasa hairan,kenapa mood isterinya tiba-tiba berubah dengan mendadak.

"Datang bulan barangkali,tiba-tiba ja diam." bisik hati Zulkifli Bakarudin.Perjalanan diteruskan.

Setelah setengah jam memandu,Zulkifli Bakarudin tiba di kawasan perumahannya.Kawasan perumahan mewah.Pagar tembok semua tinggi-tinggi.Inilah hasil kejayaan Zulkifli Bakarudin dalam perniagaannya.Rezeki melimpah ruah.Marlina,isterinya masih diam membisu.Zulkifli Bakarudin semakin hairan.Apa salahnya.Nak baju,dah beli,nak rantai,dah bagi.Zulkifli Bakarudin betul-betul buntu.

Zulkifli Bakarudin tekan remote,dan,pintu pagar rumahnya terbuka.Zulkifli Bakarudin memandu masuk ke tempat parking kereta.Dilihatnya,Marlina masih diam membisu,tak bersuara.

"Kenapa ni sayang?" soal Zulkifli Bakarudin kepada isterinya.Tiada jawapan.Marlina masih diam membisu.

Zulkifli Bakarudin semakin pelik.Tanpa menunggu,Zulkifli Bakarudin buka pintu kereta,dan membawa turun barang-barang yang dibeli tadi.Fikirannya,biar isterinya masuk dalam rumah,baru dia pujuk.Mungkin ada sesuatu yang tak kena.Benda boleh setel cara elok,kena setel cara elok.Jangan emosi sangat.

Zulkifli Bakarudin ambil kunci,dan membuka pintu rumahnya.

"Eh ehh...abang dah balik.Peliknya,sepatutnya hari ni kan giliran rumah isteri pertama abang.Esok baru giliran abang datang sini.Abang nak buat surprise kat Linda yeee,abang rindu Linda yeeee....... Hik hik hik hik,bestnyaaa!!!" kelihatan Linda,isteri kedua Zulkifli Bakarudin yang muda bergetah,gedik,meluru keluar sambil memeluk Zulkifli Bakarudin di depan pintu yang dibuka sebentar tadi.

Zulkifli Bakarudin telan air liur yang tak ada.Terjebak.Macam mana dia boleh tersalah balik rumah.

Perlahan-lahan,Zulkifli Bakarudin memandang ke belakang.Kelihatan,Marlina keluar dari kereta dan berdiri di tepi pintu kereta.Baru dia faham,Marlina diam kerana sedar,jalan yang dilalui ketika pulang tadi,adalah salah.

"Err...Mar..perkenalkan....ni madu Mar...Linda namanya..salam..salam.." terketar-ketar Zulkifli Bakarudin mengendalikan sesi 'ice-breaking' pada malam tersebut.

"Patut la sejak 6 bulan lepas,outstation tak putus-putus ye bang." Marlina menyoal dengan tenang sambil tersenyum ganas.

Zulkifli Bakarudin pandang ke arah tangan Marlina.Di tangan Marlina,kelihatan ada sebatang kayu golf.Entah bila Marlina ambil kayu golf dalam kereta,Zulkifli Bakarudin langsung tak sedar.











Linda,isteri kedua Zulkifli Bakarudin tutup pintu rumah dengan perlahan-lahan.Marlina pula semakin menghampiri Zulkifli Bakarudin,juga dengan perlahan-lahan.

Beg shopping di tangan Zulkifli Bakarudin,jatuh laju-laju.


4 comments:

Mr feckry said...

parah le, bini2 gangster kan

ika~~ said...

dh agak dh ble bace 'Besok nak kena outstation lagi,dua hari'

haha!
abes la ko zulkifli bakarudin (aku ske nama2 klasik ni)

kuyam said...

hadoiiii..macam2 ragam!

naiba said...

bab de 2 bini tu dh agak..tp tak sangka lak dia silap balik umah..huhuhu..kantoi..