Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya di Penang Yang Hot.

Adik lelaki aku nak berpindah ke Johor Bahru.Jadi,selaku abang mithali,aku akan tumpangkan dia sampai ke KL bila aku balik KL nanti.Dari KL,dia akan naik bas ke JB.Di sana,abang sulung aku akan jemput dia.Jadi,setelah menolong adik lelaki aku kemaskan apa yang patut,aku berdiri di beranda apartment rumahnya.Angin sepoi-sepoi bahasa.Sedap betul.Adik aku pulak,sedang mandi.Dia sudah mandi,baru boleh bawak turun barang dia ke kereta.

Tengah sedap layan feeling,tiba-tiba,di blok apartment depan aku,kelihatan seorang awek baru keluar dari lif.Dalam 15 meter jaraknya dari aku,tak jauh.Awek tadi kelihatan tergesa-gesa.Mesti dah lambat la tu.

Awek tadi pakai baju kebaya.Cutting ikut badan.Yang paling tak boleh blah,kain yang dia pakai.Kain jenis belah depan.Belah depan pulak,bukan belah sebarangan.Belah sampai ke pangkal peha.Sekali dia melangkah,sekali nampak sampai ke pangkal peha.Kiranya,sekali dia melangkah,jantung aku berdebar.Bayangkan berapa banyak dia punya langkah dari lif ke keretanya dan bayangkan pula berapa kali jantung aku berdebar tak tentu hala.

Sambil melangkah,awek tadi cover-cover kain yang terselak.Macam jebon,dah tahu malu,nak pakai jugak kain macam tu.Selaku insan yang lemah,aku tak mampu mengalihkan pandangan aku dari awek tadi.Nak jugak tahu apa ending dia kalau terus melihat.Lagipun,mata aku masih belum berkelip.Pandangan pertama.

Awek tadi berjalan menghampiri keretanya.Macam tadi,sambil berjalan,sambil cover kain belah.


ZASSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!! Tiba-tiba entah dari mana datang angin kuat macam ribut.Angin tadi menerpa rakus ke arah kain awek tadi.Kain awek tadi terus terangkat macam sayap superman yang sedang terbang sampai aku ternampak apa yang tak patut aku nampak.












Jantung aku gugur ke lantai.

10 comments:

Rawlins GLAM said...

jantung berderai tak pas jatuh ke lantai?

Anonymous said...

nakal sungguh angin ittew! :P

aYu Luv Mak said...

dasyatt sungguh..klu sy bijik mata terjunam bawah flat..

naiba said...

aduhai...jamil..jamil..

paiseh said...

rezeki derr..!! rezekii!!!!

Anonymous said...

dan saye pun malu sendiri

ika~~ said...

dah rezeki kaan?haha

KePOMPOM said...

ko xnak alih pandangan sbb kalau nak pandang lg sekali berdosa ye?
pandai..

sha83@kaizer said...

bijak bijak .. dgn skali pandang yg berpanjangan ye .... haha

iNa aWiE said...

hahaha...dosa la!mane leh tengok lama-lama..abis la pahala posa sebulan hang....