Seperti pagi-pagi yang lain,aku parking kereta aku di tempat biasa.Aku buka pintu kereta.Kaki lunjur keluar.Ambil angin pagi.Aku keluarkan sarapan aku pada pagi tersebut yang berjudul ayam goreng. Masih panas berasap.Sempurna.
Kelihatan Razali sudah berada di atas side mirror kereta aku.Awal pulak dia bangun.
"Hensem hari ni nampak." balas Razali semula ketika aku hampir menyuap ayam goreng ke mulut.
"Hai.." tegur Razali.
"Hai Razali." balas aku semula.
"Nah,ambil sedikit." ujar aku sambil bagi secubit kecil isi ayam goreng kepada Razali.
"Terima kasih kerana memahami.Nampak macam ada masalah lagi hari ni.Kalau ada,story lah kat aku." ujar Razali sambil menelan isi ayam goreng.Sedap benar nampaknya.
"Biasalah Razali,hidup ni memang penuh dengan cabaran." balas aku sambil mengigit ayam goreng.Memang sedap makan panas-panas.
"Kalau tak keberatan,story lah." balas Razali ramah.
"Macam ni ceritanya..." aku mula berbicara.
"Hensem hari ni nampak." sampuk Razali sekali lagi ketika aku ingin memulakan bicara.
"Nah ambil sikit." aku bagi lagi isi ayam tadi.Razali gigit,dan terus telan dengan lahap.
"Macam ni ceritanya..." aku cuba memulakan semula apa yang terhenti tadi.
"Terima kasih bagi ayam tadi.Bai...Bai..." balas Razali ringkas sambil terbang pergi.
KLEPAP! KLEPAP! KLEPAP!
Benci.
7 comments:
hahahhaha!comel betul razali :P
cmtu la gayanye kalau sembang ngan burung.. huhu
Razali ni kalau buat jadi gagak goreng pun sedap gak.
Hahaha..hanya mampu ketawa dek kesengalan Razali..:P
ahahahahaha
bagus banget uols ni
boleh nyembang dengan burung!
razali!awat nakal sgt ni?
ahahaha~
huhuhu..kene klepet ngan burung lak...huhuhuhu
Post a Comment