Thursday, September 15, 2011

Pagi Yang Hensem 27

Jam menunjukkan 8 pagi.Aku parking kereta di tempat biasa.Pejabat pula dibuka 9 pagi.Selesai parking,aku buka pintu luas-luas bagi angin pagi yang sejuk masuk.Handphone aku letak di tempat pemegang pintu.Bukan apa,senang nak angkat kalau tiba-tiba Amy Mainzer,(si hotty yang pakar dalam bidang astronomi) call aku.Pagi kat Malaysia ni,bermakna malam lah kat Amerika sana nun.Bila dah malam,minah ni suka mencerap langit guna teleskop.Waktu siang pulak,mungkin beliau guna teleskop hubble kat angkasa nun.Jadi,mungkin ada benda-benda serius berkaitan dengan astronomi yang boleh kami boleh bincangkan bersama demi kebaikan manusia sejagat seperti anda.

Comel.

Jadi,sambil menghirup udara segar pagi,aku keluarkan kepak ayam goreng yang dibeli di kantin sekolah bini aku.Heh,ayam goreng bukan sebarang ayam goreng.Aku letak level ayam goreng ni,bawah dari KFC dan atas dari ayam goreng Radix (RFC).Sebab ia berada di bawah KFC?Ayam gorengtadi,tak ada sebarang rempah,hanya bergantung kepada tepung dan ayamnya yang awesome sahaja.Kakak kantin kata,itu resepi rahsia beliau.Hebat.

Dengan tepungnya yang gebu,tak berminyak,rangup dan pada masa yang sama lembut,memang menggiurkan selera aku.Bila ditarik kepak tersebut,wap panas yang berlingkar di dalam ayam tadi,terus menerjah keluar,seterusnya,menghasilkan sensasi ayam goreng yang awesome.Sambil wap panas keluar,tertonjol pula isi ayam yang putih dan dibasahi dengan jus lemak ayam.Pada masa yang sama,aroma ayam goreng sudah mula bermastautin dalam rongga hidung aku.Air liur pula aku dirembeskan dengan begitu aktif sekali,tanda bersedia untuk mengigit kepak ayam goreng yang awesome tadi.

Aku menyuap ayam goreng tadi ke mulut.Air liur semakin galak di dalam mulut.Ayam goreng pula semakin menghampiri mulut aku.

Semakin dekat...

Dekat...

Dekat..

Dekat.








SPLATTT!!!!! Bunyi tahi burung jatuh,dan terkena tepat-tepat pada handphone aku di ruang pemegang pintu kereta.

Madafaka.

Aku angkat kaki masuk ke dalam kereta perlahan-lahan.Sandar di kerusi,dan,sambung kunyah ayam tadi perlahan-lahan sambil memerhatikan handphone aku sedang dicabul dengan rakus oleh tahi burung tadi.

Untuk mencari burung yang bertanggungjawab,esok,aku wajib cari Razali.

Dia abang long burung kawasan.


7 comments:

loti mukhtar said...

area mana la keje ni yang banyak sangat taik burung

zonaku said...

seb baik bukan atas ayam goreng tu.....

cactus_berduri said...

sib kene hp..klu kene kat ayam tu...kompom best kan..hehehe

miloaiskurangmanis said...

salan uols lah
pesal letak handphone di tempat pemegang pintu!

sib baik kena kat handphone
kalo kena kat ayam goreng awesome uols tu...
konpem menangis bagai nak rak kan???
hak hak hak

Unknown said...

ko tembak je burung tue....

sha83@kaizer said...

heheh

Lina Awie said...

housemate aku pun kena tahi burung awal-awal pagi nak pegi kerja.aku yang tension sebab KERETA AKU kotor!adoiyai...

aku nak kena cari Razali jugak ni.. :)