Supari Jurman memandang dengan penuh berhati-hati ke arah kereta Honda yang diletakkan di lorong belakang sebuah bangunan.Kereta tersebut merupakan sebuah Honda City berwarna putih.Setelah pemandu kereta tadi keluar,Supari Jurman tersenyum.
Dia tahu,kereta tersebut sebentar lagi akan menjadi miliknya.Kepakarannya dalam mencuri kenderaan memang tidak boleh dinafikan lagi.Untuk rekod,pelbagai jenis kenderaan telah berjaya dicurinya.Dari kereta mainan,hinggalah kepada lori,semuanya pernah dicuri.
Supari Jurman tersenyum riang bila mendapati pemilik kenderaan tersebut dilihat menaiki lif di sebuah bangunan berhampiran.Supari Jurman tahu,pemilik kenderaan tersebut mesti mempunyai urusan yang memakan masa.
Tanpa membuang masa,Supari Jurman terus menuju ke arah kereta Honda yang ditinggalkan 'bersendirian' tadi.Setelah memastikan keadaan selamat,Supari Jurman menjalankan tugasnya dengan penuh profesional.
Pintu kereta berjaya dibuka.Supari Jurman tangkas menyembunyikan beberapa peralatannya di bahagian belakang tempat duduk.Semuanya beres.Supari Jurman cuba menghidupakan enjin kereta tadi dengan penuh bergaya.Teknik macam McGyver dah.Setelah beberapa kali mencuba,kereta berjaya dihidupkan.
Supari Jurman tersenyum.
KLAK!! bunyi pintu kereta dibuka.
Supari Jurman diheret keluar dengan ganas.Bila ditarik keluar,beberapa das tumbukan ditujukan kepadanya.Supari Jurman menggelabah.Nak larikan diri memang tak boleh.Ada 3 orang brader badan sedap sedang mengepung beliau.
"Jahanam.Semalam aku bagi hon suruh berenti,lajuuu je ko pecut ye.Ko ni,betul-betul buat darah aku menyirap.2 bulan aku cari kereta ni.Masuk bulan ni,dah dekat 6 bulan ko tak bayar.Kau kena ingat,walaupun kami tak kenal kau,tapi..kalau nombor kereta ni dah ada dalam rekod kami,ko tak boleh lari dah.Sia-sia je.Tunggu masa je kami nak jumpa.Ha..mana ko nak lari lagi? Ha? Ha? Haaaaaaa?" panjang betul bebelan Takiyudin Ayob.Takiyudin Ayob merupakan seorang penarik kereta yang gagah,sasa dan penggemar tegar cup cake berhias.
"Nak setel..call bank.Tugas aku dah selesai." tambah Takiyudin Ayob lagi sambil mengunyah cup cake sebelum berlalu pergi.
Supari Jurman hanya mampu terdiam.Terbaring lesu di atas jalan.Tergamam.Terkejut.Ada kesan lebam di bibirnya.
Kereta Honda City putih tadi,dengan rakus dibawa pergi dengan sebuah lori penarik kereta.
Suasana sepi.
.................
............
........
.....
...
..
"Keretaa akuuuu...mana kereta akuuuuuu!!!" jerit Salim Malbari sambil berlari-lari anak.Salim Malbari merupakan pemilik kereta Honda City Putih tadi.Beliau kelihatan macam orang hilang akal.Beg yang dipegangnya terlepas ke tanah.
"Eh.Kau..kau ada nampak tak kereta aku kat sini tadi?Kereta Honda City putih kat sini tadi.Ada tak? Ada tak?" soal Salim Malbari dengan penuh cemas kepada Supari Jurman yang masih terbaring lesu di atas jalan di belakang lorong sebuah bangunan.
Supari Jurman bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah Salim Malbari.
"Kau nampak tak kereta aku? Nampak tak?" soal Salim Malbari lagi kepada Supari Jurman.Mukanya cemas.Beliau betul-betul risaukan keretanya.
"Nampak tak kereta aku?".....
PANGGGG !!!!
Salim Malbari ditampar rakus oleh Supari Jurman.
7 comments:
aku paham perasaan supari..
aku paham
hahahaha!!padan muka supari!padan muka salim malbari.haha
Panggg!!!! tambah lagi satu...
isk..nak kesian kat sapa tak tahu..supari ke salim...
hahahaha
reti pakai
tak reti bayor
padan muker salim
padan muka supari
kasihannnn tu lah akibat klu x bayo kereta..hambik...
alien: aku pun..aku pun..=)
capa: nak kena tampar jugak?
flyz: woh..meriah.haha
ner: kesian kat bank yang bagi hutang.haha
milo: haha..tau takpa.
cactus: sungguh2..=p
Post a Comment