Friday, July 31, 2009

Sembang Sambil Tengok Gusti (SSTG)

Semalam aku singgah kat Nilai lagi pas balik keja.Biasa la,jumpa mak ayah aku.Ahad ni diorang nak balik Kedah dah.Dah sampai sana,apa lagi,aku makan nasi sakan.Ada lak sambal belacan super power buatan mak aku,memang laju la aku makan.

Dah sudah makan,aku lepak-lepak depan tv ngan ayah aku.Sambil-sambil tgk gusti.Tetiba ayah aku bagi isyarat kat mak aku,suruh picit badan dia.

"Suruh Jamil picit tu.Tangan dia kuat sikit."balas mak aku.Bagi can aku bermanja gamaknya.

Aku pun amik posisi.Sambil mengurut badan ayah aku,picit sana-picit sini,kami tgk gusti.Ada yang kena terajang,ada yang kena lambung,ada yang kena tendang,penampar.Ayah aku tersengih-sengih.Seronok tgk orang jahat dalam gusti kena terajang.

Sambil-sambil tgk gusti,aku ngan ayah aku sembang-sembang.Dia cerita pengalaman dia masuk hutan dulu.Masuk cari hasil-hasil hutan.Tinggal seminggu dalam hutan.Cerita pasal atuk aku yang boleh terlelap dalam hujan lebat masa balik dari kedai,cerita pasal hidup orang dulu-dulu.Cerita asal-usul politik tempatan.Macam-macam ayah aku bercerita.Aku sangat seronok mendengarnya.Sekali-sekala aku mencelah kalau ada point.Kalau ayah aku tau pasal blog,dan pandai menaip,mesti dia dah karang blog macam ayah pipiyapong.

Ayah aku ni tak silap aku,sekolah sampai darjah tiga kot.Pastu terus buat kerja kampung.Biasa la,orang dulu-dulu kat kampung,kalau sekarang darjah 3 nak berenti,mau kena karate.Jeman pun tak berani nak berenti sekolah,nak kena rotan?

Tengah leka bersembang,tetiba ayah aku buka cerita tentang karya Shakespeare.

Hoh!

Ayah aku dulu dari zaman muda keluar masuk bukit,pegi bendang buat sawah,pegi kebun getah menoreh,pegi kebun buah tanam pokok,keja kuat sungguh,ye la,nak sara 10 orang anak.Celah-celah mana dia baca Shakespeare?

Aku yang haramjadah tak tahu apa-apa pasal Shakespeare ni hanya buleh angguk-angguk ja mendengar huraian ayah aku.Tak ada point langsung aku buleh menyelit.Mati akal.





Tadi,pagi-pagi lagi aku dah google pasal Shakespeare,nak sambung sembang malam ni.

Tak nak kalah.

Thursday, July 30, 2009

Dua lagu yang berjaya mencuri hati aku petang ni.



Hye Monday- Homecoming



The Fray - Never Say Never

Jawapan Teka-Teki hapacrita

Mamat makan keropok lekor malam tadi.Dia sms pagi tadi 'poo-poo' dia bau bege.Dia mintak pandangan aku.Aku tak dapat jawab.


Jangan tanya aku kenapa.



HA HA HA

Teka - Teki Hapacrita

Mamat kuar dari tandas awal pg td.Dia tersenyum-senyum.Ada bau bege dari dalam tandas.

Soalan:

Apakah yang Mamat makan semalam?







p/s:sapa buleh jawab..memang dia kacak(lelaki) dan jelita(perempuan)

Dialog Suami Isteri 8

Filem John Rambo sekali lagi ditayangkan.Memandangkan si suami suka tgk cerita ni,maka si isteri pun ikut la sekali.Mereka melayan filem tersebut dengan penuh kusyuk.

Filem tamat.

"Bang.....last sekali Rambo tu balik jugak ke kampung dia kan?"
"Ha'ah....dah awek tu tadi bagi ceramah kat dia..dia rindu la kot.Eh,mak abang dah tido kan? kang kena sembur lagi macam semalam...haha"

"Dah tidur dah.Ha ha ha..padan muka kita.."
"Laser jugak mak abang kan?Tak sangka pulak abang."

"Abangggg.....ayang rasa tak logik la cerita Rambo ni." komen isteri sambil mengunyah pop corn di dalam mangkuk.
"Napa plak?"

"Ye la,keja tangkap ular,pastu tukang bawak bot tambang,mana dia dapat duit banyak-banyak beli tiket balik Amerika? Kita nak pegi Bali pun x lepas lagi.Bila masa dia pegi bank simpan duit?"
"Ala....itu pun ayang tak tau?"

"Tak tahu.Mana dia dapat duit tu bang?"
"Apa nak heran,dia dah buat 4 filem tentang dia.Duit jualan tiket dia dah banyak kat seluruh dunia.Bukan setakat nak balik Amerika.Tiket pegi umrah pun dia buleh beli." jawab suami sambil menukar-nukar channel astro.




Si isteri meletakkan perlahan-lahan mangkuk pop corn.Buat muka geram-geram.Bersedia membuat serangan cubitan teragung.

Wednesday, July 29, 2009

Dialog Suami Isteri 7

Si isteri dan suami duduk di atas sofa hadapan tv.Mereka menonton filem John Rambo yang ditayangkan di Astro.Si isteri kadang-kadang menekupkan mukanya bila pakcik rambo mengganas.Si suami pula terpegun dengan aksi pakcik Rambo.

Filem Rambo tamat.


"Banggg......balik jugak Rambo tu kampung dia kan?"
"Ha'ah.....da lama sangat dia kat Vietnam tu.Dari zaman dia muda-muda lagi."

"Bagus la camtu,buleh jugak tgk mak ayah dia kan?"
"Yep....boleh jgk tgk2 kampung dia...hehe.."





"Rambo tu memang bagus.Anak soleh.Balik kampung.Tak macam kamu berdua.Punya susah nak balik kampung.Sibuk la.Apa la.Aku yang tua ni jugak kena datang jenguk kamu kat kolompo nih." bebel Mak Cik Senah,ibu kepada si suami yang baru sampai ke KL petang tadi sambil mengunyah sirih di sebelah mereka.



Kedua suami isteri tersebut berpura-pura pengsan untuk mengelak malu.

Tuesday, July 28, 2009

Ubi panggang enak dimakan begitu saja.

Lokasi: Pintu belakang rumah.
Tahun: 1992 ( darjah 2)

Jam dah pukul 4.30 petang.Mak ayah aku beradu kat ruang tamu.Cuaca panas-panas berangin memang sedap tido.Rehatkan badan.Aku termenung berseorangan sambil tgk pemadangan bukit belakang rumah aku.Masa tu ada lagi kawasan lapang,kawasan bendang lama.Dah tak ada air.Tempat paling best nak lari-lari,cari burung wak-wak yang bersembunyi di balik rumput panjang.Kadang-kadang puyuh liar pun ada.

Maaf,tiada perempuan cantik berbikini di situ.

Aku memegang perut aku.Rasa sangat lapar.Pelik betul aku rasa hari tu.Tak pernah-pernahnya aku rasa kebulur sebelum ni.Duduk ngan mak ayah,celah-celah mana nak kebulur.Habih-habih x da duit,pokok ulam banyak,rebus buat ulam,nasi,ikan masin ngan sambal,dah setel.Merepek jugak bila tgk rancangan bersamamu keluarga yang x da duit sampai makan siput babi.

Berbalik kepada situasi lapar aku sebentar tadi,aku sambung termenung.Aku pergi ke dapur,buka tudung saji,lauk apa pun x da.Aku kecewa.Aku berjalan semula ke tangga tadi.Dalam tengah runsing tu,tetiba aku nampak seketul 'ubi keling' atas lantai.Ala,ubi yang kecik tu.Aku ambil ubi tu dengan mata bersinar-sinar.Aku dapat rasakan orang bunian atas bukit blakang rumah aku sedekah kat aku time tu.

Perut tengah lapar,aku pun dapat idea.Aku pegi amik lidi buluh yang orang buat bunga telur tu kat dalam almari,pastu aku cucuk ubi tu.Dah puas hati dengan sudut cucukan tersebut,aku bergegas ke dapur.Aku buka api dapur gas mak aku,pastu aku panggang ubi tadi dengan penuh harapan.Serius lapar.Dalam kepala dah siap pikir teknik camna nak kupas kulit ubi tu nanti.Masa kupas mesti dia berasap-asap.Pastu bila masuk dalam mulut,peh,mesti air liur akan keluar macam pintu empangan yang dibuka,menyaluti ubi tadi dan terus menghantar rasa yang enak di dalam mulut.Aku tersenyum-senyum seorang diri.

Ubi hampir masak.Hati dah girang.
















"HA! Tak puasa!" sergah akak aku yang datang entah dari mana dengan gaya cekak pinggang di pintu dapur sambil memegang pisau.Bersedia memasak juadah berbuka puasa nanti.

Demmit!!...1 Ramadhan rupanya.Hari pertama puasa.Patut la lapar gila.





Aku memandang dengan sayu ubi yang dah siap dimasak.

Monday, July 27, 2009

Minit ke-5 hingga 6.30 buat aku gelak macam nak gila...

Awal pagi

"Jamil,kak da sampai area Rawang dah,jumpa kat rumah nanti."
"Ok.." jawabku dalam keadaan mamai.Aku capai jam,tgk-tgk dah jam 2 pagi.Aku letak telepon,capai tuala.Kakak sulung aku yang kat Shah Alam balik kg dengan suami dan sorang anaknya ujung minggu bebaru ni.Kul 6 petang semalam diorang bertolak dari Kedah.Sesak teruk kat perak kata akak aku.

Kebetulan akak aku sorang lagi kat Nilai bersalin,so,mak ayah aku pun turut join sekali la.Nak tgk cucu dan jaga akak aku.

Sebagai anak yang baik budi pekertinya,aku pun tanpa banyak songeh pergi mandi-manda dan bersiap.Sedia untuk ambil mak ayah aku kat Shah Alam dan hantar ke Nilai dengan selamat.Sian abang ipar aku,drive dari Kedah.Penat woo....Tak kan nak suruh dia terus ke Nilai.

Setelah memandu dengan gaya cool sambil kunyah roti gardenia buttescotch beserta air coklat dan mendengar lagu jason mraz,aku tiba kat umah akak aku jam 3 pagi.Segala jenis buah diorang bawak dari kampung.Durian,dokong,rambutan.Aku cari-cari jugak buah durian berduri emas.Tak berjumpa.Hanya khayalan aku.

Setelah bahagikan buah kepada bahagian masing-masing,aku dan kedua mak ayah aku bertolak ke Nilai.Jam sudah 3.30 pagi.

Masa masuk tol Seafield,aku dan ayah aku borak sakan.Mak aku kat belakang dah kejap pejam kejap celik.Aku suruh tidur tak nak.Buat-buat degil manja pulak.Mungkin tak puas tgk anak teruna dia yang sorang ni kot.Masa budak-budak dulu kena marah ja kerjanya.ha ha.

Perbualan semakin rancak.Macam-macam menda ayah aku cerita.Cerita pasal kampung,pasal hidup,pasal politik,pasal kapal terbang jatuh,pasal putrajaya,senang cerita ayah aku ni,macam-macam aku boleh sembang.Mungkin sebab dia suka tgk berita,baca surat khabar,tgk dokumentari astro.Cerita hindustan klasik serta gusti memang peberet ayah aku.Mak aku follow ja kami berbual.Sekali sekala mencelah.

Dah habis ayah aku bercerita,aku pun mula buka cerita aku pulak.Aku bercadang nak cerita pasal rumah baru aku sebab tadi mak aku ada tanya.Elok aku baru cakap mukadimah ja,suasana sunyi.Aku pusing kepala aku ke kiri.....


Kedua mak ayah aku dah lena tidur.












Sembang solo.

Aku rasa aku dah kena mula buat katalog nama...




Anak buah aku yang terbaru.Lahir 24hb Julai (jumaat malam).Hoh...sama tarikh lahir ngan aku.Mesti dia akan kacak dan hensem macam aku.Ini anak buah aku yang ke-20.Letih aku nak ingat nama sorang-sorang.Dah la nama sorang-sorang berbelit-belit.Kalau nama-nama macam Jamil ke,Murad ke...kan senang ingat.20 orang? Wahh....kena tambah dana duit raya nanti.Selamat datang ke dunia,Thaqif....bila kamu dah pandai menulis,nanti Anjang ajar cara-cara nak tulis blog.

Sekarang aku 25 tahun,bila umur dia 25 tahun nanti aku dah 50 tahun.

Hai pakcik.



Ahh.....tabley bla.Rasa macam baru semalam aku amik UPSR.

Sunday, July 26, 2009

Pilih Kasih

Semalam disebabkan dah takda menda aku nak layan kat astro,aku pun try buka tv kerajaan.TV1,tak menarik.Tv2......ada pilih kasih.Elok aku nak tukar siaran,tetiba aku ternampak Nasir Bilal Khan bagi komen.Woottt....!! Aku terus tak jadi nak tukar.Menda kalau dah melibatkan Nasir Bilal Khan ni bagi aku bukan menda main-main.

Aku terus mengikuti dan cuba memahami format pilih kasih ni.Sebelum ni aku ada tgk 'anak wayang' dalam 10 menet dah terus tak tgk sebab aku tgk ceritanya lebih ke siri rancangan alam ria cuti sekolah.Terkejar-kejar masa untuk berlakon,menjerit-jerit depan skrin hijau...lebih kepada audition untuk rancangan rentas desa.

Berbalik kepada pilih kasih tadi,aku melihat lakonan mereka dalam teater 'AZURA' arahan Erma fatima dan lakonan mereka dalam cerita bersiri 'pemburu' yang psiko .

Apa pandangan aku dalam pilih kasih ni?






Aku menonton sambil air mata mengalir keluar.Terharu.Sudah lama aku nantikan lapisan pelakon yang bukan hanya pandai hafal skrip.Malah pandai menjiwai watak.Aku tak pandai bab-bab lakonan ni,cuma selera aku tinggi bila dalam bab penghayatan.Kalau pelakon tersebut gagal membuat aku 'masuk' dalam cerita mereka,maaf,memang aku terus rasa tak best.Cuma filem-filem ##### ja tak perlukan dialog mantap-mantap.oppss....

Jadi,tak hairan la dalam surat khabar ramai puji program ni berbanding anak wayang.

Lakonan mantap.Emosi yang baik.Bagi aku dah kira ok,tapi memandangkan 2 orang juri (prof apa ntah dan Nasir Bilal Khan ) bagi komen kata itu kurang,ini kurang,peh..aku terkesima.Memang tinggi kualiti pelakon yang diorang nak.Ini aku paling suka.

Aku suka juri diorang komen.Terbaik berbanding rancangan 'realiti' sebelum ni.Aku yang zero pasal filem pun dapat jugak ilmu bila dengar komen dari juri.Tabik kepada juri semalam.Prof aku tak tahu nama dan Nasir Bilal Khan.

Macam semalam,panjang woo teater dia.Miming lagi,nari lagi,lakon lagi.Akademi alam fantasi pun tak macam ni.

Tak sangka RTM ni ada rancangan best.Jarang sangat tgk.HOHOHO... Tunggu minggu depan pulak.

Friday, July 24, 2009

Piano Man

TAHUN 1975


TAHUN 2006


Menenangkan.Selamat berhari minggu semua. =)

Apa anda akan buat jika terima Email yang mengatakan anda mendapat £891,934.00 GBP?

Aku reply beb!..Gila ko..£891,934.00 GBP tuu...Pound tuuu....bukan dollar.

Kalau tukar ke RM dah berjuta-juta dapat.Rugi la kalau tak reply.OK,klik gambar di bawah.











Aku kecewa,kenapa dia tak reply balik email aku ya? Kenapa? Kenapa? Hummmmm....sedih.

Sepetang di klinik

"Ye dik...silakan duduk...alololo..comelnya...apa nama adik"...Doktor Zarif cuba beramah mesra dengan seorang budak yang datang ke klinik bersama ibunya.
"Nama saya Fatin."

"Umur?"
"Enam tahun..."jawab Fatin lemah sambil duduk di atas peha ibunya.

"Adik sakit apa ni? Boleh doktor tahu"
"Saya demam doktor."

Doktor Zarif tersenyum sambil cuba mengesan sakit Fatin.Nadi Fatin dikira,pernafasan pun sama.Setelah puas hati dengan keadaan Fatin yang tak berapa serius,doktor Zarif pun cuba memberikan nasihat perubatan kepada Fatin.

"Demam Fatin tak teruk sangat.Jangan risau.Doktor bagi ubat,nanti Fatin habiskan ok?"
"Baik doktor."

"Bagusnya....lagi satu,jangan lupa selalu basuh tangan tau."
"Saya selalu basuh doktor.Paling kurang pun 15 kali sehari." jawab fatin sambil batuk2.

"Uihhhh...rajinnya mengira.Doktor pun x kira berapa kali doktor basuh tangan tau.Sapa yang ajar?"
"Ayah cakap,Nabi yang ajar,perintah dari Allah sebelum solat.Kena basuh tangan,muka,telinga,dahi,kaki,doktor tak tau benda ni? Doktor tak pernah kira cukup 3 kali masa amik air semayang?" tanya Fatin ramah tapi lemah.Ibu Fatin menutup mulut menahan senyum.




Terjebak.





"NEXXTTT!!...".

Laung Doktor Zarif bersembunyi di sebalik kain tirai pesakit sambil menjerit kepada pembantu kliniknya...

Mesin ATM

Jam menunjukkan 11.53 malam.Aku baru memasuki lebuh raya.Lepas amik tiket,baru aku tersedar,dalam wallet aku ada rm10 ja.Cadangnya lepas turun dari lebuh raya,nak pekena kuew teow kungfu kat Equine Park.Perut dah lapar gila.Bayar tol nanti,ada la belen dalam 2 @ 3 ringgit.Nak makan bege tak da selera pulak.Ada lagi 7 menet sebelum semua ATM tido.Pastu takleh dah nak cucuk-cucuk.Macam Cinderella pulak ATM zaman sekarang ni.

Aku pecut dengan kelajuan cahaya ke stesen minyak berhampiran.Aku lega bila hentian depan aku ada kedai minyak.Aku menghampiri kedai minyak tersebut dan dari luar aku nampak ada mesin ATM maybank.Hati aku ceria.Kembali berbunga-bunga.Bunga apa aku tak tahu lak pulak.Yang penting kiranya berbunga-bungalah.

Aku parking dengan bergaya.Seperti biasa.

Aku menolak pintu masuk dan mengeluarkan wallet aku dengan pantas.Sekelip mata kad bank sudah berada di dalam tangan.Aku mengalihkan pandangan aku dari wallet kepada mesin ATM tadi.Bila mesin ATM tadi dah berada di depan mata aku,terus aku rasa nak bakar kedai minyak tersebut.Dah nampak pagi besok la aku makan kenyang-kenyang.Nak ke stesen minyak seterusnya memang tak sempat.Jam dah 11.57 malam dah.Rasa macam nak buat pepatah melayu yang baru.

"Kerana sebatang mancis,rosak satu stesen minyak."

Korang tgk la sendiri mesin ATM dia.
















Gurau jenis apa staff kedai minyak ni buat,aku pun heran.Manada peti ais jenama Maybank.




Review kedai bege PUJ1

Setelah berpindah ke rumah baru area puncak Jalil,aku pun cuba meneroka kawasan tersebut dalam pencarian bege yang best.Last-last aku jumpa satu kedai ni.Tak ada orang pun.Lengang ja masa aku sampai.Dengan rasa nak tolong-tolong dia berniaga sambil nak test bege dia,aku pun singgah.

"Bang,bagi bege ayam double special eh...letak cheese."
"Okeh" jawab brader tersebut sambil bergegas buat bege.Tengah masak bege,dia pun amik cheese dalam tempat simpanan kat sebelah.Aku tgk dia amik sekeping je cheese.

"Bang,cheese bagi double eh." brader tu pandang aku.Mungkin aku orang pertama yang order menu camtu sepanjang karier dia.

Ok,ada kelainan bagi aku kedai bege brader ni.

Pertama,skill dia.Memang kemas.Tgk pun rasa sejuk je mata.Cara masak,cara dia goreng telur,ok...buat aku selesa.Satu faktor yang baik untuk aku datang kembali nanti.

Kedua,cara dia letak cheese.Kebanyakan kedai bege yang aku pegi,dia akan balut daging bege dengan telur,dan cheese akan diletakkan di atas telur kan? Kemudian diapit dengan roti dan segala bagai barang-barang lain.TAPI brader ni,dia letak cheese di dalam bungkusan telur tadi.Cara ini adalah sangat bijak bagi aku.Bijak kerana cheese ini tidak akan meleleh keluar bila terkena daging bege yang panas.Dan bila kita gigit bege tersebut ,cheese tadi akan terkeluar dari celahan daging bege dan telur seperti rama-rama yang terbang indah dan terus menuju ke dalam perut seterusnya menghasilkan sensasi yang tidak terperi.Mungkin mampu membuatkan anda mengunyah sambil tersenyum-senyum.

Keesokannya,aku datang lagi ke kedai brader tersebut.

"Bang,bege ayam double satu.Cheese triple."ujar aku sambil menaikkan tiga jari.





"Hah? Cheese triple? Cheese triple?".2 kali dia ulang tanya untuk kepastian.Tidak percaya apa yang didengarinya.Sekali lagi,aku telah memberikannya pengalaman baru dalam seni pembuatan bege.





Besarkan gambar,dan korang leh nampak susunan cheese di sebalik daging bege sebelum brader tu bungkus dengan telur.Waaacchhhhaaaaaaa!!!


-Bege ayam double triple cheese.Waaaaachhaaaaa!!-



Lokasi: PUJ 1 ,Taman Puncak Jalil. Klik SINI untuk peta.Tepat-tepat tengah peta tu la lokasinya.Dekat simpang masuk ke PUJ1.

Ni semua atas selera aku.Selera korang aku tak tau.Oh ya,kalau korang jenis suka sos lebih,cakap kat brader tu nak sos lebih.Sebab sos dia akan letak secukup rasa sahaja.

Menu cadangan:
1.Bege ayam double special 'cheese double'.
2.Bege ayam double 'cheese triple'.(penggemar keju)



Amaran: Jangan makan selalu beb...punah badan.Ha ha ha..

Thursday, July 23, 2009

Battle Of The Bands

Lokasi: Melaka


Aku masih belajar kat Melaka masa tu.Time tu lak 'U' aku ada buat pesta konvo.Ala,hari orang yang habis belajar naik atas pentas amik bekas kosong takda sijil tu.Disebabkan aku belum habis belajar lagi,aku tak amik port sangat lah menda pentas-pentas ni.Lagipun sekolah dulu aku da bosan naik pentas amik hadiah.Masa naik,awek yang menjerit histeria tu jgn cakap la...jenuh ambulan nak datang amik,angkut ke klinik.

'Flashback' tamat.

Berbalik kepada cerita aku yang sedang berada di Melaka tadi,aku dan rakan-rakan sebaya dan tak sebaya bercadang untuk menghadiri ke dataran sejarah.Ala,dekat Zoo Melaka tu.Sempena pesta konvo,pihak tempat aku belajar buat 'Battle Of The Bands'.Ada jugak aku tunggu kalau-kalau ada pertandingan ratu kebaya.Hampa.

Kali ni,band-band dari luar pun boleh join.Maknanya persaingan akan lebih sengit.Ye la,band budak-budak lawan nga band yang dah berpengalaman,memang la sengit.Maka pada malam tu,aku leh nampak ada band yang nampak macam dah pro,dah matang.Mungkin sebab diorang ni da biasa nyanyi kat 'show',kat kelab-kelab.

Aku mengambil kedudukan paling hensem atas padang bersama rakan sebaya dan tak sebaya.Semua duduk ja layan band ni.Awek-awek pun ramai.Aku cuci mata pakai eye mo.

Tengah sedap layan,satu-satu band datang dan pergi.Ada yang hampeh,ada yang so-so,ada yang mantap.Akhirnya tiba giliran satu band ni.Penyanyi dia wanita.Pemain gitar dia aku tgk memang tylo.Rambut lurus.Panjang rambut dia.Nama apa aku da tak ingat.Lepas perkenalkan diri mereka pun mulakan persembahan.Mak datuk....memang mantap.Macam artis-artis.

Dia punya pemain gitar tak yah cakap la,memang goreng habis.Kepala hangguk-hangguk.Rambut berjurai-jurai.

Aku tergamam.Kagum.

Pemain tersebut masih menggoreng gitarnya.Rambutnya mengerbang.Peh,dah macam slash GNR.Dah macam hantu.Aku asyik melayan gorengan gitarnya,sehinggalah.....


Rambut panjang brader tadi tersangkut kat tali gitar yang dia tengah main.....kelam kelibut dia cuba melepaskan diri....
















Aku ketawa bagai nak gila.

Tersengih sorang-sorang.

Jeman buat hal lagi - 4

"Makkk.......Man rasa,Man tak nak nakal-nakal lagi la...Man dah tak nak kena rotan-rotan.." ujar Jeman di suatu petang secara tiba-tiba ketika menonton cerita kartun di tv.Mak Piah yang berada di sebelah Jeman tersenyum.

"Jeman sudah berubah.Baguslah." hati Mak Piah berbisik.Mak Piah tersenyum sendiri.Tak sia-sia dia tegas dengan Jeman.Walaupun selalu dipukul,Mak Piah sangat sayangkan Jeman.

"Mak mak.....mak ni kan,sekarang pun nampak cantik lagi....mesti muda-muda dulu mak lagi cantik kan?" sambung Jeman sambil badan masih mengadap ke arah tv,manakala kepala pula berpaling ke arah Mak Piah.Mak Piah terkejut mendengar ayat maut dari Jeman.Selama ni,suaminya sendiri pun susah nak puji.Alih-alih arini dia kena puji.

Bibir Mak Piah tersenyum lebar sampai dia tak boleh nak bercakap.Matanya berkaca-kaca.Pipi Mak Piah mula blushing.

"Tapi Jeman rasa Mak Cik Munah belakang kedai tu lagi cantik dari mak." sambung Jeman dengan pantas sambil berpaling semula menonton tv.











PIAPPP! PIAPPPPP! PIAPPPPP!


Jeman menggelupur kesakitan.

Wednesday, July 22, 2009

Hapacrita Bercerita

Seperti kamu semua maklum,aku ada buat blog baru aritu, hapacritabercerita. Hari ni,bila aku post cerita baru,ramai dah tak percaya,ramai dah berhati-hati.

Ha ha ha....aku tergelak besar.Kelakar la korang ni.Tak boleh usik sikit. =p

Parkour

Aku mula kenal parkour ni,masa belajar dulu.Masa tu aku tgk cerita Yamakasi(sila google sendiri kalau tak tau).Bagi aku,parkour ni sangat menarik.Seingat aku,konsep asas parkour ni adalah "bergerak dari A ke B melalui cara yang paling pantas". Maka konsep yang digunapakai bukanlah menaiki tren,basikal mahupun hoverkraf.Mereka akan berlari,dan melompat untuk mengatasi halangan di hadapan mereka.Tak kiralah batu,bangunan,tangga hatta lembu sekalipun.

Kini aktiviti ini dianggap riadah.Di Malaysia ni pun dah ada orang buat parkour.Dah masuk dalam suratkhabar pun.Aku tidak pernah jumpa kumpulan ini,dan tidak pernah melihat mereka beraksi.Cuma beberapa bulan lepas aku terjumpa sekumpulan remaja yang menaiki tren dari bukit jalil dan cuba melakukan aksi parkour di dalam tren sambil buat bising. Gaya je lebih.Anak beruk lagi licik aku rasa.Biarkanlahlah,budak-budak.Nanti-nanti pandai lah tu.Cuma pesan aku,jgn malukan diri dengan aksi gampang anda ketika di dalam tren.

Oh ya,ini adalah klip parkour.Lihatlah sendiri.

Aku rasa,pihak keselamatan (tentera) yang ingin menubuhkan pasukan gerak khas(bukan gerak khas dalm tv) yang khusus beroperasi di dalam bandar,aku rasa mereka patut belajar aksi ini.Baru la penjenayah nak lari pikir banyak kali.Ntah-ntah kalau nampak ja unit ni datang,penjenayah terus tak lari,siap boleh layan menonton aksi parkour dari pihak tentera.Silap-silap diorang terus praktis sama-sama time tu.Barulah muhibah.Tak ada jenayah.Nanti kalau ada hari tentera,tak lah bosan sangat kita asyik menonton tentera naik motor ramai-ramai(tatu?).Sekurang-kurangnya ada persembahan parkour dari pihak tentera.

Unit tentera ini pula mestilah dilengkapkan dengan pistol,bom asap dan senjata ringan yang kecil dan kompak.Pakaian pula mestilah fleksibel dan tidak menyusahkan mereka ketika bergerak.Latihan boleh diberikan oleh pakar-pakar parkour dunia.Bayangkan jika unit ini ditubuhkan.Badan tegap,lincah,pantas,licik dan merbahaya.Penjenayah di dalam bandar MUNGKIN akan berhadapan dengan musuh baru.

Jika nak suruh pak guard belajar pun apa salahnya.

Eh,tadi aku suruh kamu tgk klip kan? sambung bebel pulak.OK..aku nak berhenti merepek.Mari kita layan video parkour.





-DVINSK CLAN...antara team parkour terbaik.-

Tuesday, July 21, 2009

Spiderman

Kamu semua mesti ingat kan,ketika spiderman cuba menyelamatkan penumpang di dalam tren? Spiderman duduk kat depan-depan tren tu,pastu tahan tren tu sorang-sorang.Best kan?



Kat malaysia pun ada beb! Masa buat kerja tadi,tetiba aku teringat satu gambar yang aku tgk satu masa dulu.Jenuh jugak nak google.Last-last jumpa jugak.Gambar yang buat aku tak berenti-renti tersengih.

Hapacrita dengan bangganya mempersembahkan....



















-Spiderman malaysia-

p/s: Pakcik ni mesti otak gila-gila punya.sapa kenal pakcik ni? habaq mai sat.


Dialog Suami Isteri 6

"Eh eh..x apa....biar abg tolong..."ujar suami yang baru pulang dari kerja sambil mengangkat baju dari ampaian.Si isteri tersenyum.

"Biar abang angkat.." suami keluar mengangkat sayur yang dibeli isteri ketika sedang menonton berita di tv.Pelik.Si suami ni susah nak tinggalkan tv kalau tgk berita.Si isteri tersenyum.

"Biar abang tolong,sayang masak ja k?..potong-potong ni semua biar abang yang buat." tersenyum-senyum si suami kepada isterinya sambil menolong memotong sayur.Si isteri tersenyum.


Setelah selesai makan,mereka menonton tv bersama.Si isteri yang kehairanan mula bersuara..

"Kenapa abang baik sangat hari ni?...selalu jarang macam ni.."
"Malam ni kan malam jumaatttt....sayang tak boleh penat-penat...he he he" si suami tersengih-sengih sambil kenyit-kenyit mata.

"Tp ayang period..." ujar si isteri pantas....muka serius...












Si suami merenung jauh ke luar jendela.

Monday, July 20, 2009

Mengkaji kesesakan MRR2 sebelum pulang.

Andai pula bagaimana? dengar radio?

Aku gunakan ITIS.Imej baru akan di'update' setiap 15 saat.Sila pilih jalan anda.Aku sudah pilih jalan aku.Selamat pulang.ta ta.

ITIS

Bukan ITIK.

Kedai runcit

Aku mengambil sebuku roti Gardenia Butterscotch dan sprite setin (gabungan pemakanan terbaik untuk sakit kencing manis 20 tahun lagi).Seperti biasa,aku menuju ke kaunter.Ketika dalam perjalanan ke kaunter,ada beberapa orang awek yang memandang aku.Aku tidak hiraukan mereka.Tak berminat.Mereka sedaya upaya membuat pelbagai aksi untuk menarik perhatianku.

Maaf.Tak berminat.

Perjalanan ke kaunter diteruskan.Aku meletakkan 2 barang tadi di atas kaunter.Tukang jaga kaunter tadi pun mula lah mengira menggunakan mesin.Tet sana,tet sini.

Aku memberikan sekeping duit kepada tukang kira.Dia mengambilnya.Ketika tukang kira tersebut bertungkus lumus sibuk menekan butang sana sini,aku pula mengambil barang aku dan terus berlalu dengan bergaya sambil berkata... "keep the change..." ..... di dalam hati.











RM 5.00 - RM4.99 = ?

1 sen pun duit gak woi.

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 5 ( part2)



-Kebun durian-

-Tak muat raga beb...-

-Durian belanda @ benggala -

-Delima yang belum masak-

-Sebab aku suka laksa,aku suka bunga kantan-

-Tgk dia melilau sana-sini dengan balang belalang dia kat rumah abg ipar aku,aku snap sebijik.Ha ha ha...ntah sapa-sapa.-

-Segar dari pokok.Tahun depan aku kena bisik lah kat pokok ni.
"kurangkan sket gula..manis sangat buah ko nih"... -

-Kucing paling kerek.Lepak blakang rumah.Jenuh aku pujuk,tak tgk-tgk aku jugak.Cilakak!-

Sunday, July 19, 2009

Transformers punya pasal lah ni,tak pasal-pasal aku melangut kat web chevrolet.




Aku rasa puas tgk gol malaysia




Minit ke 2.Keeper -> amri -> gol!

simple. =)

Senin ni....Malaysia kena belasah? atau membelasah? Mari kita tunggu.Aku harap ada lagi gol menarik camni.

Saturday, July 18, 2009

Malaysia - 2 , MU - 3.

He he he....kita tgk apa kata surat khabar besok.

Dengar cita senin ni ada lawan lagi.Ganti tempat indonesia yang tak jadi lawan.

Kita tgk camna dia pegi. =)

Friday, July 17, 2009

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 5 ( part1)


-Asam keping sebelum kering-

-Asam keping-

-Daun palas/mempelas (gunanya macam kertas pasir)

-Pokok mengkuang (buat tikar mengkuang)

MOAD (Mother of All Durians)
Sebesar-besar pisau yang aku jumpa kat dapur,besar lagi durian ni.


Dokong.Ada 5 pokok semua.Semua buah macam ni.Semua depan rumah.Rambang mata aku.

Antara suspek utama yang membuatkan aku tambah nasi 5 kali.

Pisang gergasi. =)

Menjadi harimau bintang.

Aku memang takleh bau durian.Kalau bau aku akan pening.Tapi bila dah makan....haa..amik ko..setel 2 bijik.Aku berenti makan pun sebab stok kat rumah dah habis.Kena pegi dusun.





Pesanan dari saya,anak buah en Jamil.






Gambar dah buleh transfer.Nanti,bila anjang saya,iaitu en. Jamil dah siap buat kerja,dia akan sambung buat entry

"apa aku jumpa bila balik kampung".

Tunggu ye.

Amacam? Comel tak saya? =)

Babaiiii.....

Jeman buat hal lagi - 3

"Jeman,cikgu nak kamu buat soalan no 3 tu kat papan hitam.Sekarang." ujar cikgu Ramlah.Cikgu matematik dalam kelas darjah 4 strawberry.
"Susah soalan ni cikgu! tak pernah saya nampak bentuk soalan macam ni.Cikgu tak pernah ajar pun."balas Jeman.

"Jangan merepek! Semalam kan saya dah ajar.Saya dah bagi latihan pun.Kamu tak buat? Cepat keluar ke depan!" marah Cikgu Ramlah.Garang bukan main.

Jeman kaget.Diambilnya buku teks dan terus ke depan.Tekun Jeman salin soalan dari buku tersebut di papan hitam.Bersungguh-sungguh betul dia menyalin.Cikgu Ramlah memerhatikan dengan penuh debar.Jeman ni selalu buat dia terkejut ketika di dalam kelas.

Soalan:
3. Selesaikan (4x + 5y) (7x - 4y) / (5x + 6y)(4x + 3y) = ?

Jeman terkulat-kulat di hadapan papan hitam.Murid-murid yang lain ternganga.

"Kan saya dah cakap...cikgu tak ajar pun yang ni!" ujar Jeman.


Cikgu Ramlah mengurut-ngurut dadanya yang tetiba rasa senak.Beliau sekali lagi terkejut.
Kini Cikgu Ramlah sedar,Jeman telah tersilap bawa buku yang ntah hapa-hapa ke sekolah....

Thursday, July 16, 2009

Kat balkoni pun jadi....





Nyanyi kat balkoni ja..tapi sedap.







Tukang Kebun - 2

Dah kluar. =) sini.

Bodoh betul,keluar air mata aku gelak.



Walaupun dah beberapa tahun,lawak dia memang tetap buleh buat aku gelak sampai susah nak bernapas....aku suka.Ni le antara part aku tabley lupa.Siot betul.

ha ha ha hapacrita...

Kagum.

Lagu terakhir Michael Jackson @ Mikael yang masih dalam proses recording

Tajuk lagu ni,

Give thanks to Allah.

Aku dapat dari blog KONOTASI maklumat ni.Korang bleh download lagu ni kat sini.

Tak tahu samada benar atau salah.Nanti la aku try selidik.tanya CIA ka....bukit aman ka....kat pakcik google ka...

Wallahua'lam.Doa yang baik-baik. =)



UPDATE: Aku jumpa penyanyi bernama Zain Bhikha,dan aku mula suka dengan lagu-lagu dia.Unik dan sedap.Korang banding la sendiri. =)










Ni lagu lain dia...suara dia hampir sama.

Eksiden

Tengah sedap-sedap aku pandu kereta..tetiba kereta depan brek mengejut.Time tu lak tengah hujan.Peh..brek memang tak mengancam la...

SKREEETTTT........BAMMM!!!

Peh..kemik hood depan kereta bos aku.Aku pun call bos aku,tanya apa nak buat.Last-last aku claim insuran kereta bos aku.Dah siap buat report semua,kereta pun dah antar kat bengkel.....aku pun guna kembali kriss evo aku.Masa tu ketar jgn cakap la.Kereta bos beb.

Tapi bos aku rilek ja.Aku ja yang gelabah lebih.

Dah 2 minggu tunggu,akhirnya kereta siap.Aku pun amik le kereta tu kat bengkel.Bila bawak pegi opis,bos aku tanya pasal kereta.Aku cakap ada kat bawah.Tak lama pastu dia pegi tgk.

Elok dia naik ja,dia tersengih-sengih.








"Wahh....depan dah jadi macam kereta baru,sport light baru,cat baru......Jamil,ko pegi langgar belakang kereta tu pulak!" ujar bos aku tersengih-sengih....

Dua minggu aku risau,buleh dia suruh aku langgar kereta dia sekali lagi?







Benci tau.

Wednesday, July 15, 2009

Dialog Suami Isteri 5

"Abang...garam dah habis la.....tolong pegi belikan kejap."
"Ala.....abang tgh tgk berita ni,kejap lagi la.ok?"

"Ayang nak masak ni....kang lewat lak kita makan malam."
"Kejap la,ok?..tgh best ni..."

"Cepat la banggg...."
"Kejap laa...."

"Malam ni abang bersenam lah sorang-sorang...ayang nak tido awl..."








Si suami terus bergegas ke kedai...si isteri tersenyum nakal....ugutannya menjadi...

Hapacrita bercerita

Disebabkan otak aku semakin nakal mengarang cerita merepek-repek,yang mana semakin panjang jalan ceritanya,sampai tak sesuai dah nak letak dalam blog hapacrita ni,jadi aku pun buat satu blog lagi.

SINI


Cerita kat sini aku main karang ja.Jgn bandingkan dengan cerita novel yang dikarang oleh pengarang profesional.Aku hanya memenuhi masa lapang sahaja.Sekian. =)

Tuesday, July 14, 2009

Kamu semua wajib baca menda ni.

Untuk orang yang MAMPU BACA SAHAJA.

-KLIK DI SINI-

Ijazah

Lokasi: Kubur
Tahun: 1993

Ketika menunggu orang kampung aku yang meninggal dibawa ke kubur,aku dan kawan aku berbual-bual di tepi liang lahad.Biar aku namakan kawan aku ni dengan nama 'Farid Kamil'.

Tengah sedap-sedap sembang,tetiba si Farid Kamil ni berkata..

"Kejap lagi sampai la ijazah ni kan?.."

"Ha'ah...." jawab aku kembali.Ringkas dan Pantas.

Aku dan Farid Kamil terdiam kira-kira 30 saat,sebelum aku tersedar dari lamunan alam bunian dan terus membetulkan istilah yang digunakan oleh Farid Kamil tadi.






"Jenazah lah!"

Hilang Bosan



Tadi aku ushar2 sapa yang tgk blog aku.Tup tup ada sorang pelawat yang aku rasa tak sengaja termasuk dalam blog aku.Asal dari Sandy,Amerika Syarikat.Aku pun tgk le wikimapia.

Peh,taman dia memang cantik dari udara.Kemas.Aku rasa mesti ramai awek-awek kat sini.Rasa macam nak tinggal kat sini lak.Kemas lah taman dia.

LIHAT




Handcrafted Artificial Person Assembled for Ceaseless Repair, Infiltration and Thorough Assassination


Get Your Cyborg Name





Journeying Artificial Masterful Infiltration Lifeform


Get Your Cyborg Name



Memang takda keja.

Sangat-sangat menenangkan,sangat-sangat...




Nak lagu ni? KLIK SINI

Mesin deposit duit Maybebank

Aku singgah di Maybebank kat SmallVille.Masuk je dalam bank aku terus ke mesin deposit duit.Nak bayar hutang.Elok sampai ja aku tgk ada sorang brader tengah guna.Tak pa...aku tunggu dengan macho.Bila brader tu dah nak selesai,tetiba aku terpandang dua orang awek cun sedang berjalan ke arah aku.Mesti diorang pun nak guna mesin ni gak.

Tanpa membuang masa,aku pun terus pusing semula menghadap ke mesin dan mula kontrol macho.Hensem pun aku kontrol jugak masa tu.

Brader tadi pun blah bila dah siap urusan beliau.Aku pun mengeluarkan dompet dengan penuh stylo,tekan-tekan menu dengan penuh bergaya,masukkan no akaun laju-laju dengan harapan awek kat belakang tadi akan kagum.Bila dah siap masuk duit semua,aku simpan dompet aku dengan penuh mutu dan keunggulan.Amik resit pun penuh bergaya.

Bila dah puas hati dengan 'persembahan' aku tadi,aku pun pusing ke belakang untuk blah dari mesin tersebut dengan penuh bergaya.












Tiada sesiapa di belakang aku.


Macam badut.

Jamil di kampung


-Berada pada ketinggian 3 ribu kaki di udara,memetik dokong di hadapan rumah-



"Jamilll....napa tak makan lauk tu?" soal mak aku sambil tunjuk lauk-lauk udang,ayam yang aku tak sentuh.

Aku lak bersungguh-sungguh makan nasi dengan sambal belacan,ulam,kicap,ikan goreng.Peh....udang,ayam tu besok-besok buleh makan.Kat KL berlambak.Sambal belacan mak aku ni ha,mana nak jumpa dah kat tempat lain.Sekali makan nasi,mesti paling minimum,3 kali tambah.

Aku pun dah naik risau.Semalam buat rekod.5 kali tambah.Lauknya?
Sambal belacan,telur,sardin,ulam,kicap.......campur dengan suasana hujan sket...peh.




fakta menarik: aku ada banyak gambar-gambar menarik.Memandangkan laptop baru aku belum dapat,so,tak bleh upload lagi la gambar2...hahaha....tunggu. =)

Friday, July 10, 2009

ha ha ha

balik ke kampung. ta ta

Pendidikal Moral






Kepada perempuan,jgn call atau sms suami/pakwe/balak/membe lelaki/anak lelaki/adik lelaki/abang anda ketika waktu solat jumaat.

Kepada lelaki...sila 'silent' telepon kamu ketika bersolat jumaat.





Ingat aku seronok baca fatihah sambil dengar lagu Maikel Jeksen?

Teori Darwin

"Itu la pasal,pandai betul diorang kaji kan?..siap jumpa tengkorak lagi." ujar Kasim sambil makan eskerim kat atas batang paip depan masjid.

"Dia punya teori,peh...memang mengancam.Kagum aku sekejap.Tak sangka plak kita ni ada susur galur dari keluarga cimpanzi...monyet,beruk tu semua.Aku kagum la dengan teori Darwin tu." Tapa plak bersuara sambil kunyah keropok.

Dua orang mamat ni baru je balik kampung.Diorang ni belajar kat sekolah sains elit kat bandar.Baru tingkatan 3.Nak amik PMR tahun ni.Boleh kata dua orang ni budak bijak la kat kampung tu.Kiranya time cuti je lah diorang akan lepak kat kampung.Hari belajar diorang akan tinggal kat asrama.Selalunya sebulan sekali diorang akan balik.

Tengah-tengah sedap sembang,tetiba Badrul Muhayyat(nama tabley bla..) melintas.Badrul Muhayyat ni otak dia 'short' sket.Kira gila ringan-ringan la.Kadang-kadang waras,kadang-kadang tak waras.Tapi kebanyakkan masanya memang tak waraslah.Muda setahun dari Kasim dan Tapa.

"Sembang apa tu?..boleh join?" ujar Badrul Muhayyat tersengih-sengih.

"Ahh....ko tau apa...kami tengah bincang menda sains ni...ko bukan tahu apa.....sekolah rendah pun tak lepas....hahahaa..." Tapa bersuara agak tinggi.

"Ntahnya,pernah ke ko dengar Teori Darwin?..yang manusia ni ada susur galur dengan chimpanzi ,monyet dan beruk tu semua? DNA kita hampir sama dengan chimpanzi ko tau" Kasim lak menambah sambil makan eskerim.

Badrul Muhayyat terdiam.

"Ha,kan aku da cakap....dia ni mana tau pa...dah la gila....dah dah..pegi main jauh-jauh..." sambung Tapa sambil gelak-gelak perli.








"Kita kan keturunan Nabi Adam....asal dari tanah,turun dari syurga.....makhluk terbaik yang tuhan cipta...manada kita asal dari beruk-beruk,chimpanzi-chimpanzi ni....kamu ni gila ke hapa......" ujar Badrul Muhayyat sambil berjalan pergi dengan gaya 'moonwalk' sambil nyanyi-nyanyi lagu Michael Jackson-Beat it......meninggalkan Kasim dan Tapa yang terpaku.





Kasim dan Tapa berpelukan sambil menangis keinsafan.

Megan Fox

"Aku nikahkan dikau dengan Aisyah binti abdullah @ Megan Fox dgn mas kawin Rm200 ringgit tunaiiiiii."

"Aku terima nikahnya dengan mas kawennya RM200 tunaiiii..."


POOOOOFFFFF!!







Terjaga dari tidur.Berpeluh-peluh.Berdebar-debar.

Cilakak!...

Thursday, July 9, 2009

Rombongan

Lokasi: Planetarium
Tahun: 1999

Aku dan beberapa orang membe berkeliaran di dalam planetarium negara.Masa tu aku ikut rombongan sekolah menengah.

Tengah melilau dalam tu,aku buat-buat aksi jakun sket,ushar-ushar awek dari sekolah lain yang kebetulan buat rombongan time tu,tengok sana,tgk sini.Peh....bukan selalu datang kl nih..setahun sekali.

Elok sedap-sedap kontrol hensem,tetiba datang sorang brader ni depan aku,mintak aku dan membe-membe aku duduk elok-elok,dia nak amik gambar.Dia cakap nak masuk dalam surat khabar.Aku dan membe-membe aku terus blah sebab cemas.Mana le tau dia nak buat gambar super impose ka..tak nak la aku.Tak pernah aku ada orang lelaki tetiba datang nak amik gambar,kalau perempuan yang mintak tu biasa lah,siap dah naik bosan lagi.

Kami terus menyambung aksi jakun di dalam planetarium tersebut.

Keesokannya,rombongan kami tiba di Melaka.Dah mandi-mandi kat masjid,dah tukar baju hensem-hensem,kami pun naik bas.Bila bas dah gerak,tetiba ada budak pompuan kat depan menjerit-jerit.Aku hairan.Dah kurang sket kecoh-kecoh,aku pun pegi ke depan bas.











Dengan jelas aku nampak muka budak pompuan yang posing dalam surat khabar UTUSAN tu sebijik-sebijan sama dengan muka budak yang jerit-jerit gembira tadi.Agaknya brader yang sama semalam amik gambar dia dan membe-membe dia.




Aku terlepas peluang jadi glemer.




-gambar di tempat kejadian-


Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

Aku tersenyum.Bagi aku,eloklah pengajaran bahasa inggeris yang dirawat.Biar ia diajar di dalam bentuk yang baru.Bentuk yang lebih berkesan.Biarkan orang yang pakar dalam bahasa inggeris mengajar bahasa inggeris.Tak perlu guru pakar matematik terkial-kial dengan bahasa inggeris.

Bukan menidakkan kepentingan bahasa inggeris.Cuma,jgn halang ilmu sains dan matematik dari sampai kepada golongan muda di LUAR bandar.Otak mereka power,tapi disebabkan bahasa inggeris,mereka jadi terhegeh-hegeh.Benda ni aku nampak dengan kepala aku sendiri.Mereka dibebankan dengan 2 perkara pada suatu masa.Memahami bahasa asing,dan menyelesaikan masalah soalan (math @ sains).Kesian aku tgk budak sekolah rendah kat kampung.Kalau budak-budak bandar lain lah.

Jadi,biarkanlah mereka belajar dalam bahasa mereka,PADA MASA YANG SAMA,kuatkan pengajaran bahasa inggeris biar jadi lebih berkesan.Tambahlah masa pengajaran bahasa inggeris pun,tak kesah,janji ilmu sains dan matematik dapat diserap dengan mudah oleh pelapis bangsa.Dalam hal ini,dalam bahasa ibunda.

Utk DBP...depa ni aku rasa kena bagi kuasa lebih.Terjemahkan la buku laju-laju.Rancakkan proses terjemah buku ni.Tambah je kakitangan.Buku baru kuar..terjemah ja.Banyak menda la nak cakap kalau bincang pasal ni.Sejarah bahasa melayu bukan bermula selepas merdeka,kalau kamu rajin,buatlah kajian sket pasal bahasa melayu,aku jamin kamu akan kagum.

Perjalanan baru bermula.Kepada Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin dan pasukan dia...aku tabik kepada kamu.Dia ni,bagi aku,letak kat mana pun menjadi.Oh ya,aku bukan BN dan aku bukan Pembangkang.Sapa buat kerja bagus,betul,memang aku respek.

Tahniah pejuang bahasa.





"Kalau nak masak laksa....kita kena pandai lukis gambar laksa dulu tau....baru buleh masak laksa dengan sedap.....ha..sekarang cuba kamu suruh cikgu pendidikan jasmani kamu ajar kamu lukis cantik-cantik......"


dapat?

Dialog Suami Isteri 4

"Banggggg...kita amik orang gaji nak?..banyak la keja ayang kena buat kat rumah....penatttt..."
"Tak nak lah.....tak seronok ada orang lain dalam rumah.Tak ada privacy abang nak menggatal dengan ayang..."

"Alaa.....boleh laa....boleh laaa......"
"Ok la....tapi dengan satu syarat..."

"Apadia bang?"
"Syaratnya abang yang kena pilih...abang nak pilih yang cantik-cantik..yang seksi-seksi....yang manja-manja....yang muka macam artis....body mantap....."

suasana sepi.....

"ooooo...nak menggatal yaaaa!......jaga abang.....jaga....."
"Adoiii laa....adoi laa.....jgn la cubit....adoi la....haahahha...."








"heh..kejap lagi mesti suami dia 'balas' dendam dalam bilik tidur...aku dah tau dah jalan cerita..." ujar Pak Kassim sendirian,jiran yang terdengar dialog mereka...

Husin

Husin memandu dengan tenang ke kedai cuci kereta berhampiran dengan rumahnya.Husin baru sampai di kampung pagi tadi.Perjalanan jauh dari kota tak dirasakan oleh Husin kerana beliau memandu kereta baru.Jadi kalau dah kereta baru tu,kena la tayang-tayang kat orang kampung.

Tempat tayang pertamanya adalah di kedai cuci kereta lah.Di mana port tempat pemilik-pemilik kereta kampungnya berkumpul untuk lepak-lepak pada hari cuti.Kereta yang dibeli Husin adalah kereta Honda City yang baru.Husin memang bangga dengan kereta barunya.Penat-penat dia kerja untuk kumpul duit beli kereta tu.

Bila sampai kat kedai cuci kereta,semua orang pandang Husin.Husin memang dah jangka keadaan macam tu.Ye la,orang kampung dia banyak yang pakai saga,wira,honda lama,toyota lama,kereta yang dah diubahsuai dan yang nampak agak 'lord' sket adalah perdana v6 yang berkilat-kilat milik ketua kampung.Lagipun geng-geng kereta tu pun bukannya orang lain,membe Husin jugak.Membe rapat kat kampung.

"Dik...basuh betul-betul eh.....sini boleh cuci enjin sekali tak?"
"Cuci enjin?..boleh je bang....tapi lambat sket lah...."
"ok..tak apa....nanti saya datang ambil ya." ujar Husin kepada budak cuci kereta tersebut.

Setelah beramah mesra dengan geng-geng kereta yang lepak kat situ sambil bangga-bangga diri sampai membe-membe dia pun naik menyampah,Husin pun pegi ke warung yang berdekatan untuk pekena nasi lemak.Bersarapan.

"Berlagak betul..." ujar Seman,ketua geng kereta kat kampung tu bila Husin dah blah.

Setelah siap sarapan,Husin pegi semula ke geng-geng kereta tadi untuk berlagak sekali lagi.Setelah puas berlagak,Husin pun pergi ke keretanya.Dia nak check apa ke lama beno budak-budak ni cuci.Tak siap-siap.

"dikkk...ooo dikk.....dah siap ke belum..."
"Belum lagi bang,kami kat belakang ni ha.....tengah cuci.Jap ye.."

Husin kehairanan dengan jawapan tersebut.Dia pun pergi menjenguk di sebelah keretanya yang satu lagi,di mana budak-budak tu berada.

Bila jumpa je bebudak tu,Husin terus kaku.Mukanya pucat.Husin nampak enjin keretanya telah dibawa keluar dan sedang dicuci dengan berus oleh bebudak tadi.Husin hampir hilang akal berpikir macam mana bebudak tu boleh bawak keluar enjin keretanya yang berat tu dengan selamba.

Husin pitam.

















Dari jauh...di sebalik geng-geng kereta tadi...kelihatan Seman dan beberapa kutu yang lain sedang mengelap-ngelap kesan minyak itam di tangan mereka.....mereka tersenyum.Tanda puas hati dengan lawak kasar yang mereka kenakan kepada Husin.

Tuesday, July 7, 2009

Dialog Masyarakat Marhain 9

"Sedap betul nasi lemak semalam kan?"
"Ha'ah,baru je bukak dah sedap.Buleh beli lagi pasni."

"Tapi nasi lemak kat kg aku lagi sedap."
"Ye ke?"

"Ye la,dia punya sambal...pehh..tu le antara nasi lemak yang aku suka selain dari nasi lemak yang mak aku masak.Ko?..selain dari nasi lemak,nasi apa yang ko suka?"







"Nasi kangkang......"

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak ke Laksa











Video klip atas skali tu..pakcik George namanya.Dia adalah bapak kepada Matthew Bellamy si ketua kumpulan MUSE.Pakcik George dulu ada band..nama dia The Tornados..pakcik George main rhythm guitar..Band ni adalah band british pertama layan kedudukan "United States number one song" kat US dengan lagu diorang..telstar.

Tu tahun 1962 dulu lah.

Sekarang,si anaknya dan rakan-rakan sekolej pula mengganas dengan kumpulan MUSE.Aku start layan kumpulan ni dalam tahun 2004.Kira-kira 10 tahun selepas penubuhan band ni.Agak obses.Sebab MUSE ni bagi aku menghasilkan muzik berkualiti tinggi,standard persembahan live yang 'mak-datuk-stamina-macam-jin-tanah',skill goreng gitar yang power siap cukup dengan rempah-rempah,main piano pun buleh,lagu yang mengena,bertenaga,sedap,melekat dalam kepala,penuh dengan 'percubaan-percubaan berani' si Matt tuh bermain alat muzik(mamat ni diletakkan dalam list antara gitaris terbaik dunia) dan senang cita,kalau ikut selera aku,memang dah ngam.Nak tgk MUSE ni beraksi,kena tgk LIVE,baru sedap.Sebab diorang memang power bila live.Tgk dalam youtube sudah konsert diorang.Ada akai ka nak follow konsert diorang satu dunia.Duit ada rm4 billion buleh la buat camtu.University kat tmpat diorang dah bagi PHD dah kat diorang bertiga ni atas kecemerlangan diorang dalam muzik.

Video klip di atas tu,adalah vklip yang aku suka.Best lagu butterflies & hurricanes tu.Bila dengar lagu tu terus rasa bersemangat.Rasa macam nak makan nasi.Rasa macam nak lompat-lompat.Tak da rasa nak tido.Kalau lagu ni diorang cipta masa aku kayuh beskal gi sekolah dulu,mesti aku kayuh laju-laju sebab bersemangat.

Jamil...hentikan merepek.

Kalau nak tengok lebih-lebih,cari lah sendiri.Tgk Matt main gitar,aku rasa macam nak main gitar plak walaupun pegang gitar pun bersepah.Main apatah lagi.Langsung tak reti.


Fakta menarik:Aku tgh 'high'..seronok juga membebel masa 'high'. Ngantuk weh!

Monday, July 6, 2009

Krew Penerbangan Berbogel




WELLINGTON, New Zealand - Air New Zealand, syarikat penerbangan milik negara itu, mempunyai cara tersendiri bagi memastikan setiap penumpangnya menumpukan perhatian ketika taklimat keselamatan dalam pesawat.

Video penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan bagi penerbangan domestik membabitkan pesawat Boeing Co 737 menayangkan juruterbang dan kakitangan kabinnya 'berbogel' apabila tubuh mereka hanya diliputi dengan lukisan tubuh.

Bagaimanapun sudut kamera ketika rakaman dilakukan dibuat dengan berhati-hati. Salinan bagi video tersebut telah dimuat turun dalam laman internet popular, YouTube.

Video tersebut dikatakan menggunakan taktik sama dalam kempen pemasaran bagi tambang murah syarikat penerbangan itu yang menampilkan kakitangannya termasuk Ketua Eksekutif, Rob Fyfe tanpa sebarang pakaian dan hanya dilindungi dengan lukisan pada tubuhnya. - Reuters


Sumber


Fakta menarik: Aku tak bercadang nak buat menda-menda camni bila ke pejabat.

Sunday, July 5, 2009

Hapacrita Cerekarama 7

Padil berjalan-jalan dengan riang.Di tangannya ada sebatang aiskrim.Sambil menjilat-jilat aiskrim,Padil nyanyi-nyanyi.Hati dia sangat riang.Mau tak riang,ni le kali pertama mak dia benarkan dia ke kedai sorang-sorang.Kalau pegi ngan mak dia mesti kena queen control.Nak itu tak bleh,nak ini tak bleh.Kalau pegi sorang-sorang dia boleh pilih apa yang dia nak beli dengan senang hati.

Ketika sedang berjalan,tiba-tiba Padil dihampiri sebuah kereta yang dipandu oleh seorang perempuan yang jelita.Seperti lelaki normal yang lain,hati Padil berdebar kencang.Walaupun beliau cuma budak darjah 1,tapi Padil juga mempunyai perasaan.

"Kesiannya adik jalan tengah-tengah panas,mari kakak hantar adik balik.." lembut betul suara pemandu perempuan tersebut.

Padil cair.

"Nama kakak Rina.Adik boleh panggil akak dengan nama kak Rina.Adik darjah berapa?"lembut tutur perempuan jelita tersebut yang membahasakan dirinya sebagai Rina sambil memandu.

"Darjah satu."Jawab Padil tersipu-sipu.Padil tak habis sengih sorang-sorang.Beliau membayangkan Kak Rina adalah aweknya.Tetiba telefon Kak Rina berbunyi.

"Selesai..." hanya itu yang dijawab oleh Kak Rina.

Padil tak sedap hati.Dia melihat jalan yang dibawa oleh Kak Rina bukannya jalan nak ke rumahnya.Padil tahu,dia bakal menjadi mangsa culik.

"Kak Rina,saya tahu kakak nak culik saya,tapi boleh saya tanya satu soalan?" ujar Padil lembut.

Rina yang memandu tadi terus brek mengejut dan berhenti di tepi jalan.Dengan pantas dia mengambil tali untuk mengikat Padil.Takut Padil lari.

"Rilek kak...rilek...kalau saya nak lari,saya tak tanya akak dah tadi.Mesti terus saya buka pintu,pastu saya lompat keluar.Kalau cedera boleh pergi ke hospital.Saya cuma nak tanya akak satu soalan ja." ujar Padil lagi.

Rina terdiam.

"Apadia soalannya?" Rina mula 'curious'.Dia melepaskan kembali tali yang diambilnya tadi dan cuba memberi perhatian kepada Padil.

"Kenapa orang secantik akak sanggup buat kerja macam ni? Kalau akak dapat duit pun,hidup akak tak senang,Polis mesti cari akak.Kalau muka secantik akak ni,baik akak jadi model.Duit pun banyak.Dikenali ramai.Hidup senang.Dari akak jadi orang suruhan,baik akak kerja sendiri.Lagipun ayah saya memang selalu cari model-model.Saya boleh cakap kat ayah saya kalau akak mahu." panjang lebar Padil bercakap.Rina terdiam.Berfikir jauh.

"Babai akak....jumpa besok di tempat saya cakap tadi ya."Padil melambai-lambaikan tangan kepada Rina setelah turun dari kereta.Rina telah menghantar Padil balik ke rumah.Besoknya dia nak pegi ujibakat di tempat kerja ayah Padil.Hatinya girang.Tak sangka rezekinya murah.Boleh dia buat dua kerja.Banyak sikit duit.














Keesokannya,muka Rina merah padam.Hatinya panas.Dia rasa nak bunuh semua orang kat dunia ni.Dia terasa begitu bodoh sekali.Nak lari memang tak boleh dah.Dia dah terperangkap.

"Nexttttt !" bunyi satu suara.Rina berjalan perlahan-lahan dengan gaya model.Pakaian cantik-cantik,kasut tumit tinggi,rambut dressing sakan.Sekali tengok memang macam model.Dua kali tengok pun macam model.Tengok banyak-banyak kali pun macam model jugak.

"Hahh! tu la dia ayah.Kak Rina.Semalam Padil jumpa.Cantik kan Kak Rina ni ayah?" ujar padil penuh gembira di luar bilik.Di sebalik cermin.

Rina tak sangka pulak dia kena catwalk dalam bilik kawad cam di balai polis.Ayah Padil lak orang yang uruskan hal ehwal kawad cam kat balai polis.Patut la Padil kata ayah dia 'cari model-model'.

"Tahniah Padil,kamu telah menolong pihak polis menangkap penculik budak yang paling dikehendaki...ayah kamu mesti berbangga dengan kamu." ujar seorang pegawai polis yang hadir pada hari itu.Ayah Padil yang berada si sebelah tak dapat menahan bangga.Hidung ayah Padil kembang kempis kembang kempis.








Rina tak dapat terima kenyataan yang dia ditipu hidup-hidup oleh budak darjah satu.

Friday, July 3, 2009

Terawih

Lokasi: Kampung
Tahun: 1993

Dah siap solat magrib..aku pun bersiap-siap untuk ke terawih.Perut berat je rasa.Ye la.....berbuka tadi mengalahkan pelarian uganda.Aku mengenakan pakaian standard untuk ke masjid.Pakaian agama-agama campur pakaian aksi iaitu berseluar track suit dan baju melayu.Kira trend lah zaman tu.Kalau pakai kain pelekat dah nampak macam tua sangat.

Dalam poket kiri baju melayu aku,aku letak mercun gores sekotak,bunga api sebatang.Sebelah sana poket yang satu lagi,aku letak pemetik api.Barang tu semua sebagai alat keselamatan.Mana tahu kalau-kalau ada makhluk jahat macam dalam cerita power rangers nak serang aku tengah-tengah jalan,boleh aku letupkan dia dengan mercun tu.Kalau tepi-tepi jalan aku bagi salam ja.

Aku tak bawak senapang,kalau bawak senapang nampak macam askar Serbia plak kang.Berbekalkan lampu suluh buatan sendiri (bateri diikat dengan salotep..letak mentol kecik di depan..DIY punya lampu) aku pun bergerak keluar dari rumah.Kena gerak awal,ada projek baeekkkk punya kat masjid.

Bila sampai kat masjid,aku pun turun terus ke sungai masjid.Jenis tak singgah zikir dulu.Setan pun buleh geleng kepala tgk gelagat aku.Da sampai sana,aku tgk membe2 aku da siap tunggu.Ciss,lagi awal diorang sampai.Kami memulakan ritual kami seperti biasa.

Mandi sungai.

Yaaa...mandi sungai.Siang kan puasa,mana leh berendam dalam sungai.Diceritakan air akan masuk melalui lubang TUTTTTT dan boleh membatalkan puasa.Kami juga khuatir jika iman kami lemah.Gila hapa,tengah dahaga buleh berendam dalam sungai.Air sungai pun da nampak macam air sirap.Disebabkan kami ni hakkor mandi sungai,kami tukar aktiviti ke malam plak.

KECEBUR KECEBUR KECEBUR bunyi air sungai.Seko-seko da nampak macam beruk bila terjun dari tebing.Seronok bukan main.Dalam gelap pun x kesah,sebab kami da tau dah mana ada batu,mana ada kayu....sungai tu kiranya kalau ada exam,kami dah capai tahap PHD dah dia punya kefahaman.Selok belok dia semua kami tau.Kat mana emas tertanam pun kami tau...ok...itu aku tipu.

Kami mandi dengan penuh 'passion' bak kata mat saleh.

Bila muazzin azan Isya',kami semua dah siap atas tebing.Lap-lap badan siap pakai baju dah.Timing memang chantek.Dah habis azan,kami pun solat isya' macam jemaah yang lain.Bila habis solat,orang-orang dalam masjid da mula solat sunat.Aku pegi ke tingkap,jenguk-jenguk menu moreh malam tu.Peh..ada roti canai.Gila rare menu malam tu.

Aku amik keputusan untuk solat sunat teraweh penuh.Tak nak buat setengah-setengah.Semangat betul malam tu.Sementara aku menunggu diorang start teraweh,aku lepak jap kat dinding surau tu.Sandar kat dinding memang best.Sambil sandar sambil aku terbayang-bayang awek-awek di belakang tirai masjid..pastu sengih sorang-sorang macam hilang akal....aku terus mengelamun....

"Bangunnn......bangunnnnnnn!..." kedengaran satu suara sayup-sayup sambil menepuk bahu aku.Aku buka mata,tgk2 sepupu aku kejutkan aku.Peh..sempat terlelap.Aku bangun dengan cargas untuk pegi solat teraweh.Tengah semangat nih,kena la laju-laju.

Kemudian aku terdiam.

Teraweh celah-celah mana...tok imam aku tengok tengah sedap kunyah roti canai kat luar masjid.Bayang awek-awek belakang tabir pun da lesap.Makmum sorang tak ada.Lampu dalam masjid pun da padam.Punya la sedap aku lena,orang dah habis teraweh pun x sedar.

Aku keluar dengan yakin,amik roti canai sekeping tanpa rasa malu,kunyah sambil jalan balik ke rumah.Cucuh mercun seketul dua tepi jalan.













Tak Rambo langsung terlelap kat masjid!

Aku keliru

Apa perbezaan di antara diperkosa dan dirogol? Kamu semua yang hensem-hensem dan kacak-kacak di luar sana (tidak sekacak dan sehensem aku) sila tolong.Ada sesiapa yang tahu?

Contoh ayat:
1. Kak Mah telah dirogol oleh nyamuk dengan rakus pada malam semalam.
2. Kak Mah telah diperkosa oleh nyamuk dengan rakus pada malam semalam.

Apa bezanya? Sapa yang jawab bezanya pada ejaan,kamu memang bermasalah.

Wartawan akhbar Metro kadang-kadang siap letak kedua-dua istilah ni dalam satu laporan.Wartawan mangga tak tahu lah pulak.








Keliru ai tawww !

Fakta menarik: Aku tak berasa ghairah bila menaip entri ni.

Thursday, July 2, 2009

Jeman buat hal lagi - 2

"Mannn....datang sini jap.." lembut Mak Piah memanggil Jeman yang sedang khusyuk menonton TV.Jeman datang dengan longlai.'Wiken' macam ni Jeman memang pantang kalau orang kacau dia tgk kartun kat TV.Tapi disebabkan Mak Piah yang panggil,Jeman tak ada pilihan lain.Tak datang kang kena rotan lak.

"Napa mak?" tanya Jeman dengan muka pura-pura manis.
"Tolong pegi kedai jap,belikan garam.Dah habis.Kang tengah hari mak nak masak.Ni duitnya."

Jeman mengambil duit dan pergi ke pintu rumah.Sebelum ke pintu rumah Jeman pergi tutup TV dulu.Itu tindakan spontan Jeman.Dia dah diajar macam tu oleh Mak Piah.Diajar dengan rotan.Nak ke mana-mana,kalau tak ada orang,tutup TV.Jimat elektrik.

Mak Piah tersenyum melihat gelagat Jeman.Tersenyum melihat apa yang diajar olehnya telah mula diikuti dengan baik oleh Jeman.Jeman terus menuju ke pintu rumah.Mak Piah pula sambung mengemas meja makan.Kumpulkan sisa nasi lemak yang Jeman dan suaminya makan sarapan tadi.Mak Piah menyusun gelas,pinggan mangkuk dan mengelap meja dengan tenang.Tiba-tiba Mak Piah rasa tak sedap hati.Rasa macam ada yang tak kena.Bila Mak Piah memandang ke pintu rumah,darahnya tersirap.

Kelihatan Jeman sedang duduk menyandar di tepi pintu.Mukanya berseri-seri memandang ke tepi rumah.Tangannnya kanannya melambai-lambai.Tangan kirinya masih lagi memegang duit yang Mak Piah bagi tadi.Mulutnya pula termuncung-muncung sambil sengih-sengih macam nak cium seseorang.Matanya tertutup rapat.

Jeman berangan lagi...

Mak Piah memegang rotan yang disimpan dekat tangga rumah dan menuju dengan kelajuan sederhana ke arah Jeman.Pak Cik Leman,ayah si Jeman duduk dengan tenang di meja makan sambil menghirup kopi,menyaksikan Mak Piah merotan Jeman yang sedang berkhayal.






Jeman menggelupur kesakitan tanpa sebarang bunyi.