Tuesday, November 17, 2009

Dialog Suami Isteri 13

"Dah berapa jam abang nak basuh kereta ngan motor tu? Ayang tgk dah berkilat dah."
"Sikit je lagi.Ala,seminggu sekali je abang buat camni.Hari lain kerja."

"Habis tu,ayang ajak pegi jalan-jalan semalam,tak jadi la?"
"Kan awal lagi.Nanti kita keluar la ok?"

"Sayang sangat kereta ngan motor abang tu.Isteri sendiri pun abaikan."
"Ish...apa ayang merepek ni."

"Ye lah...apa bezanya motor kereta tu dengan ayang?"
"Beza?"

"Ye...apa bezanya?"



Diam..




"Kereta ngan motor ni,kalau basuh,dia jadi berkilat,bersih,licin."
"So?" soal si isteri sambil mencucuk potongan buah dengan garfu di meja kecil luar rumah.

"Ayang kalau dibasuh,tambah-tambah kat muka tu, semua jerawat timbul.Kawah pun banyak.Harap mekap je tebal..keh keh keh..." balas si suami dengan senyuman paling nakal.





Si isteri mengambil garfu dan bersedia untuk menyucuk laju-laju di pinggang suaminya yang sedang tekun mengelap motor.

WOW



Hai Kak Nora..

PS 1

"Jamil..."
"Ye?"

"Dah lama ko pakai Kriss Evo?"
"Lama jugak.8 tahun lebih rasanya."

"Lama tu.Dia banyak meragam tak?"
"Takdelah..superb.Takda rosak besar-besar.Ada sekali enjin leaking.Yang lain banyak pancit tayar je."

"Oooo.......kenapa letak nama Kriss Evo?"
"Sebab dia laju."

"I pun nak jugak lah nama spesel macam dia.Boleh?"
"Hoh..ko pun nak jugak?"

"Nak nak nak.....bagi la nama best-best macam dia.U kena la adil.Dia ada nama,I pun kena ada nama jugak..."
"Ah sudah....apa nama aku nak letak ni.."

"Apa-apa je lah..dia dah ada Evo kat belakang nama dia.."






Sunyi...





"Takda nama ke?.."
"Humm...."

"Bagi le apa-apapun...I tak kesah.."
"PS boleh?"

"PS? Apa tu?"
"Persona Scuderia.."

"Awww....I suke I suke..."
"Dah..jgn gedik..."

Monday, November 16, 2009

Seli

Jam loceng berbunyi.Seli menggeliat malas.Dia bangun dan terus ke bilik air.Selepas selesai mengangkat wudhuk,dia solat subuh.

Selesai solat subuh,Seli akan ke reban ayam belakang rumah.Digagaunya telur ayam kampung 2 bijik.Dah dapat telur ayam,dia pegi menyibuk di dapur.Maknya tengah buat sarapan pun terganggu dengan perangai Seli.Pagi-pagi sibuk suruh buat telur separuh masak.Itu lah rutin hariannya setelah cuti semester bermula dua minggu lepas.Ada lagi dua bulan lebih cuti nak habis.

"Sibuk bebeno nak makan telur pagi-pagi.Biawak pun tak macam ni." Mak Munah cuba bergurau lebih kurang dengan Seli sambil menggoreng nasi.
"Ala...Seli nak jadi macam abah.Tgk badan abah tu,berketul-ketul." ujar Seli sambil mengangkat dumbbel yang dibawa balik dari kampus.

"Ikut kamu lah.Jangan sampai ayam tu mogok tak nak bertelur sudah." balas Mak Munah.
"Abah pegi mana mak?" Seli cuba menukar topik.

"Pegi masjid.Kejap lagi baliklah tu."

Seli terus mengangkat dumbbell tanpa henti.Bila telur separuh masak siap,cepat2 Seli makan.Lepas tu angkat dumbbell lagi.Begitulah rutin hariannya sejak dua minggu lepas.

Bila dah puas hati,Seli pegi pasang vcd cara-cara untuk bina otot badan.Berejam jugak dia senaman depan tv ikut apa yang diajar dalam vcd tersebut.Sekali tgk dah macam anak gadis yang bersenam depan tv.Bezanya Seli muka berbulu.Langsung tak nampak macam gadis-gadis.

Pakcik Kholid baru pulang dari surau.Bila sampai depan ruang tamu,dilihatnya Seli tengah tunggang terbalik bersenaman.Pakcik Kholid hanya geleng kepala.Rasa nak tampar jugak tengok Seli bersenaman dengan pakai kain pelekat.Tak senonoh langsung.Dasar anak tunggal manja.

"Udah le tu,jom sarapan sekali." bebel Pakcik Kholid kepada Seli.

Seli yang sedang tekun bersenam terkejut dengan sapaan mengejut tersebut terus tergelincir dan tersembam.Kainnya terselak.Beliau tak pakai seluar dalam.Mata Pakcik Kholid terbuka luas.

"Munah oi...aku tak jadi sarapan.Takda selera." jerit Pakcik Kholid dari ruang tamu.

Seli dan abahnya tiba di meja makan.Pakcik Kholid hanya menghirup teh O panas.Seleranya terus padam bila melihat aksi lucah Seli tadi.Seli hanya diam.

"Abah,apa rahsia badan abah berketul?" Seli cuba mengorek rahsia.
"Apa yang abah makan sampai badan berketul-ketul macam ni?" Seli mengutarakan soalan kedua sambil menghirup teh O panas.

"Abah minum susu mak kamu tu ha." selamba Pakcik Kholid bersuara.Teh O dalam mulut Seli berterabur keluar.
"Kamon dad...cerita lah betul-betul." Seli mula mengada-ngada.

"Abah kamu tu pagi-pagi keluar ke kebun.Menoreh.Balik buat sawah pulak.Petang-petang lepas asar pegi kebun buah.Angkut buah kat kebun pegi jual.Tak pun,kalau takda buah,angkut kayu-kayu bawak balik rumah.Tebas lalang.Ada masa lapang pegi masuk hutan,cari rotan ke,buah-buah hutan pegi jual.Takda masanya abah kamu tu nak angkat besi kecik macam tu hari-hari.Senaman depan tv la,apa la.Cuba kamu ikut abah kamu tu ke kebun.Ada jugak pekdahnya.Angkat besi halus-halus,tapi badan nak berkotak-kotak.Orang utan pun lagi kuat dari kamu." panjang lebar Mak Munah berleter sambil hidang nasi goreng.Tak tahan melihat Seli senaman depan TV agaknya.

Seli terdiam.












"Thanks darling." ujar Pakcik Kholid kepada isterinya sambil mengenakan pakaian untuk pegi menoreh.

Kriss Evo 9

"Jamil..."
"Ye? Ada apa?"

"Best ke bawak dia?"
"Biasa la..menda baru.Mesti la sedap."

"Laju tak dia."
"Stended ja.Aku bawak slow-slow."

"Sedap seat dia?"
"Not bad la.Kenapa?"

"Takdela..dia besar...ada bumbung...nak banding dengan aku,serba-serbi kurang."
"Ko jeles eh?"

"Eh..manada..manada.."
"Betul ni?"

"Ada la jeles jugak..."
"Ala...rilek la...ko dah teman aku 8 tahun.Pegi sekolah sama-sama ngan aku.Rempit laju-laju.Naik highway keliling semenanjung.Tergolek sama-sama.Potong motor awek.Korner baring.Minyak habis tengah jalan.Tayar pancit atas highway.lagipun,ko yang tolong aku masa aku mula-mula kerja kat kl ni.Takkan aku nak lupa semua tu.kan?"

"Ha'ah..betul jugak."
"Lagipun....dia tak leh cilok-cilok macam yang kita selalu buat masa jalan jem."






"Ha'ah kan Jamil?..dia mana buleh cilok-cilok time jalan jem kan? kan? kan?...hik hik hik hik..."

Saturday, November 14, 2009

Pengalaman saya menaiki bas di Ampang.

Dalam perjalanan menuju ke PJ,aku naik bas dari depan opis aku.

Kelihatan bas bernombor 7 tiba dengan tenang.Aku lambai-lambai macam dalam ending cerita bersiri Incredible Hulk kat tv dulu-dulu.

Bas berhenti.

Aku naik dengan was-was sebab takut salah naik bas ke selatan Costa Rica.Aku duduk di tepi tingkap.Ramai jugak orang dalam bas.Warga asing pun ramai jugak.Bas terus menjalankan tanggungjawabnya dengan bergerak menuju ke hadapan.Kalau bas bergerak mengundur itu namanya bas yang tersalah masuk gear.Boleh jugak nak kata bas tersebut sebagai bas yang tak bertanggungjawab.

Tengah jalan tu,tetiba ada road block.Bas berhenti.Sorang anggota polis naik.

"Keluarkan semua kad pengenalan." lantang suaranya.

Penumpang-penumpang mengeluarkan kad pengenalan dan passport antarabangsa masing-masing.Ada jugak yang bawak keluar kertas saiz A4..teringat aku masa nak dapat mykad dulu.Kena usung kertas tu dalam wallet.Oh ya,aku pun turut serta kelam-kelibut keluarkan IC.

Bila polis tu sampai kat aku,langsung dia tak check IC aku.Aku agak kecewa sebab penat-penat bawak keluar tadi.Mungkin disebabkan muka aku iras-iras macam Legolas,aku diabaikan.Mungkin terlalu kacak.Mula-mula nak marah jugak,kenapa golongan kacak perlu didiskriminasikan dari syak wasangka.Kalau muka kacak,semua nak pikir baik-baik je.Memikirkan aku nak pegi amik kereta,aku abaikan amarah tadi.

Bas meneruskan perjalanan.Tapi kan...heran tau.Dalam ramai-ramai yang keluarkan IC pelik-pelik dan passport besar-besar tadi....






kenapa hanya aku seorang yang hulur mykad? Orang tempatan lain rilek je.

Friday, November 13, 2009

Aku cinta padamu.

Mula-mula aku tekel dia,bulan 3 tahun 2008.Tak dapat.Gila kecewa.

Pastu aku tekel lagi hujung tahun 2008.Tak dapat.Semakin kecewa.

Bulan Ogos 2009 aku tekel dia lagi.Tak dapat jugak.

Hujung bulan lepas,aku cuba tekel sekali lagi.

Tadi,aku berjaya tekel dia sampai dapat.Siap dapat pakej percutian percuma ke mana-mana destinasi popular dalam negara selama 3 hari 2 malam lagi.Aku rasa gembira gila H1N1.

Tadi aku blanja dia minum Petronas.Blanja minum Primax95.

Kriss Evo,jangan gaduh-gaduh dengan madu kamu ya nanti? Dua-dua aku sayang.










Kalau tuhan tak bagi apa yang kita nak,mungkin dia akan bagi yang terbaik di masa yang sesuai.Ya,perancangannya yang paling hebat.

Seronok sampai rasa nak sedut oksigen banyak-banyak.