Monday, January 25, 2010

Urgent!

Aku malas nak emo-emo.Tapi..kalau korang ada masa,pegi la terajang sedas dua musibat ni.

KLIK SINI.


P/S:In case kalau polis nak bukti dan mamat ni padam entry dia,dun weri...aku dah print screen.Heh..tindakan laju macam kipas helikopter.

Dialog Masyarakat Marhain 22

(Versi perempuan)

"Aku rasa kan,orang lelaki ni memang dilahirkan untuk mendengar."

"Ha? Macam mana tu?"

"Ye lah...masa kecik dengar cakap mak.Bila kapel,dengar cakap awek,bila kawin dengar bini bebel."
"Ha'ah kan...suami aku selalu je dengar aku bebel.Suami ko pun sama kan?"

"Ha'ah.Hahaha..nak tergelak aku bila pikir-pikir."
"Takpa...diorang kena dengar.Diorang kan pemimpin.Kena banyak dengar pendapat."

"Memang pesen nak kena selalu bagi nasihat.Lagipun diorang tiap-tiap minggu pun berkumpul jugak.Nak kena nasihat secara secara ramai-ramai."
"Kat mana? Kelab malam?"

"Tak.Khutbah Jumaat."
"Hik! Hik! hik!...."

"Jom pegi shopping!"
"Jom!"

Kriss Evo 11

Aku keluar dari rumah dengan tenang.Pintu rumah aku kunci lepas siap pakai kasut.Aku ambil beg laptop dan berjalan melewati Kriss Evo yang sedang nyenyak tidur.Aku tepuk-tepuk Kriss Evo beberapa kali.Saja bergurau.Kriss Evo tersedar.

"Pagi Jamil."
"Selamat Pagi.Amacam? Best rehat?"

"Boleh tahan la.Dulu tiap-tiap hari ikut ko kerja.Penat jugak."
"Ha,sekarang masa rehat.Rehat le cukup-cukup."

"Ye lah,dah macam orang tua pencen plak aku ni."
"Hahaha..takde lah tua sangat kan?"

Sepi...

"Jamil...aku rasa aku ni macam dah pencen."
"Habis tu?"

"Takda elaun pencen ke yang ko nak bagi kat aku? Sehari RM 3 pun dah cantik."


Sepi...


"Jamil....belikan motor betina kat aku sebuah.Aku bosan.Boleh sembang-sembang kalau ada teman."


Sepi...


"Jamil,balik nanti kita pegi ronda-ronda ya.PS kata,dia nampak rumah lorong hujung tu ada motor betina baru."

Saturday, January 23, 2010

PS 5

"Jamil...kita baru lintas kedai Brothers tadi kan?"
"Ha'ah....kenapa?"

"U tak nak singgah kejap ke? Mana tau nak belikan apa-apa untuk I ke."
"Tak kot.Nanti-nanti lah ye."

"Ala..beli pewangi ke...wiper baru ke..."
"Tak kot...nanti ye..lain kali..."

"Beli sticker ke..."
"Tak kot..nak cepat ni...nanti ya?"



sepi...



"Jamil...I nak nangis...tapi napa air mata I tak keluar?"
"Ohh...dah habis kot...lupa isi tadi.Balik nanti isi ye.Alololo..takleh nangis ye..cian-cian dia.hahahahhaahahaha!"

"Mencik! Mencik! Mencik!"

Semalam yang hangat 13






Heh..feel dia macam guna tv 60 inci.Macam tengok wayang pun ada jugak.

Hik! Hik! Hik!.

Friday, January 22, 2010

Tanda-tanda penuaan.

Jari telunjuk aku sekarang kadang-kadang bergerak-gerak sendiri.Parkinso? Ntah la...banyak sangat menaip kot.

Risau jugak bila tgk details pasal parkinson tadi.

Jangan risau,muka maintain kacak.



Hahaahahhahahahaha! Oh ya..selamat berhujung minggu! =)

Masa Untuk Bergedik!



Okeh...video klip ni high quality.Saiz dia 33MB.Kalau loading lambat,harap-harap faham.

Hah...rasa macam nak berlari-lari dalam pejabat!