Friday, January 22, 2010

Dialog Suami Isteri 15

"Bangggg....mari makan..dah siap masak dah."
"Uishh.....awalnya masak.Baru pukul 6.30 petang." ujar si suami yang baru menukar pakaian selepas pulang dari kerja.

"Ye la...hari ni kan hari khamis,malas jumaat.Abang kena la makan awal.Baru banyak tenaga.Selalu macam tak bermaya je ayang tgk abang."
"Wah wah..malam jumaat dah ye hari ni.hehehehe...sayanggg isteri abang."

"Mestilah..ayang pun sayang abang.Dah,makan cepat,nanti sejuk pulak lauk."
"Thanx sayang..masak sedap-sedap.Berselera betul abang nak makan."

"Sebab tu la ayang suruh abang balik awal,boleh makan awal,rehat2.Nanti tak penat sangat.Kan?"
"Bijak isteri abang ni.Ni yang abang sayang ni.hehe..."

"Mesti lah..."
"Malam nanti,seronok lah abang nak ehem-ehem dengan ayang sebab ayang dah bagi abang makan awal-awal,rehat awal-awal.Baru bertenaga.Mesti abang gagah malam ni.Malam jumaat lah katakan.Hahhahaha....!" bebel si suami sambil mencedok lauk.


Sepi..


"Nak ehem-ehem celah-celah mananya bang oi...apa yang ayang maksudkan....nanti lepas maghrib abang bertenaga sikit nak baca Yassin.Selalu mengelat ja bila suruh.Penat la..apa la.Macam-macam alasan.Lagipun ayang kan period.Lupa?"


Si suami kunyah nasi laju-laju dengan muka tak puas hati sambil belek kalendar.









"Tambah nasi lagi bangg?"

Thursday, January 21, 2010

Gigih!



Aku tak tau la camna diorang leh pikir menda ni.Gila la.Baeeekkkk punya pekena orang.

Cuba Teka


Adakah aku telah log out atau tidak?

Abang Gagah

Lokasi: Pantai Merdeka
Tahun: 1999 (Form3)

Muka aku berseri-seri.Depan aku laut terbentang luas.Bukan selalu buleh mandi laut.Selalu kat kampung nampak pokok getah,hutan rimba dengan sungai air tawar ja.Kalau diikutkan logik,kalau aku bawak kerbau jiran aku pegi laut,mesti kerbau tu gembira.Ye lah,tiap-tiap petang aku tengok jiran aku akan jamu kerbau tu dengan garam kasar.Beli seplastik besar,lepas tu tuang dalam bekas.Kerbau tu makan garam macam makan gula-gula.Naik ngilu aku tengok.Kalau bawak ke pantai ni,mesti kerbau tu tak rindu dah kat rumput.Ok,panjang pulak pendahuluan kali ni.

Berbalik kepada cerita tadi,aku ke Pantai merdeka selama 2 hari.Rombongan budak asrama.Berkhemah kat sana.Memang seronok.Masa ni la ada yang amik peluang nak berkapel la,nak main simbah-simbah air la,macam-macam.Aku jugak yang cool.Aku lebih melayan main pasir,main tanam-tanam,kejar anak ketam,main bola pantai,layan sukaneka dan melayan blues tepi pantai.Apa barang layan awek,balik asrama,muka tu jugak nak tengok.Ye dak? Lagipun,masa kat pantai,berapa kali ada cubaan mengorat aku.Semuanya aku tepis dengan sopan.Buat apa datang ke pantai merdeka untuk semua itu.Merugikan bukan? Hahahaha..

Pada suatu pagi,kami ada aktiviti berkayak.Semua berkumpul di tepi pantai.Kami diberi taklimat ringkas.Masa taklimat diberi,ada jugak pelatih kat situ yang cakap kami mungkin akan ditelan ombak besar la..apa la.Peh...macam-macam.Tau le kami datang dari kerajaan agraria,bukan kerajaan maritim.Suka sangat nak takutkan kami.

"Baik...cari pasangan masing-masing." laung jurulatih.

Aku ngan membe aku amik satu kayak.Tolak dalam air dan masuk.Simple.Aku tengok ada jugak pelajar pompuan yang susah nak masuk dalam kayak.Rasa nak jugak pegi tolong,tapi kalau terpegang menda tak senonoh kang,aku tak nak kena bedal dengan ustaz.Jadi aku amik keputusan untuk meneka-neka samada kayak yang aku naiki itu berjantina lelaki atau tidak.Nak teka jantina ikan keli,tak buleh pulak.Manada ikan keli dalam laut.Sotong kurita pun tak nampak.Apatah lagi kelibat Lisa Surihani,langsung tak nampak.

"Ok...sini ada kayak yang single seat.Sapa nak naik? Tapi kena yang betul-betul gagah la.Kang penat pulak berkayuh sorang-sorang." laung jurulatih lagi.

"Saya!" bunyi satu suara dengan penuh macho dan bersemangat.Setelah diamati,rupanya dia adalah senior aku.Budak tingkatan lima.Selalu jugak dia buli aku masa aku tingkatan satu dulu.Mungkin dia tak dapat terima kenyataan yang aku terlalu kacak.Mungkin.

Senior aku tu,aku gelarkan dengan nama abang gagah.Aku bagi nama tu sebab hari tu dia kayuh kayak sorang-sorang.Yang lain semua berdua.Ok la kan,takkan aku nak namakan dengan Yusuf Haslam pulak.Tak kena.

Setelah selesai di dalam kayak masing-masing,kami pun berkayuh menuju ke tengah lautan mengikut jurulatih yang berada dihadapan.Dengan budak-budak sekolah pun nak tunjuk hebat jurulatih ni.Kayuh slow-slow sudah.Panas jangan cakap.Tapi layan ja.Sebab seronok.Kami berkayuh dengan gembira.Sempat jugak test kelajuan.Bila rasa bosan,aku dengan membe aku berlumba dengan kayak membe sebelah.Dah penat sikit,kami kayuh cara santai.

Akhirnya jurulatih mengarahkan kami berhenti.Kami berkumpul dengan memegang kayak masing-masing.Aku pegang kayak membe sebelah,membe kayak sebelah pulak pegang kayak aku.Camtu la.

"Ada sesapa yang tak ok?" laung jurulatih.
"Semua ok!" balas kami semua.Jurulatih berpuas hati.

Angin laut meniup segar.Burung-burung berkicauan manja.Langit cerah secerahnya.Laut tenang.Airnya biru cantik.Muka masing-masing ceria.Dolphin meluncur kegembiraan.Anak -anak ketam berlari-lari manja di tepian pantai.

Di satu sudut,kelihatan abang gagah sedang muntah bersungguh-sungguh secara bersendirian di dalam kayak single seatnya.

Kesiannn.....

Wednesday, January 20, 2010

Rembo pun tak berani buat menda-menda macam ni.




-Sumber gambar1-
-Sumber gambar2-

Kalau duduk dekat2 masa tank tu menembak,risiko nak kena sarung peluru sangatlah tinggi.Bahaya tu.Berani diorang ni.

Menda-menda yang buat aku terharu



Ya,tanpa kamu semua,siapalah aku.Ingat lagi dulu-dulu,dapat 10 unique visitor sehari pun dah sengih-sengih.Rasa kenyang.Rasa gembira.Walaupun sehari takda la cecah ribu-ribu pelawat macam blog orang lain,tapi aku dah seronok gila.Terharu.Humm..cepatnya masa berlalu.Terima kasih kamu semua,sudi singgah.

Nuffnang pun da semakin kacak.Terima kasih kepada yang berminat dengan iklan kat hapacrita.Ada jugak yang hantar msg dalam facebook suruh update blog.Aku minta maaf sebab tak sempat tul nak karang cerita-cerita gampang yang baru.Senang cita,tak dapat bagi sepenuh perhatian kat blog ni.Tak dapat nak mengarang dengan penuh nafsu dendam.Mungkin dalam minggu ni,korang buleh baca cerita lama-lama.Ada ruang carian kat sebelah tu.Cari le entry lama-lama buat sementara.


Hati Waja:"Ehem...ehem....Saya bagi pihak Jamil,ingin mengucapkan,terima kasih kepada semua pembaca.Jamil sayang hangpa semua.Mana aku tau? Ala..aku kan side kick dia...aku tau lah....Jamil tengah sibuk sekarang.Jumpa lagi.Bubai....bubai? ah...demmit...dah terpengaruh dengan PS la ni..macam gadis.Bye! bye! ".

Kriss Evo:"Jamil sibuk sampai takda masa nak cuci badan aku.Kesian kan?"

PS:"Jamil jahat....dia tak belikan I sport rim.Benci!....Jamil Jahat! Jamil Jahat!".

Tuesday, January 19, 2010

Hai Hapacritarian!

Salam.

Ehem..ehem.Mula-mula sekali,terima kasih nak cakap kepada yang melawat blog ni.Sejak akhir-akhir ni aku sangat sibuk.Kerja banyak.Entry pun tak sempat sangat nak publish walaupun idea bersepah.Serius.Sangat sibuk.

Komen hangpa semua pun aku tak sempat balas.Insyaallah,ada ruang sket nanti,aku reply ya.Ok,selamat membaca. =)

Salam.


Yang benar,
Jamil (sila bayangkan tulisan ni macam signature,keyboard ni tak buleh tulis sambung-sambung.)