Friday, January 8, 2010

Ini bukan ujibakat AF,ini benda serius.




-Ulama pewaris nabi.-

Oh Yeah!!!



Minggu ni aku gelarkan sebagai minggu pertama 2010 yang sangat heaven dan bahagia.Dapat hadiah,dapat menda yang aku apply,dateline kerja dicapai dan aku masih sihat walepat liat.

Jadi,disebabkan minggu ni aku ekselen sangat,maka aku hadiahkan diri aku dengan video klip yang aku rasa sangat kreatif dan sedikit psiko.Aku suka sebab lagu sedap + kerajinan tukang buat vklip ni dan mesej yang cuba disampaikan.

Oh ya..selamat berhujung minggu. hik hik hik.. =)



P/S: Sudah mula bosan dan muak dengan vklip hip hop nigga yang asyik cakap pasal seks dan dadah serta jenayah.Tak kurang juga aksi booty dance.Semua nak buat camtu.Perlukan kelainan.Sesuatu yang baru.Sesuatu yang segar.Segar macam ikan dalam sungai.Lady Gaga contohnya.

Thursday, January 7, 2010

Halim Si Pakar Pemakanan

Halim keluar dari pejabatnya dengan berseri.Gembira betul dia hari ini.Ramai jugak pelanggannya yang datang.Selaku penasihat dan pakar pemakanan,tugasnya memerlukan dia untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelangganya tentang cara pemakanan yang betul.

Pintu lif terbuka.Halim melangkah bergaya menuju ke pintu keluar lobby pejabat.

Ketika menghampiri pintu keluar,Halim terlihat ada dua orang lelaki badan sedap sedang berbual.Dari riak muka mereka,kelihatan sangat serius.Halim cuba tak ambil kisah dan bergerak dengan tenang di sebelah dua orang lelaki tadi.

Ketika melintasi dua orang lelaki tadi,telinga lintah Halim sempat menangkap perbualan mereka.

"Aku dah cuba minggu lepas.Makan bayam.Tak jadi jugak.Bayam campur daging.Result dia tak sama." suara lelaki pertama yang berbaju kemeja kemas.
"Aku pun dah try.Makan banyak serat.Ambil buah lebih.Makan nasi.Ayam 2 kali.Air segelas.Tu pun tak menjadi jugak.Buntu jugak aku.Hasil dia dah tak macam dulu." balas lelaki kedua.

Mendengar sahaja pasal pemakanan,Halim jadi tak keruan.Rasa macam nak menyampuk sahaja.Ya,akhirnya Halim menyampuk.

"Maaf sedara,kalau nak kuruskan badan,sedara berdua boleh datang ke pejabat saya untuk penerangan pemakanan yang sihat dan tepat serta gemilang." Halim mencelah dengan penuh bergaya sambil menghulurkan kad bisnesnya.Senyumannya melebar.



Sepi.




"Ajadahnya nak kuruskan badan.Dah la tak bagi salam." balas lelaki pertama.
"Ntahnya.Kami tengah bincang pasal lain.Pasal macam mana nak hasilkan najis yang lembut dan sedap bila dibuang melalui setting pemakanan yang tepat.Tak nak la yang keras sangat...tak nak jugak yang lembut sangat.Ceroi macam air paip kami reject.Sedang-sedang orang kata." balas lelaki kedua.

"Ha'ah,kalau dapat setting macam play-doh tu,dah kira tahap agung dah tu.Geli-geli sedap." balas lelaki pertama semula.Lelaki kedua mengangguk tanda setuju.




Sepi.








Halim lari laju-laju sambil menjerit kengerian.

Pagi yang hensem 18

Mata dah berpasir.Badan dah tahap lemau.Jam dah pukul 6 pagi lebih.Tangan sibuk menaip di laptop.Renyah jugak freelance yang aku dapat kali ni.Mudah tapi banyak kerja.Menyesal jugak main lelap-lelap manja semalam.Terus terlajak sampai pukul 5 pagi.Memang jenis tak buleh nak bergurau sikit.

Azan subuh dah lama berbunyi tadi.Mata aku fokus kepada kerja.Orang kat masjid negara pun dah selesai subuh rasanya.Aku tak berganjak dari tilam.

Ayam belakang rumah berkokok.Panjang jugak.

Mata terus fokus kepada kerja.Kalut sebab banyak.Tangan semakin laju menaip.Sekali tengok macam Maksim main piano pun ada.Bezanya masa aku tekan keyboard tu dia tak keluar bunyi yang sedap-sedap.

Ayam belakang rumah berkokok lagi.Semakin laju-laju.

Mata aku fokus ke arah kerja.

Ayam berkokok lagi.

Mata masih fokus.

Ayam berkokok lagi dan lagi dan lagi.Macam marah pun ada bunyinya.

Insaf.Pegi amik wuduk.












Aku rasa nak buat ayam tu jadi adik angkat la.Orait tak?

Wednesday, January 6, 2010

Serbuk Cabai

Lokasi: Kampung
Tahun: 1992

Aku kayuh beskal laju-laju.Kat kanan handle basikal aku ada satu plastik warna merah.Dalam plastik tu ada kargo berharga.Ya,kargo yang berupa tiga bungkus plastik bihun PAMA.

Bihun PAMA ni sedap bukan main.Sedap dia sampai boleh tersebut 'yarabbi' masa makan.Punya la sedap.Kuah dia pun memang tip-top.Sedap.Ketagih.Nak jugak aku cadangkan kepada peminum arak kat luar sana tu,supaya minum je kuah bihun PAMA ni.Lagi pekdah.

Berbalik kepada situasi aku yang tengah laju mengayuh tadi.Kayuhan aku adalah yang paling laju dalam kampung.Tiap-tiap petang ada jugak sesi berentap.Selalu aku menang.Dari jalan besar,aku belok ke arah rumah aku.Lalu bawah pokok sawa,jalan berbatu sikit tapi aku kayuh jugak laju-laju.Debu-debu berterbangan.Kalau dilihat dari jauh,dah macam acara Rally dah.

Sampai kat rumah,aku bergegas ke dapur.Akak aku dah ready air panas.Petang-petang yang tenang camtu memang sedap pekena PAMA.Tambah pulak masa burung berkicau,hulamak,rasa nikmat dia macam nak menangis.

Selesai ambik mangkuk,aku ngan akak serta adik pompuan aku mula buka bungkusan masing-masing.Ni jenis tak masak,rendam air panas je.Lagi sedap cara ni bagi aku.

"Haa...jom kita main game.Letak serbuk cabai sampai habis,lepas tu jangan minum air.Kita tengok sapa yang tahan paling lama." akak aku bagi cadangan yang langsung tak bernas.Demi menjadi adik yang baik,aku pun layan je lah game tu.Apadahal la sangat setakat serbuk cabai tu.

Bihun dah kembang.Aku buka serbuk cabai dan tuang sampai habis depan akak aku.Adik pompuan aku terkecuali sebab dia kecik lagi.Aku ngan akak aku makan dengan berselera.Lepas makan akak aku kemas-kemas bekas makan tadi dan letak kat sinki.Dia pandang aku,aku pandang dia.Tengok sapa yang dapat bertahan.Cuba teka sapa yang menang?






Dua-dua terus minum air bila kena marah dengan mak aku.Aku minum air sebab penat kayuh beskal.Bukan sebab pedas.

Betul.

Tak tipu.


Ouchh!!!!!



Jari kuis-kuis angin je nak kira.Gila.Laju macam kayuh beskal laju-laju.Lady Gaga pun tak buleh buat camni.

Aku Setuju!



Ada sesapa nak bangkang?

Keh keh keh...Aku rasa 2010 diorang pakai salotep ja.Pakai buang orang kata.Satu roll tu buleh pakai banyak tu.Wakakakkaka. <- aksi bila kenyang.