Wednesday, June 9, 2010

Pembaca ke 100000 (^_-)



1.Nabihah
2.Wan Safwan
3.Nirwana.

Ha,pukul 4 pagi tak tido lagi korang.Hehe..3 nama kat atas tu,kang email balik kat aku alamat dan nama korang.Senang aku nak pos hadiah.Nak kirim kat Santa,lambat lagi Krismas.Kalau nak glemer,bagi gambar korang sekali dengan muka paling hepi.Kalau malas buat muka hepi,bagi gambar muka paling kerek.Hahaha....Kang aku tempek dalam blog ni.

Hadiah tu,minggu depan aku pos. Jeng jeng jengg..minggu ni bizi tahap yarabbi dah.Harap bersabar. =)

Yang hantar sebagai pelawat 100,002 ngan 100,005 pun ada.Hehe..terima kasih kerana berusaha.Tapi aku kena adil dengan yang dapat betul-betul 100,000. =)

Ok..tahniah kepada yang berjaya,dan terima kasih kepada yang mencuba tapi gagal.

Lav ya.

Tuesday, June 8, 2010

Keghairahan Jamil

Lokasi: Kampung SmallVille
Tahun:1992 rasanya.

"Besok pagi,bersiap..kita ke KL." kata bapak aku pada satu malam.Masa tu awal musim cuti sekolah.Hujung tahun.

Aku yang baru nak pergi tidur,terus rasa cergas.Ye lah,kalau ikut jadual,minggu depan baru aku akan ke KL naik bas.Alih-alih bapak aku pulak nak pegi sekali.Lagi la seronok kalau boleh pegi dengan mak bapak ke KL.

Pagi esoknya,lepas bangun dari tidur,aku mula siapkan pakaian.Aku buka almari,cari pakaian yang paling hensem.Dah berkenan,aku letak dalam beg aku.Aku tgk,adik aku pun sama,sibuk cari pakaian dia.Dah setel pasal hal ehwal baju,aku mula memikirkan bekalan makanan masa perjalanan nanti.Ye la,kalau dalam kereta,kena la mengunyah.Baru sedap melayan angin dekat tingkap kereta.

Aku bergegas menuju ke kedai.Sampai kat kedai,aku beli Cloud9.Itu la coklat kegemaran aku.Rasa naugat dan karamel yang liat-liat memang masyuk.Keropok juga tidak ketinggalan.Perjalanan jauh tu.Makanan ringan mesti lengkap.Kalau bertolak pagi,petangnya baru sampai.Sekali tengok,persediaan makanan aku dah mengalahkan persediaan makanan kaum arab badwi yang nak rentas padang pasir.

On the way balik ke rumah,sempat jugak aku cerita kat membe sekampung yang aku jumpa tepi jalan.Aku cakap aku nak ke KL.Nanti aku tak ada,risau pulak diorang semua.

Tiba di rumah,aku masukkan semua yang aku beli tadi ke dalam beg.Aku masukkan senyap-senyap.Nanti adik aku nampak bukan buleh.Kerja dia nak berebut ja dengan aku 24 jam.

"Kita tak jadi pegi KL.Ada hal sikit." tiba-tiba bapak aku muncul di pintu bilik selepas bercakap di telefon.










Petang tu...di tepi padang sekolah....kelihatan Lisa Surihani sedang berusaha keras menenangkan aku yang sedang termenung jauh.

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 5


Lane kanan highway,gerak guna gear 1 ngan 2 ja.Ajaib kan?


Dato Siamang Gagap.Apa ke dahsyat sangat nama beliau ni.


Tiada lagi jalan bukit putus yang seperti kerbau dipalu.


Terkejut jugak,ingat dah sampai Karachi.


Aku follow ja kereta Robel.Haram tak tau jalan.


Hehehehe...


Selamat pengantin baru. =)


Rasa macam nak curi ja menatang atas kepala pengantin ni.Buat pakai masa drive.


Pekena rojak dengan ABC kat pekan Kuala Pilah atas cadangan Robel.Robel tak puas hati.Katanya dah tak kick macam dulu-dulu rasa dia.Robel dah pandai rebel.


Macam nak pergi ke tempat jahat macam dalam cerita Lord Of The Rings.Gelappp ja awan.


Silau.


Pulang dengan perut kenyang.


- Tamat -

Monday, June 7, 2010

Budak ni memang cool.



Sempat keluarkan hp dan ambil gambar laju-laju.

Gotcha!!!



Jamil oh Jamil.....

Lokasi: Pandan Indah
Tahun: 1995

Aku datang ke KL lagi.Kali ni aku lepak rumah akak aku kat Pandan Indah.Nak jadi cerita,adik ipar akak aku pun datang jugak.Nama dia kak Ina.Orangnya bujang lagi.Biasa la,dia pun nak jalan ke KL jugak.Walaupun aku hanya darjah 5 dan dia dah berbelas tahun umurnya,kami berbual mesra.

Aku bukan buleh sangat kalau terjumpa kancan cantik,mesti terus jadi organisma paling sopan.Jumpa Kak Lina dulu pun boleh jadi sasau.

Jadi,pada satu hari,selepas balik dari jalan-jalan,aku penat sangat.Mata dah rambang tengok mainan kat Sogo tadi.Sempat beli beberapa jenis mainan.Lepas beli mainan,aku main video game kat tingkat atas sekali kat Sogo tu pulak.Memang best.Siap ada game kapal terbang yang bila main seat dia buleh pusing 360 darjah.Tapi untuk 18 tahun ke atas sahaja.Aku kecewa bukan main. (masa tu,tingkat atas Sogo memang meriah,sekarang da kosong).

Bila balik,aku jadi terlalu penat.Lepas basuh2 badan dan tukar baju,aku terus landing atas tilam dekat ruang tamu dengan bersungguh-sungguh.

Terlena...

Sepi...



"Ha...tu dia!....tu dia!..." ujar aku sambil tangan menunjukkan ke siling ruang tamu.Suasana bening sekali.

Aku buka mata.

Kelihatan aku sedang berdiri dengan sebelah kaki atas kerusi meja makan.Sebelah kaki lagi pulak atas meja.Tangan aku masih menunjuk ke arah siling ruang tamu.Persis gaya macam penjajah.Gaya gampang aku sebentar tadi dilihat dengan tabah oleh kakak,abang ipar dan Kak Ina yang sedang menonton TV barangkali.

Untuk mengelak malu yang teramat sangat,aku berpura-pura mamai sambil dipimpin oleh akak aku ke tilam semula.

Ya..agak faking eshol di situ.

Sunday, June 6, 2010

Pelawat Bertuah

Sapa ye jadi pelawat ke-100,000 hapacrita eh? Err..untuk bacaan lanjut,KLIK SINI.

Menda dah janji...ye dak.Kena la tunaikan.Err....3 orang pertama sahaja.

Hahaha...

Thursday, June 3, 2010

Jeman buat hal lagi - 11

Jeman berjalan-jalan menuju ke bendang.Mengikut jadual aktiviti,pagi tersebut Jeman dan rakan-rakan nak berkumpul kat bendang.Mereka bercadang nak tangkap ikan.Hari cuti sekolah,buat apa nak lepak rumah.

Sambil menuju ke bendang,Jeman melintas kedai makan Mak Mah Janda Berhias.Kat kedai makan ni,orang jangan cakap,memang ramai.Selain Mak Mah yang masih bergetah,kat kedai makan tersebut juga ada pasang Astro.Ramai pakcik-pakcik yang tak ke kebun suka berehat kat situ pagi-pagi.

Sambil melintas,Jeman melihat ada cerita mat saleh sedang ditayangkan.Jeman berhenti sebentar untuk melihat barang seminit dua.Nanti ada jugak modal dia nak bersembang dengan membe-membe kat bendang masa tangkap ikan.

"Ko tengok diorang tu,gelas kecik,tapi masa nak minum,macam nak minum racun.Muka berkerut lepas telan." Pak Musa mula bersuara sambil hirup air.
"Arak tu.Keras kot rasa dia.Aku ada tanya anak aku yang kerja kat KL dulu,dia kata tekila.Entah..aku nak sebut pun susah." balas Pak Cik Murad,seorang pekebun paling veteran kat kampung tersebut.

"Nak minum pun terkial-kial." balas Junus,pemuda ranggi kampung yang baru selesai order air di meja tersebut.Tumpang sekaki nak berbual.
"Sedap ja mengata orang.Kalau abang Junus terer,minum la laju-laju macam tu." balas Jeman secara spontan sambil matanya tak lepas dari TV.

"Ko cabar aku ye budak.Ha..tengok ni.Dua cawan pun aku buleh telan serentak.Tapi aku cuba satu cawan dulu sebab duit tak cukup." bebel Junus sambil menghirup air yang baru tiba.Memang pantang dicabar anak muda yang suka naik motor scramble laju-laju ni.Dasar darah muda.


Sepi..



"Apa kebodoh pegi telan kopi panas laju-laju macam tu.Orang Israel pun tak buat." bebel Mak Mah Janda berhias sambil berlalu ke dapur.

Pak Musa dan Pak Cik Murad hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala memerhatikan Junus yang sedang menggelupur di tepi meja.

Kepanasan.

Sekelip mata,Jeman sudah sampai di bendang.

Dadanya berombak kencang.

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 7 - (Part 2)


-Kelapa gading yang enak dimakan begitu sahaja.Pokok tak padan dengan rendah..buah bersepah.Angkat tangan ja dah dapat sentuh.-


-Kadang-kadang,aku suka renung diri sendiri kat air ni.-


-Dangau jiran dan 'charok' kecil.-


-Aku suka lepak dangau ni.Sejuk dan tenang.Senang-senang buleh mimpi Lisa Surihani.-


-Ini tanduk kerbau.Kalau kat barat London,mungkin mereka guna tanduk Unicorn.-


-Ini pokok jarak.Nak tahu apa fungsinya? Ok..lihat gambar bawah.-


-Ambil setangkai,patakan hujungnya macam di atas,dan tiup slow-slow.Nanti keluar buih-buih yang macam brader kat Jalan TAR dok jual pistol sembur keluar buih tu.Tapi buih dia sikit ja la.Aku panggil pokok belon.Hahaha..-


-Bunga goyang jumpa bunga hidup.Susah bebeno nak amik bunga ni.Kena guna galah.Mak aku letak bawah sanggul.Patut rambut dia wangi.-


-Manggis dah mula berputik.-


-Sesi bergurau dengan PS.Marah bebeno bila aku acah nak mop dia.Dasar cerewet!....-


-Oh...cuti dah habis.KL..aku datang balik...babai mak..babai bapak..-

(Tamat)

Lelaki Nakal

LONDON: Selepas meletupkan rumah bekas pasangannya, seorang pemandu teksi muncul dari runtuhan bangunan itu sambil ketawa besar.

Apabila jiran bertanya apa yang berlaku, Alistair Gray hanya menjawab: “Panjang ceritanya.”

Gray - dihukum penjara enam tahun, semalam - didakwa menunggu sehingga teman wanitanya, Jane Thornton, keluar ke tempat kerja pada waktu pagi sebelum memasuki rumah berkenaan dan melonggokkan pakaian di ruang tamu.

Dia kemudian menyalakan api di situ.Tidak cukup dengan itu, Gray mengunci anjing labrador Jane di dalam rumah dan mencurah petrol ke tiga bilik tidur dan melarikan diri.

Semuanya gara-gara Jane memutuskan hubungan mereka yang terjalin selama empat tahun.Akibat api terlampau marak, rumah Jane meletup tetapi Gray, 38, sempat merangkak keluar dan tidak mengalami kecederaan serius.

Pendakwa, Edmund Burge, memberitahu mahkamah Maidstone di Kent, gegaran letupan itu menyebabkan jiran sekitar terkejut ketakutan dan kelam-kabut keluar dari rumah.

“Mereka nampak Gray ada berhampiran rumah itu sambil ketawa berdekah-dekah,” katanya.

Sebelum pasangan sepejabat itu menghadapi masalah, mereka tinggal bersama di Kemsley.

Akibat kejadian itu, Jane, 38, mengalami kerugian kira-kira RM280,224, termasuk sejumlah wang yang disimpan di rumahnya.Nilai kerosakan harta benda jiran Jane pula dianggarkan bernilai RM357,577.Menurut Grey, dia menyesal kerana melakukan perbuatan itu dan berharap dapat menebus kesilapannya. Namun, kata Jane, Grey tidak pernah meminta maaf kepadanya atau menjelaskan mengapa bertindak begitu.
- Agensi


Sumber: SINI


PS:Ok...aku suka lelaki ni.Hahaha..dalam kepala aku,kalau dalam movie,aku terbayangkan Gerald Butler yang letupkan rumah tu sambil gelak-gelak.Tak ada orang lain yang sesuai.

Demm..sangat cool.

Hahhahaha...marah bebeno beliau ye.

Tuesday, June 1, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Balik Kampung 7 - (Part 1)


-Banyak jugak la kena kupas.Letak kat kedai bapak aku.-


-Kelapa sekor ni paling liat.Aku tak tau dia makan apa sampai sabut macam getah.-


-Setelah setengah tahun tak basuh.Bagi depa berenang sat.Ok....sumpah aku sayang kasut ni.Sangat tahan.-


-Kasut dah hensem,baru buleh pegi rumah membe aku ni kat Sedim.Gigih pegi sorang-sorang.Hantar hadiah.Sori Ameq..kenduri hang bulan depan tak dapat datang.Selamat pengantin baru.Dah..tak payah nak buat gigih pegi tengok cermin tu lama-lama.Tak nampaknya muka aku aih.hahahha..-


-Kulim hi-tech yang garing di bawah panahan asmara...bukan..bukan...panahan matahari.-


-Ondewei balik rumah.Mak pesan jgn balik malam.ok..aku tipu.Mak tak pesan pun.-


-Berpura-pura cemas macam dalam cerita Final Destination.-


-Benda-benda yang buat muka aku tersenyum-senyum kalau singgah kedai bapak aku.Habih aku tibai air ni.Apa? Starbuck? Mudah ja aku tuang ke tanah kalau korang offer masa aku minum air ni.hahha..-


-Bercita-cita nak angkut satu kotak ni ke KL,tapi adik aku berjaya buat muka garang-garang.Terus tak berani.-


-Moyang segala cup cake kat malaysia rasanya.Cup cake generasi berhias sekarang patut 'hail' cup cake vintage nih.-


-Ohh....gadis-gadis jangan tiup belon ni.Nanti ada lelaki senyum sorang-sorang.Lelaki pulak,kalau tiup menatang ni,terus nampak gay.Hahhahaha...papa jahat..papa jahat.-


Bersambung..

Eddikted



Tak sampai sejam..dah 3 bungkus aku tibai.Apa menda dia letak dalam ni sampai jadi sedap sangat ni.


Dialog Suami Isteri 20

"Abang jangan dekat dengan Ayang." ugut si isteri sambil pegang botol.
"Ayang...jgn la buat macam ni.Kesian kat abang." pujuk si suami.

"Ayang dah tak tahan dengan perangai abang.Siang malam tengok tv.Kerja malas.Biar Ayang mati lagi bagus." ugut si isteri lagi.
"Ayang...jangan minum.Mati nanti!" jerit si suami.

"Biar Ayang mati lagi bagus!!" jerit si isteri sambil meneguk cecair di dalam botol yang dipegangnya.
"Ayanggg !!!!!!" jerit si suami sambil menerkam ke arah isterinya.




Sepi...




"Terer kan kita tipu pembaca blog hapacrita.Mesti depa tengah geram sekarang kan.Hik hik hik.." ujar si isteri sambil duduk di sebelah suaminya.
"Ala..sekali-sekala usik depa..apa salahnya.Abang pun tgh bosan ni." balas si suami sambil melompat semula ke atas sofa sambung menonton astro sambil menguyah cikedis dengan muka tak bersalah.

"Hik hik hik.." si isteri sambung gelak kecil sambil memeluk erat lengan si suami.

Tak Guna! Berjurai air mata aku - 4

Baekkk punya aksi! Pukul 2 pagi aku berdekah sorang-sorang atas tilam.

KLIK SINI.


Monday, May 31, 2010

Apa Aku Jumpa Bila Weekend - 4 (Balik)


Damai.Rasa macam Jack Dawson dalam cerita Titanic.Nak depa tangan luas-luas,malu pulak.


Feri inteprem.


Orang-orang terpilih ja buleh nampak silau macam ni.


Takda pulak ikan dolphin melompat-lompat macam dalam TV.Kecewa.


Dengar cerita..ada lauk daging unta rebus cicah air asam dalam ni.


-Pertama kali masuk.-


-Muka juara bege malaysia 2005.-


-Rojak padang kota.-


-Bege brader juara tadi.Besar.-


-Tibai char kuew teow pulak.Bukan selalu datang.Try je la 3 menda ni.haha..-


Bateri berbentuk punggung.


Tamat episod minggu lepas yang tergantung.Yang aku balik khamis lepas,nanti lah pulak. =)

PS 12



PS:"Ah sedap......ah sedap....ah sedappp..."
Aku:"PS...behave yourself."


PS:"Ah sedap...ah sedap..."

Thursday, May 27, 2010

Dodoi...



Terjumpa kat blog vovin yang femes dengan panda cinta dan kucing terbangnya.

Lagu ni,ada banyak versi.Tapi...bila dengar versi mamat ni nyanyi...aku rasa nak tidur lena-lena...tidur yang nyenyak.....tenanggg...

Suka dengar lagu ni sambil pejam-pejam mata.

=}

Tenang....



Tak tahu kenapa aku hanya suka permulaan lagu ni.Sangat tenang.Bagi aku lah.

Suka warna-warna dalam VC ni.

hummm..

Serabut.Celaru.Sedih.Marah.Geram.Gembira.Resah.Tertekan.Kecewa.







Tenang.