Monday, March 24, 2014

Pagi yang Tenang

Seperti biasa, aku menunggang motor ke tempat kerja. 

Pagi tersebut, cuacanya boleh tahan. Cahaya tak berapa nak panas, tak berapa nak sejuk. Sedap-sedap orang kata.Ketika sedang sedap menunggang, perut aku tiba-tiba rasa lapar.

Secara automatik, akal aku dah terbayang 4 orang penjual nasi lemak di tepi jalan yang bakal aku lintas ke pejabat nanti. 

Penjual nasi lemak pertama merupakan seorang akak. Nasi lemak yang dia jual boleh tahan sedap sambalnya. Pernah cuba sekali. Harga paling murah berbanding penjual nasi lemak yang lain lantaran kedudukan kedainya yang langsung tak strategik.

Penjual nasi lemak kedua, adalah penjual nasi lemak kegemaran aku. Bila berhenti kat sini, aku gemar beli nasi goreng. Nasi gorengnya boleh tahan sedap. Nak lagi mengancam, letak ayam goreng seketul. Memang sarapan sang juara lah jadinya.

Penjual nasi lemak ketiga pula, merupakan seorang makcik. Nasi lemak yang dijualnya aku tak tahu sedap atau tidak. Sebab? Sebab bila aku singgah, mesti dah habis katanya. Kedudukan gerai makcik ini sangat strategik menyebabkan nasi lemaknya sentiasa habis.

Penjual nasi lemak keempat pula, aku memang tak tahu sedap atau tidak. Sebab? Sebab aku tak pernah berhenti langsung. 

Jadi, berbalik kepada situasi aku tadi, aku menunggang dengan penuh tenang menuju ke pejabat. Tengah sedap menunggang, lampu isyarat bertukar merah. Aku berhenti. Perut lapar. 

Aku toleh ke kiri aku. Ada sebuah motorsikal yang ditunggang oleh seorang lelaki. Lelaki tadi membawa anaknya di dalam raga motosikal.

Aku pandang ke arah budak kecil yang berada di dalam raga motosikal.

Kelihatan, budak tadi dengan berselera sedang menjilat hingusnya sendiri.










Ah. Esok-esoklah aku makan.


Sunday, March 16, 2014

Bomoh Nujum VIP sedunia

Pada pendapat aku, aksi gampang bomoh ni, boleh menggantikan aksi "planking" yang terkenal sebelum ini.

Thursday, March 13, 2014

Aku malu

Rakyat Malaysia dan dunia dikejutkan dengan kejadian kehilangan pesawat MAS beberapa hari yang lepas. Selain dari itu, kita juga dikejutkan dengan:




Mengetahui rakyat Malaysia amatlah pintar dalam melakonkan semula aksi yang dianggap pelik, maka, terhasil lah:




Sunday, March 9, 2014

Nahas Boeing MH370 milik MAS

Kita semua tahu, pesawat tersebut ditimpa kecelakaan. 

Sekarang, pihak yang bertanggungjawab sedang melakukan yang terbaik. Mereka terikat dengan protokol SOP masing-masing. Bukti perlu dicari sebelum pengumuman rasmi dibuat. Bersabarlah.

Ada banyak versi cerita. Dari teori rampasan oleh dua penumpang yang guna passport palsu, wujudnya segitiga bermuda di perairan vietnam, sampailah kepada beberapa teori bangang.

Jadi, harap sangatlah kepada ahli politik, blogger, para artis dan individu tertentu, berhentilah buat lawak tak kelakar anda. Berhentilah sebarkan gambar palsu. Berhentilah buat spekulasi ini semua salah UMNO. Berhentilah spekulasi ini semua salah Anwar. Hormatilah perasaan keluarga mangsa yang sedang keliru. Ini bukanlah masanya. Berehatlah sebentar dari semua benda-benda tak berguna tu.

Tak salah nak jadi juara atau yang pertama. Tapi tak perlu lah jadi juara dalam menyebarkan maklumat palsu semata-mata nak tarik perhatian. Semata-mata nak kejar traffic blog.

Bersabar menunggu pengumuman rasmi. Harap keluarga mangsa kejadian dapat menerima apa-apa berita dengan tabah.

Harapkan yang terbaik untuk penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang.

Kepada mereka yang sedang menahan terik matahari di tengah-laut sana mencari pesawat yang hilang, berjauhan dari keluarga entah sampai bila, buatlah yang terbaik.

Kami yang sedang goyang kaki dengan selesa atas sofa sambil duduk depan TV bersama keluarga di rumah ni, hanya mampu doakan yang terbaik untuk anda semua.

Semoga, kejadian ini bukanlah permulaan kepada kehancuran.

Monday, March 3, 2014

Tengah Hari Yang Awesome di Food Court

Aku duduk dengan tenang di kerusi yang disediakan. Di depan aku, ada sepinggan nasi berlaukkan ayam masak lemak, sayur lemak pisang dan hati lembu dimasak kunyit.

Sambil duduk, aku melayan beberapa mesej yang masuk dalam Whatsapp.Dah habis reply mesej, aku bercadang untuk mengambil gambar lauk ayam masak lemak yang terletak comel di dalam pinggan aku. Nampak sedap pulak. Boleh jadi koleksi makanan dalam handphone aku. Nampak sangat bosan bila makan sorang-sorang.

Handphone aku ditala ke arah pinggan nasi dengan penuh berhemah. Aku buat dengan penuh tersembunyi. Tak nak lah bagi orang sekeliling perasan. Malu weh ambil gambar nasi. Perangai macam gadis-gadis.

Jadi, setelah aku yakin dengan posisi gambar dalam handphone, aku tekan butang di skrin dengan penuh yakin.









"LAP!...LAP!...LAAAAAAAAAPPPP!!!!"

Lampu flash dari handphone aku menyala dengan penuh terang benderang menyinari alam sejauh saujana mata memandang.

Rasa macam nak menangis.

Sunday, March 2, 2014

Jamil di Singapura (pore)

Berdiri dengan tenang di sebelah Merlion.
Gambar diambil.

Tersenyum.

Tengok gambar sendiri.
Rambut kembang macam Simba The White Lion.

Benci.