"Ayah ingat lagi dulu,banyak betul cabaran nak membesarkan kamu.Tapi alhamdulillah,kamu jadi jugak anak yang berguna." ujar pakcik Kasim sambil duduk di sebelah Halim Iskandar.Seronok juga melawat sekali sekala ke rumah anak-anak katanya.
"Cabaran macam mana tu ayah?" Halim Iskandar cuba libatkan diri di dalam perbualan.Dia tak nak ayahnya sembang solo.Boleh jadi agak awkward jugak nanti dibuatnya.Halim Iskandar tidak mahu ayahnya tiba-tiba buat aksi tak senonoh di hadapan anaknya nanti kalau dia bosan.
"Ye lah,kamu tu dulu suka bergaduh,ponteng kelas.Balik rumah pulak,nak suruh makan punya la susah.Asyik nak makan makanan ringan aje.Keropok,jajan,gula-gula.Penat nak larang.Jenuh mak kamu dulu nak suruh makan nasi.Menda berkhasiat tak nak makan." Pakcik Kasim mula mengenang kembali memori lama.Satu aktiviti yang Halim Iskandar tidak gemar sangat.Tambah-tambah kenangan beliau tersalah minum minyak tanah yang diletakkan di dalam botol coca-cola.Malu.
"Sekarang pun sama je ayah.Tapi cabarannya macam lagi susah je." Halim Iskandar cuba main tarik tali.Tak nak kalah.
"Zaman serba canggih ni,ayah rasa lagi mudah nak pantau anak-anak.Ada telefon.Senang.Apa yang susahnya? Cuba cerita salah satu faktor, apa masalahnya.Mana tahu ayah boleh salurkan pendapat." Pakcik Kassim cuba menunjukkan kepakarannya.
"Masalah pemakanan jugak." ringkas Halim Iskandar memberi jawapan.
"Maksud kamu?" pakcik Kassim cuba mendapatkan penjelasan.
Halim Iskandar menarik nafasnya dalam-dalam dan melepaskannya dengan perlahan-lahan.
"Sekarang kita hidup di dalam zaman di mana para artis dan tukang masak terkenal sibuk menyuruh kita untuk makan mi segera." balas Halim Iskandar sambil menunjukkan iklan di tv.
Di kaca TV,kelihatan para artis dan chef sibuk betul menyatakan betapa hebat,segar dan sedapnya mi segera yang diwakili oleh mereka walaupun pada hakikatnya ianya adalah tetap mi segera yang tipikal.
Khairul Asyraf,anak Halim Iskandar berusia 11 tahun yang sedang leka menonton tv,perlahan-lahan meletakkan semangkuk mi segera yang sedang dimakannya di atas lantai.
Suasana sepi.
Pakcik Kasim yang duduk di sebelah Halim Iskandar, juga berhenti menghirup semangkuk mi segera yang dipegangnya sejak tadi.
Halim Iskandar mengeluh panjang...
1 comments:
lama x nmpk
Post a Comment