Lokasi: Bulatan Lumba Kuda,Seri Kembangan.
Tahun: 2010
Jam dah menunjukkan waktu matahari sedang terik membara di kawasan Sepanyol.Kat Malaysia pulak,dah malam.Jadi,aku baru pulang dari kerja.
Memang habit aku,kalau lagu tak sedap je,aku akan tukar channel.Waktu aku main tukar-tukar channel radio ni,aku ingat lagi yang aku sedang membuat pusingan mengancam di round-about bulatan Lumba Kuda.Punya lah terer,sebelah tangan pusing stereng,sebelah tangan lagi cari channel radio.
Tengah sedap-sedap tukar, rancangan
Brother Love muncul lagi.Rancangan Brother Love ni,memang aku tak faham.Aku tak cari je,mesti aku akan jumpa.Kalau cari,haram tak jumpa.Channel mana radio ni,sampai sekarang aku tak tahu.
Elok aku buka je,ada seorang makwe sedang mengadu kepada Brother Love tentang permasalahannya dengan pakwe beliau.Orang pompuan ni,memang suka mengadu kat radio eh? Nak bagi seantareo dunia dengar? Holololololo.
Jadi,mendengar sahaja masalah awek tadi,Brother Love pun,buat panggilan kepada pakwe awek tadi.
Setelah menunggu beberapa ketika,telefon diangkat.Brother Love perkenalkan dirinya kepada pakwe awek tadi.Dengan tidak dijangka,pakwe awek tadi punya la gembira secara tiba-tiba.Pakwe awek tadi,gembira sebab DJ radio yang telefon dia.Mau tak gembira kan? Masuk radio beb.
Dah habis pakwe tadi gembira,Brother Love pun mula cerita yang aweknya call beliau untuk selesaikan masalah percintaan mereka.Pakwe awek tadi mula bagi perhatian.Aku yang tak ada kaitan pun,bagi juga perhatian.
Sampailah kepada satu babak paling sadis.
"Sebenarnya,teman wanita awak ni,nak minta putus." Brother Love bercakap dengan penuh etika.Tenang.Penuh diplomasi.
Pakwe awek tadi terkesima.Aku juga terkesima.
What kejadah is this?
Setelah bertanya beberapa kali kepada Brother Love untuk kepastian, akhirnya pakwe tadi tewas.Dia menangis semahu-mahunya di dalam radio.
Boleh tahan jugak dia punya kepala bana rancangan ni.