Monday, July 30, 2012

Dejavu di Seri Kembangan

Lokasi: Tepi Tasik.
Tahun: 2012 (Awal Julai)


Waktu makan tengah hari bermula.Aku tidak pergi makan.Kenyang lagi rasanya.

Jadi,aku berjalan menuju ke kafe.Tiba di kafe,aku membeli roti dan keropok.Dah selesai bayar,aku berjalan keluar,menuju ke arah tasik.

Tasik tempat kerja aku ni,ikan dia,punya la besar-besar.Gemuk-gemuk.Tomey-tomey dan paling tak tahan...semuanya jenis kebulur.Paling kebulur,ikan keli.Jenis main telan tak tentu hala.Bukan nak kunyah 44 kali sebelum telan.Teringin jugak aku nak lempar mercun gores bagi dia telan.Biar dia tahu apa itu erti jangan gelojoh.Tapi,memikirkan aku ni khalifah yang wajib menjaga kelestarian alam,aku batalkan hasrat tersebut.Ikan-ikan dalam tasik kat tempat kerja aku ni, hidup dengan gembira tanpa ancaman sebab aktiviti memancing adalah dilarang.Jika memancing pun dilarang,apatah lagi aktiviti perikanan pukat tunda.

Jadi,bila dah sampai, aku ambil port paling champion.Port pada tiang lampu.Baik punya sandar.Sambil sandar,aku buka roti dan keropok yang aku beli tadi.

"KECEBURRRR!!!" bunyi ikan berebut roti yang aku lempar.Aku lempar sikit-sikit.

Dari keli, ikan merah sampai lah kepada kura-kura,semuanya berebut.

Tak cukup dengan itu,burung merpati dan gagak pun turut serta menyibuk.Jadi,sebab aku ni penyayang orangnya,aku tabur sedikit kepada burung merpati.Dengan riang,mereka berebut.Aku juga tabur sikit kepada burung gagak,mereka juga berebut.Lepas tu,aku tabur pula kepada ikan.Ikan juga berebut.Haih,semua nak berebut.Takpe lah.Aku bahagia tengok.

Sambil aku lempar roti ke arah ikan,ada jugak burung gagak yang cuba sambar di udara.Malangnya, burung gagak tadi gagal.Mungkin kerana kurangnya latihan.

Muka aku senyum.

Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah keropok dan roti aku hampir habis.

"CRETTTT!!!" bahu terasa panas.Dua ekor gagak yang bertengek di atas tiang lampu tempat aku bersandar,buat-buat tak tahu.
















Benci laaaa kena buli dengan menatang yang boleh terbang ni.

Serius.

Mencari Nokia 3310

Sumber gambar: Sini

Ya.Seperti tajuk di atas, aku sedang mencari Nokia 3310. Kalau ada sesiapa yang berasa nak jual, halu ke email aku (hapacrita@yahoo.com) atau cakap je di ruangan komen.

Kalu yang ada yang 1st hand sekali dengan kotak (awesome) , aku sangatlah berminat.

Aku dah cari dalam mudah.my dan macam-macam lagi.So,sekarang ni, aku nak try tengok dalam dunia blog pulak,ada tak yang nak jual.

Aku nak jenis casing sebijik2 macam dalam gambar di atas. =)

Please ye.

Thursday, July 26, 2012

Promo

Untuk mereka yang banyak masa lapang,suka berfikir ketika membaca,kuat imaginasi dan bersedia untuk ditipu mahupun di'troll' minda mereka,bolehlah membaca belog ini.


Judul belog beliau "Saya pun sudah tidak pasti dengan kesahihan cerita di sini" bolehlah diibaratkan sebagai amaran untuk anda supaya berhati-hati ketika membaca ceritanya.Hahaha.

Dan jejaka ini akan membalas setiap komen kamu.

Silakan. Ikut selera masing-masing.

(^_-)v



Tuesday, July 24, 2012

Jamil dan Nokia

Mata aku fokus kepada skrin laptop.

Tengah sedap-sedap menaip,tiba-tiba,skrin henpon Nokia 2730 kesayangan aku berkelip-kelip di sebelah.Hoh.Aku cemas.Lepas berkelip-kelip,terus bertukar jadi skrin putih.

Dengan tenang,aku buka casing hp aku.Ketuk-ketuk sikit.Tak ok jugak.Tiup-tiup pun,tak ok jugak.Nak jilat-jilat,tak boleh.Puasa.

Nak pegi kedai repair henpon,jauh la pulak.Tambahan pula,tengah kat pejabat.Takkan nak tunggu sampai petang.Ini tak boleh jadi.Aku nampak technician kat meja depan aku tengah rehat.Aku hampiri beliau,dan minta pinjam 'toolbox' beliau.

Dah dapat set toolbox beliau,aku duduk semula depan laptop,buka youtube.Dah jumpa apa yang aku cari,aku fahamkan betul-betul.Pertama kali nak selongkar henpon,memang kena belajar betul-betul.Bukan boleh main sebarangan.

Dah faham,aku terus praktikkan pada henpon kesayangan aku.Henpon ni dah teman aku 2 tahun setengah dah.Jadi,aku perlu selamatkan beliau.Walaupun orang zaman sekarang dah main henpon jenis cuit-cuit skrin,aku masih setia dengan henpon yang ada keypad.Entah mengapa,aku pun tak tahu.Kes kat lowyat aritu pun,sebab tolong beli henpon cuit-cuit untuk bini.

Setelah 10 minit melakukan pembedahan,aku akhirnya berjaya merawat LCD skrin henpon aku.Port LCD ke papan litar berkarat sikit rupanya.Kes kena air hujan minggu lepas lah gamaknya ni.Dah siap buka dan cuci port skrin LCD yang halus cinonet tu,aku pasang balik dengan cermat.

Dah siap pasang,masuk bateri,aku tekan butang untuk hidupkan henpon kesayangan aku nih.

Tu diaaaa....dia punya warna,jadi tip-top.Hensem macam tuan dia.Takda lagi jadi berkelip-kelip mahupun skrin putih dah.









"Terima kasih kerana selamatkan saya..." ujar henpon aku penuh lemah setelah ubat bius semakin hilang kesannya.

Mata aku berkaca-kaca.


Monday, July 23, 2012

Bazram


Sumber gambar: SINI


Nampak menda kat atas tu? Ha,dulu-dulu,aku guna untuk lastik cicak.Cicak kat rumah suka sangat buang taik merata-rata.Kadang-kadang atas pakaian dalam bilik.Atas Sejadah dan sebagainya.

Kini,bila singgah di Bazram (Bazar Ramadhan),awek-awek ramai betul pakai ketat-ketat.Setiap tahun,mesti banyak blog,terutamanya blog lelaki akan mengomel pasal benda ni.Alih pandangan yang di depan,nampak yang di kiri.Alih ke kanan,nampak yang di kanan.Sampai tengok nasi lemak dengan kuih pau yang dalam tupperware kat gerai pun dah nampak lain.Apa gila berjalan nak pejam mata.Macam mana nak tengok juadah?

Please gadis-gadis sekalian,kami kaum lelaki,hanya mahu membeli juadah setelah penat berpuasa dan bekerja seharian.Kami kaum lelaki sayang kamu kaum perempuan.I merayu ni. Please.Kalau tak mampu nak berlonggar setahun,cuba untuk bulan ni je.Pakai la cardigan ke,apa ke.Jangan la tshirt ketat lengan pendek semata-mata.Hormati bulan puasa jappp je.Kami kaum lelaki tak ada pun pegi Bazar pakai boxer ketat nampak bentuk bontot mahupun benjolan di hadapan.Please.Ini bukan nak poyo.Ini tegur sebab sayang.Kalau aku jalan muka ketat,buat-buat macho pun,kalau dah setiap saat benjolan tersebut melintasi aku kiri kanan depan dan belakang,kadang-kadang hampir berlanggar,boleh berdebar jugak weh.Bila lemah tu,lemah lah.

Please.I help you,you help me.Ok? Hik hik hik.

Yang baca blog ni,ada kawan-kawan buek cenggitu,bisik-bisik sikit kat deme ye.Pandai-pandai la pujuk.Contoh? Cakap la... "siot la,kau pakai baju ni (baju yang longgar sikit),nampak macam orang muda.Mana beli baju ni? Cantik.Sesuai dengan kau."

Longgar-longgarkan sedikit ye.Jangan nakal-nakal.Nampak getah lastik cicak kat atas tu? Nak kena lastik? Melantun kang kena lastik.







Please ye.Merayu ni.

(@_@)

Yang sayang kamu,
Abang Jamil.
xoxoxo

Thursday, July 19, 2012

Duit Kertas

Puasa belum start,duit raya untuk budak-budak,dah siap tukar.Duit baru.Hahaha.


Boleh tahan cantik design duit kertas baru ni.


Tambah-tambah yang RM100.


Purple. =)



Wednesday, July 18, 2012

Nama Anak

Sejak dari aku kecil,hingga sekarang,aku menyaksikan transformasi nama yang diberikan kepada anak-anak yang baru lahir.Aku ada anak buah seramai hampir 30 orang dah sekarang.Sorang-sorang nama bombastik.Hasilnya,aku sering tersalah panggil nama.

Dari nama-nama yang beralun-alun sebutannya,hinggalah nama yang berbunga-bunga bunyinya.Panjang nama tersebut,memang menakjubkan.Nama yang diberi,bergantung kepada mak ayah budak-budak tersebut.

Kena yang jenis baca novel cinta,humang aaiiiii...nama anak memang novel habis lah!

Hummm...

Aku,adalah seorang yang ringkas orangnya.Ringkas dalam serba serbi.Makan nasi dengan lauk telur goreng pun takda masalah.Hatta,aku juga boleh makan nasi dengan hanya sebiji cili.Heh,ringkas ke miskin ni? Hahaha. Well,almari penuh dengan tshirt leher bulat RM5 pun takda masalah.Macam aku cakap dulu,orang hensem,pakai apa pun,tetap smart.Tak,aku tak kata aku hensem.Aku cuma cakap perihal orang hensem sahaja.

Disebabkan aku jenis yang suka kepada benda yang ringkas,dan kerja aku juga memerlukan aku untuk mengutamakan ketepatan (contohnya,untuk buat modul login),kalau password hanya perlukan 5 aksara,jadi,hanya 5 aksara perlu digunakan.Tidak lebih,tidak kurang.

Jadi,apajadah aku cakap semua ini?

Well,jika digabungkan dengan keringkasan yang ada pada sifat aku,dan juga suasana pekerjaan aku,ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara aku berfikir.

Salah satu benda yang aku fikir,adalah nama anak.Jangan salah faham.Aku belum jadi ayah lagi.Belum ada perancangan lagi.Cuma,aku terfikir,kalau aku ada anak nanti,apa jenis nama aku nak letak?Jadi,sambil datang ke tempat kerja pagi-pagi,aku dapat satu nama.Ekceli,nama ni dah lama dalam hati aku.

Memandangkan bakal anak aku nanti,sejak dari lahir,sampai lah kepada kematiannya,akan ada terlalu banyak borang perlu diisi.Masa lahir,kena isi borang,lepas tu,borang masuk tadika,borang masuk sekolah,borang persatuan sekolah,borang masuk Universiti,borang masuk kerja,borang nikah dan juga borang merepek-repek yang lain.Kalau canggih sangat masa depan pun,katakan isi nama guna cip dalam IC sahaja,aku rasa,masih ada lagi borang yang perlu diisi.

Jadi,untuk memudahkan anak aku kelak,aku bercadang,untuk letak nama yang ringkas.

Kalau aku letak nama,Elmira Syafiqa Maisara Hani binti zzzzzzzz,aku sangat pasti,bila dia buat kecoh kat pasaraya masa aku tengah pilih kicap kipas udang,aku hanya akan panggil "Mira! Jangan nakal-nakal! Nak kena babap?" sahaja.

Bayangkan kalau aku sebut nama penuh Elmira Syafiqa Maisara Hani.Elok habis sebut nama dia ja,aku dah hilang marah.Penat sebab panjang sangat.Sia-sia je letak nama panjang,tapi tak guna.Nenek dengan atuk pun payah nak ingat.

Jadi,untuk anak aku,kalau perempuan,aku berminat untuk letak nama Sarah.

Ya.Sarah.Hanya Sarah.

Hai Sarah.Tomey tomeynya diaa,muah muah muah! v(^_^)v

Paling panjang pun,Sarah Hani.

Bagi yang tahu nama sebenar aku,gabungan Sarah dengan nama aku (yang dibuang Mohamad) di hadapannya,sangatlah sweet jika digabungkan untuk dijadikan tandatangan dan diletakkan pada key-chain.

Jika anak lelaki? Hehehe.

Hadzril Hafiz @ Hazril Hafiz sudah memadai.

Mudah-mudahan,anak aku kelak,tak habiskan masa mengisi borang dengan nama-nama panjang.

Satu benda lagi,bila anak aku nikah nanti,aku tak nak menantu lelaki aku,terkial-kial sebut nama anak perempuan aku depan tok kadi.

Kalau nama pendek macam tu pun tak lepas nak sebut,aku lempang-lempang dia.Hahaha.







*Jahanam,aku rasa,ubat yang aku baru makan ni betul-betul power.Apa kejadah dah high sangat ni sampai posting nama bakal anak.


Semalam Yang Hangat 33

Demam aku semakin kuat.Jadi,semalam,aku ambil keputusan untuk ke klinik panel.

Sampai di klinik,aku serahkan IC dan kad perubatan yang diberi oleh syarikat.Setelah selesai pendaftaran,doktor yang bertugas,check badan aku dengan penuh sopan.

Setelah beberapa ketika,doktor mengesahkan aku aku tidak sihat.Dia menerangkan penyakit aku dan ubat-ubat yang akan diberikan.Setelah selesai,aku ucapkan terima kasih.

"Esok kerja?" tanya doktor kepada aku yang sudah menghampiri pintu.
"Kerja.Kenapa?" aku bertanya semula.

"Nak MC tak?" soal doktor tadi semula.Mungkin melihatkan aku agak lemah.
"Tak payah lah." aku balas semula dengan senyuman penuh sopan sambil membuka pintu dan berlalu pergi menunggu giliran untuk ambil ubat.

Macho habis.








Sekarang,macam jahanam dia punya mengantuk lepas makan ubat pagi tadi.

Macho lah sangatttt!!!

Stresss...stresss....


Tuesday, July 17, 2012

Jamil dan Lif

Meneje call suruh jumpa beliau.Selaku pekerja yang baik,aku patuh.

Aku berjalan menuju ke lif.Tekan butang,dan lif terus naik dengan hensem hingga ke tingkat paling tinggi.Aku keluar,menuju ke tempat meneje aku.Setelah berdiskusi lebih kurang,aku bergerak menuju ke lif semula untuk turun ke tempat kerja aku di tingkat bawah.

Wah,macam naik turun ke kayangan lah pulak.

Setelah tiba di hadapan pintu lif,aku tekan butang untuk turun.

Setelah menunggu lebih kurang 10 saat sambil betulkan lidah lembu (baca tali leher), pintu lif tiba-tiba terbuka.

Di dalamnya,ada 8 orang gadis-gadis cantik sedang tersenyum-senyum.Nampaknya,mereka juga ingin turun ke bawah.Mereka semua berdiri rapat di tepi dinding,meninggalkan ruang tengah yang kosong.Ruang yang muat-muat untuk aku seorang.

Aku melangkah masuk perlahan-lahan.

Bau perfume mula semerbak.

Pintu lif ditutup perlahan-lahan.















Dialog Masyarakat Marhain 33

"Apa? Nak mengorat pramugari? Hello..tiket ni pun tahun lepas punya offer kau beli,kau ingat pramugari tu nak pandang? Habis taik pun,kalau kau naik 1st class,baru pramugari yang cantik-cantik tu nak pandang."





Monday, July 16, 2012

Sepetang di Low Yat

Aku berjalan dengan penuh tenang melepasi kedai-kedai menjual gadget-gadget terkini.Setelah membuat semakan harga di kedai sekeliling,aku akhirnya singgah di sebuah kedai yang memberi harga terbaik untuk sejenis gadget tanpa keypad yang boleh dicuit-cuit skrinnya.

Jadi,setelah setuju dengan harga yang diberikan,aku bersetuju untuk membeli gadget tersebut.Tiba-tiba,apek tu buat satu benda yang betul-betul silap.Betul-betul silap.

Semasa aku bertanyakan hal ehwal gadget tadi,aku hanya berlagak seperti biasa.Ye lah,tanya je untuk kompemkan apa yang aku dah tahu.Diorang cakap,aku angguk je.Mungkin melihatkan kenaifan aku,apek tadi cuba ambil kesempatan.Auww...

"Ini aa..you kena tambah lagi 16 GB storage.Kalau tidak aa..tidak boleh jailbreak woo..Tak cukup." Begitulah teknik pembohongan yang aku dapat kesan.Nak tambah memori kad kejadahnya kalau kat rumah ada lagi 16GB extra memori kad.Jadi aku cakap,aku tak nak tambah sebab kat rumah dah ada.Lagipun,dalam gadget tu pun,dah ada 16GB memori dah.Jadah dia tak cukup.Aku suruh sumbat memori sampai 1 petabait karang,baru ada akai.

Apek tadi,terus pusing-pusing cakap sambil meyakinkan aku bahawa,tak boleh jailbreak kalau tak letak memori kad sambil memberi alasan pasal benda pelik-pelik.Kini aku faham,mereka tawarkan harga murah untuk gadget,tapi mereka banyak makan dari jualan aksesori.Sekarang,mereka sedang cuba menjual sebanyak mungkin aksesori kepada aku.Tambah2 harga,lebih kurang je dengan kedai yang lain.

Tak cukup dengan itu,kawannya di sebelah turut sokong apa yang beliau cakap.Well,ada team ye.

Licik.

Aku tersenyum.Disebabkan aku ada hal lagi dan dah malas nak pusing kedai lain sebab harga sama aje,aku rasa..tiba masanya aku bagi buah penamat kepada apek tadi.

Dengan jelas dan terang,aku bagi kuliah percuma dari perihal perisian,pengaturacaraan sampailah kepada hardware pasal gadget yang aku nak beli tu.Depan-depan.Tak kasi can.Giliran mereka berdua pula angguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang aku cakap.Satu persatu yang diorang pusing tadi,aku jelaskan semula,tak kasi can diorang nak belit lagi dah.

Apek tadi terus tunduk pasang skrin protector,pegi jailbreak laju-laju,balik semula,aku test sedas dua dan check sampai puas hati dan dia terima duit di tangan aku tanpa bising-bising lagi.Kawannya di sebelah,dah mula potpetpotpet dalam bahasa cina sambil tekan-tekan kalkulator sebab dia salah bagi harga murah.Siap merayu suruh aku tambah duit lagi dengan alasan harga pakej bla bla bla dan takut bos marah.

Nehi nehi nehi.Aku kekal dengan harga asal seperti yang telah dipersetujui sebelumnya.Hahaha.Perangkap tak mengena.







Apek tadi tunduk pandang ke lantai dari lepas aku ceramah....sampai aku blah.

Comel.




Thursday, July 12, 2012

Jamil dan Kedai Gunting Rambut

Malam tu,aku memandu dengan bergaya.Setelah puas memandu dengan bergaya,aku parking pula dengan bergaya.Dah siap parking dengan bergaya,aku keluar pula dari kereta dengan bergaya.

Matlamat aku pada malam tu,adalah untuk mendapatkan potongan rambut yang paling awesome.Aku berjalan,juga dengan penuh bergaya ke dalam kedai gunting rambut di hadapan aku.

Setelah tunggu dalam 5 minit,giliran aku tiba.Aku duduk atas kerusi.Tubuhku yang mulus kemudiannya dibaluti dengan kemas menggunakan kain yang boleh tahan baunya.Takpe lah,redhakan saja.

"Potong tepi dengan belakang sahaja.Potong kemas-kemas." aku bagi arahan dengan harapan,aku akan dapat rambut yang kemas di tepi dan belakang,tapi masih ada rambut yang awesome untuk disikat dan dimain-main dengan syampu semasa mandi.

Tukang gunting angguk dengan patuh.Bagus betul tukang gunting ni.Jinak macam arnab.


"ZASSSS!....ZASSSS!....ZASSSS!...." rambut aku digunting dengan rakus dan pantas.Tak menyabo orang kata.

"Siap!" kata tukang gunting tadi sambil kibas-kibas kain.









Di atas kerusi,aku memandang diri aku di dalam cermin dengan penuh tabah.

Rambut aku yang asalnya level-level rambut Leornado Dicaprio zaman cerita Titanic dulu,terus bertukar kepada level-level macam nak pergi interbiu masuk askar.

Rasa marah tu,sampai dah tak tahu dah nak marah macam mana.






Cilakesss.



Wednesday, July 11, 2012

Tanda-Tanda sebelum tibanya Ramadhan

Terdengar bisikan "Yusofff Taiyobbbbbbb...." di mana-mana.




Kan?




Monday, July 9, 2012

Ada jugak orang macam ni kat dunia ni.


Aku baru terjumpa menda alah ni.Apa aku boleh cakap,mereka adalah awesome.Jenis gigih.

Tapi,sekarang kecoh pula yang rancangan ni adalah "palsu".Ye lah,beli barang sampai USD 3K lebih,tapi dengan gunakan kupon,cuma bayar dalam USD 100 lebih sahaja.Barang pulak,bertroli sampai kena buat tempat simpanan khas kat rumah.Mungkin yang akan kata mereka ni tamak dan sebagainya.Well,terpulang. =)

Mungkin ada kelemahan dalam polisi sesebuah pasaraya.So,kita tunggu dan lihat.

Dan,kalau benda ni bukan "palsu",aku tabik kepada golongan dalam rancangan "Extreme Couponing" nih.

Kalau nak tengok video lain,boleh cari sendiri dalam youtube dengan keyword "Extreme Couponing".


Friday, July 6, 2012

Menonton Dejavu Di Kinabalu

Sampai di rumah,tukar pakaian,terus pekena nasi.Maghrib belum masuk lagi.Dah makan-makan,baru boleh pekena bacaan yassin secara berjamaah.

Sambil kunyah nasi,mata aku tertancap (apajadah mimpi guna perkataan pelik ni) ke arah tv.Cerita Dejavu di Kinabalu sedang dimainkan.Kalau ikutkan hati,dah lama aku tukar channel.Memandangkan bini aku dengan kakaknya kusyuk melayan,aku malas nak cari gaduh.

Cerita mengisahkan Bazli(macam arwah hani mohsin pun ada muka dia ni) minat Tiz Zaqyah.
Tiz Zaqyah pula,minat Akasha.
Kakak Tiz Zaqyah pula,juga minat Akasha.


Ringkasnya,boleh la ditulis:

(Tiz Zaqyah + Kakaknya) -> Akasha
Bazli -> Tiz Zaqyah.


Awek Akasha sebenarnya dah mati.Bila mati,jantungnya didermakan kepada Tiz Zaqyah.So,disebabkan jantung aweknya berada di dalam badan Tiz Zaqyah,Akasha jadi jatuh cinta kepada Tiz Zaqyah dan begitulah juga perasaan Tiz Zaqyah kepada Akasha.Ini berlaku tanpa mereka sedar.Masing2 jatuh cinta kerana aura jantung tersebut? Mungkinkah UncleAttentionSeekers boleh jelaskan fenomena pelik sebegini?

Jadi,pada pandangan aku,memandangkan Bazli adalah seorang yang setia kepada Tiz Zaqyah dan beliau yang bayar kos pembedahan jantung Tiz Zaqyah,aku ada penyelesaian mudah untuk Bazli.

Bazli boleh pergi karate Akasha sampai pengsan,pindahkan jantung beliau dengan jantung Akasha,lepas tu,boleh mula berharap Tiz Zaqyah mula sukakannya.

Yang lain-lain,pedulikan.

Cepat Bazli,aku nak tolong kau ni.

Pegi karate cepat.







Why so serioussssss?

Tuesday, July 3, 2012

Sepetang Di IKEA

Hari sudah petang.Semut di lantai berkicau riang.Aku berjalan-jalan dengan tenang.Kalau tak kerana bawa orang,takda keja aku nak datang bersesak-sesak di IKEA.Sampai di satu bahagian,aku ternampak ada cermin yang sangat jelas pantulannya.Aku berminat.Aku menghampiri cermin tersebut dengan harapan muka aku akan muncul di dalam cermin.

Bila tiba di hadapan cermin tersebut,tiba-tiba,muncul wajah seorang gadis.Gadis tadi sedang sibuk membelek tilam di sebelahnya.

Itu bukan cermin.Itu adalah lubang di dinding yang tembus ke sebelah sana.

Benci.



---------------------------------------------



Hari sudah petang.Semut di lantai berkicau riang.Aku berjalan-jalan dengan tenang.Kalau tak kerana bawa orang,takda keja aku nak datang bersesak-sesak di IKEA.Sampai di satu bahagian,aku penat.Aku ambil keputusan untuk duduk di atas katil yang disediakan.Empuk.

Sedang duduk dengan penuh tertib,tiba-tiba ada seorang gadis lalu di hadapan aku,dan,terus duduk di atas katil.Katil tersebut terletak di hadapan aku.

"Eh eh..empuknyaa..." ujar gadis tadi sambil duduk lompat duduk lompat di atas katil tadi.

Katil tadi bergoyang-goyang.'Organ tergantung' gadis tadi juga bergoyang-goyang.

Benci.



Monday, July 2, 2012

Down With The Trumpets


Petang-petang yang syahdu macam ni,kena kasi cergas.Mari kita berterompet sikit.

Ewaahhhhhh!

PS 18

Setelah 2 tahun 8 bulan bersama,odometer PS akhirnya mencecah 100k.

Warranty pun tinggal lagi 75k je lagi.Dah tak banyak dah.





Sekejap sungguh rasanya.