Monday, April 30, 2012

Ha! Terkebil-kebil dibuatnya!


"Get auuuut from dis kantri.Gettt autt from dis kantri....you are korrapted..korrapted..respek malaysian yu idiot..." jerit Ah So tersebut.

"SAYA ORANG ISLAM.SAYA TINGGAL DI SINI.ISTERI SAYA ORANG MALAYSIA.JANGAN BIADAP!".Fasih je wartawan tu tibai balik dengan bahasa melayu.Fulamak weiii..mana nak letak muka niii....kah kah kah kah.


Ha,apa lagi,dah selesai terkebil-kebil tu...guna la hulu payung tu untuk ketuk kepala sendiri secara berirama.

Malu woooo...malu.

Har har har!

Selain 'STAR OF BERSIH 3.0',Ah So ni juga boleh dapat gelaran.Kena la iktiraf sikit jasa dan perjuangan dia dalam Bersih ni.Kasi la can sikit orang kata.Ok la,dengan rasminya,hapacrita gelarkan dia ni dengan gelaran 'Ah So Korrapted'.

Comel.

*Ada orang kata,ahso ni orang MCA yang datang nak burukkan bersih.Ah..pulak dah,kena yang buruk,humban je ke pihak lain..ye dok? Mudah kerja. Nak tahu juga dia ni ahli MCA cawangan mana? No ahli? Anybody? Lantak la kau MCA ke..DAP ke,memang patut kena tiau macam ni.Sampai terkebil-kebil.

*Bak kata Karam Singh Walia dalam tv tak lama dulu.."Ibarat ayam dihentakkan kepalanya."

Taaaaaarrrrrrrbaikkkkkkkk!



Pemenang Pelakon Terbaik Bersih 3.0


Video Pertama:Video sebelum kereta polis terbabas.Baekkkkk punya kena tibai.Siap ada yang melompat atas bumbung kereta.Alahaiiiii....sedih sedihhh...


Video Kedua: Ok.Pemenangnya adalah brader yang tolong angkat kereta dan brader ketua tukang sorak.Bermula pada minit 1:30.

"Angkatt..angkat!! Ada orang di bawah!"

Bila diangkat,tiada siapa di bawah.

Brader ketua sorak...terdiam.

Dalam akhbar pembangkang,rilek-rilek je keluar berita ada orang kena langgar sampai masuk bawah kereta polis.Bakar line betul.


Memang A!

--------------------------------------------------------------------





Boleh tahan kena belasah kereta ni.

Detik terakhir sebelum terbabas.Ada orang nak hentam,cermin sisi pun dah pecah..apa boleh buat....boleh tunduk je la brader polis yang drive tu.Perhatian,driver kereta tu tak pakai helmet ye.Tak seperti dalam 'sesetengah akhbar' yang lapor berita.Apa ni,tak tepat langsung berita.Yang pakai helmet tu,brader wartawan yang nak tolong polis.Dengan dia-dia sekali kena balun.Hoh!

Ha,angkat!

Angkat!!!!!

Bila kereta dah diangkat..semua jadi terkejut tak tentu hala sebab tak ada orang di bawah kereta.Surprise! Benda-benda macam ni,selalunya orang panggil 'lawak hari sabtu'.Memang kena dengan hari sabtu lah!

Hapacrita brader? Mana yang terperosoknya? Agak-agak la nak menipu pun.Nak cucuh api pun,pakai la lighter yang power sket.Nak power lagi,boleh guna benda lain.Penunu Bunsen contohnya.Tapi aku rasa,brader ni cucuh pakai dapur kayu.Sekali tiup nak bagi api menyala,tup tup...arang bersepah kena ke muka.Ini yang dikatakan menconteng arang di muka sendiri.Nice try brader.Tapi nice dalam kategori sampah lah.


Kah! kah! kah!


Jadi,aku gelarkan mereka,'STAR of Bersih 3.0'.








*Brader suhardi perlu skrip lebih power pada bersih 4.0 kelak nampaknya.Skrip jenis berlakon mati macam yang dia buat dalam Bersih 2.0 dulu,tak berapa nak jalan sangat dah.Mungkin beliau boleh cuba aksi ditindih oleh trak FRU.Tapi,tindih ibu jari kaki kiri sikit-sikit dah lah.Itu pun,kalau bersih 4.0 ada lah.

Cak!

Hai..saya masih hidup! Hik! Hik! Hik! v(^_-)v

Kah! Kah! Kah!

*Sumber gambar: Sini. , Sini , Sini dan Sini.
*Kita dok rehat elok-elok,depa ajak politik.Ye lah,depa mempejuangkan 'kebebasan bersuara' kan? Ha...ninnndia...dah keluar sedas.Kebebasan bersuara. Kah! Kah! Kah!


Saturday, April 28, 2012

Sempena Bersih 3.0


Ok,kita tunggu dan lihat,anugerah untuk pelakon terbaik BERSIH 3.0 kali ini dapat kepada siapa.Adakah pelakon dalam BERSIH 3.0 kali ini mampu merampas anugerah pelakon terbaik dalam BERSIH 2.0 dulu? Bukan senang nak melakonkan aksi sakaratul maut walaupun dinyatakan 'dia pengsan' setelah sedar semula.Cantik betul cara beliau pengsan.

Yusof Haslam,David Teoh,Ahmad Idham..atau Steven Spielberg,boleh offer job.

Ya,kita tunggu dan lihat.

Oh yeh bebeh!


Friday, April 27, 2012

Tunggu ye sayang,nanti abang datang dapatkan sayang....







Drooooollllll habis!






Thursday, April 26, 2012

Triple Jay a.k.a Tiga 'J'

Triple Jay di sini bermaksud 3 J.

3 J disini pula,bermaksud 3 orang yang nama glemer mereka bermula dengan huruf J.Tidak,bukan Jamnapari.Itu adalah sejenis baka kambing.

Mereka ialah Jason Mraz,James Morisson dan Josh Groban.

Karya mereka aku akan guna ketika untuk mendapatkan ketenangan dari segi keduniaan lah.Ye lah,kang ada pulak bising-bising "woi..nak tenang baca quran lah.".Malas nak bergomoi.

Ok,kali ini,kita fokus kepada Jason Mraz.Brader yang tak pernah kecewakan aku dengan karyanya.Kenapa Jason Mraz? Sebab,aku cam suaranya.

Tidak lama dulu,ketika sedang terkial-kial bersiar di dalam sejenis pasaraya,pihak pasaraya tersebut telah pasang satu lagu yang sangat awesome.Aku terpegun.Ok,tamat cerita dalam pasaraya.Kita beralih kepada babak seterusnya.

Jadi,sebentar tadi,aku baru teringat semula lagu tersebut.Malangnya,aku hanya teringat lirik yang berbunyi "it's not hard.." sahaja.Ya,itu sahaja yang aku ingat dari sepanjang-panjang lagu.Handphone yang aku pakai pulak berjudul Nokia.Kalau pakai handphone berjudul Sony Eksyen,boleh jugak guna aplikasi 'track record' dalam tu untuk cari lagu.Humming lagu dalam 4-5 saat,dah dapat judul lagu.

Jadi,setelah berhempas pulas mencari,terjumpa akhirnya.



Syurga duniaa....sedap bukan main.

Sedap dia,rasa sampai nak gantung gitar kat belakang.






Pagi yang Hensem 29

Semalam,kerja memang 'A' dia punya banyak.Balik rumah,setelah berehat secukup rasa,sambung pulak kerja lain sampai pagi.Hai,dari pagi sampai ke pagi,menaipppp je kerjanya.Boleh dicop sebagai kerani paling komited gamaknya.

Pagi tadi,aku beli nasi lemak.Beli bungkus.Kemudian aku naik motor laju-laju seperti biasa menuju ke Seri Kembangan.Elok sampai hentian Awan Besar,berenti sekejap,makan nasi lemak.Tak tahan baii.Nasi lemak yang aku cerita dulu tu,betul-betul menggoda aku.Berenti makan bekal,macam musafir pulak jadinya.

Jadi,selepas setel makan,aku terus menuju ke pejabat dengan penuh bersemangat walaupun tak cukup tidur sangat.

Tiba di pejabat.Menuju ke meja.

Kelihatan,ada sebungkus makanan di dalam plastik terletak comel di atas meja aku.Aku pegang.Masih hangat.Mata pusing kiri kanan,takut ada orang tersalah letak.Aku tanya kakak yang berada selang 3 meja dari aku,siapa punya.Dia pun tak tahu.Jadi,aku letak makanan tadi di meja sebelah.

Duduk,buka laptop.Download email ke Outlook.Sambil-sambil tu,aku pakai minyak wangi.Ye lah,kena la wangi-wangi sikit.Bukan apa,takda lah bau macam lepas kena salai dengan asap kereta sangat kalau pakai minyak wangi.

"Morning Jamil.I have bought & leave a breakfast treat on your table just now.. =)"

Ringkas mesej dari Manager HR di dalam inbox.Baik jugak amoi ni rupanya walaupun duduk nun tinggi di tingkat atas dan bukan di dalam department aku..

Ok.Memandangkan aku dah sarapan,dah kenyang...ada sapa nak?

Meh aku tolong suapkan.















Alololololololo.....

Kah kah kah!


Monday, April 16, 2012

Jamil dan Motor 2 Lejang.

Aku ada 3 masalah dengan motor enjin 2 lejang.

Masalah pertama:
Bunyi bising original tanpa perlu ubahsuai ekzos yang buat aku menyampah kadang-kadang.Tambah menyampah,bila ada jenis manusia suka 'perah' minyak depan rumah aku ketika aku sedang leka menonton propaganda kerajaan BN di kaca TV,ataupun,ketika sedang membaca cadangan halusinasi pakatan pembangkang di internet.Prengg prenggg..

Masalah kedua:
Asap yang banyak dan busuk.Untuk mereka yang pakai minyak 2T wangi,boleh la dimaafkan sikit-sikit.Asap busuk ni,tak kira la asap rokok ke,asap motor ke,bukan boleh berkawan baik sangat dengan aku.Idung aku ni jenis emo.Jenis tak boleh bertolak ansur.Kalau diterjemahkan dalam bentuk gothic,mungkin idung aku dah pakai lipstik itam,bawak payung berlubang-lubang sambil berjalan-jalan di Times Square dengan gaya emo.(Rindu pulak nak tgk reunion budak-budak gothic..haha)

Masalah ketiga dan ini adalah masalah yang paling besar:
Sejak dari sekolah menengah,aku jatuh cinta gila-gila dengan Yamaha 125 Z warna merah campur putih.Ya,dan....ianya adalah sejenis motor berenjin 2 lejang.

Cinta terlarang?





Benci.

Sunday, April 15, 2012

Pagi Ahad Yang Cemerlang

Lepas Subuh,aku tak boleh tidur.Jadi,aku perlukan sesuatu untuk 'kickstart' hari ahad aku.Aku tak nak terperuk di dalam bilik dan bangun di tengah hari.Sekarang,masa untuk diri sendiri betul-betul terhad.Hidup dipenuhi dengan kerja-kerja,siang malam.

Jadi,pagi ahad ni,aku buka semula satu video yang betul-betul buat aku kagum.Mereka terdiri dari sekumpulan individu yang bagi aku,berjaya hasilkan video yang hampir sempurna seperti apa yang dipaparkan di dalam komik.

Memperkenalkan,Channel Thousand Pound Action Co. di Youtube.Tengok semua video mereka,memang menarik.Untuk peminat Street Fighter,aku sarankan kome semua tengok VIDEO INI, INI DAN INI.Hahaha.Kualiti yang mereka bawa,buat aku tabik.



Video ini adalah kegemaran aku selaku peminat komik Naruto.Terima kasih kepada Heary yang perkenalkan video ini dalam FB dulu.Penggunaan VFX dalam karya mereka,sangat mengagumkan.Mengagumkan sehingga aku rasa nak lempang kepada pengarah Filem Dragon Ball.Apahal tak upah je Thousand Pound Action ni yang buat cerita Dragon Ball tu.Mesti lagi awesome kot.Ah,apa-apa je lah.Mengomel banyak-banyak pagi ahad macam ni,tak elok sangat.

Dan,walaupun video satu lagi ini juga dah lama,aku masih terpikat dengan karekter baru Superman yang dicipta.Nampak sangat BAD ASS!



Ya.Superman sangat awesome bagi aku dalam video ni.Takda nampak dah mamat skema.

Bagi aku,dunia perlukan orang kreatif macam deme-deme ni semua.Membawakan pembaharuan tanpa mengorbankan karya asal.

Ok,cerita Red Tails dengan BATTLESHIP YAMATO dah siap download,nak nonton kejap.Manjakan diri sekejap sebelum mulakan kerja lagi semula kejap lagi.

Ta ta.



*Sambil dengar lagu lama James Morisson yang sangat tidak mengecewakan aku.Dia memang berbakat.



Thursday, April 12, 2012

Ketabahan Jamil

Mata berkaca-kaca.Setitis air mata keluar,sedang galak bertakung di mata.Menunggu masa untuk tumpah ke pipi aku yang mulus yarabbi ini.

Aku masih bertahan.Cubaan kali pertama tadi gagal.Sakit memang sakit.Rasa sakit dia,menyentak sampai ke otak.Kepala pun rasa ngilu.Hati berdebar-debar.Dada rasa senak.Nafas turun naik.

Namun,memikirkan maruah yang perlu dijaga,aku nekad mencuba kali kedua.Sakit ke,tak sakit ke,belakang kira.Aku tak peduli.Ye lah,nanti orang tengok,apa pulak diorang kata kan? Aku nak nak malukan bapak aku.Dalam kad pengenalan,nama aku,datang pakej sekali dengan nama bapak.Jadi,aku tak boleh nak main-main sangat.

Untuk cubaan kali ke dua,aku tarik nafas dalam-dalam.Hati ditenangkan setenang-tenangnya.Berharap sangat,semuanya berjalan lancar.


"TASSSS!!!".... berjaya!









Terkumat-kamit lubang hidung aku jadinya.

Sapa kata cabut bulu hidung tu senang?



Kejadian Gempa Bumi Semalam

Aku rasa,kalau berterusan gempa begini,nilai harga rumah apartment atau kondominium yang tinggi-tinggi kat Penang,mesti akan turun.

Ye lah,kalau tengah sedap-sedap makan nasik di tingkat 10,tiba-tiba kena lari turun ke bawah,tak ke mengah dibuatnya.






Ah...kalau dah gempa,dengan Rapunzel Rapunzel sekali kena turun.Jangan buat degil.Nak kena tibai dengan abang Bomba?

Ok.Aku tengah high ubat selsema....


Monday, April 9, 2012

Sepetang Di Bukit Jalil

Aku menunggu lampu isyarat bertukar kepada hijau.Di sebelah kanan aku,ada sebuah gereja yang baru dibina.Besar betul gerejanya.Ni,kalau ada lagi geng-geng kristian kata tiada kebebasan beragama di Malaysia,aku hentak jugak betis kiri dia laju-laju.Laluan aku pada petang tu,dari Bukit Jalil,aku menuju ke KESAS.Takda keja aku nak bersesak dekat jalan Puchong.

Kenapa aku naik motor? Ok.Pertama,berulang alik dari Subang ke Seri Kembangan,boleh dikira dalam jarak 30km sehala.Pergi balik,60km lebih kurang.Jarak yang tidak jauh,tapi dia punya 'jam',dah masuk tahap 'rasa nak melompat dalam kereta sebab terlalu tensen'.Untuk keluar dari rumah aku menuju ke jalan besar,dah 'jam'.Depan airport Subang,'jam' lagi.Itu belum masuk Federal Highway dan melintasi Tol Sunway lagi.Azab.Jadi,kalau dah terjebak dalam 'jam' macam tu,selain masa,minyak pun banyak jugak mengalir.Duit pun sama lah.Dah berapa banyak rugi di situ.Aku tak sanggup keluar dari rumah jam 6.30 pagi.Hahaha.

Ok,berbalik kepada cerita tadi.

Lampu isyarat bertukar hijau.Aku pulas 'throttle',dan motor bergerak dengan hensem ke hadapan.Elok melepasi lampu isyarat tadi,tiba-tiba ada sebuah motor memecut laju memotong aku.Dua remaja lelaki,dengan penuh galak,muka senyum-senyum sambil mendongak dengan bangga ke hadapan,merempit bagai nak gila.Aku hanya tersenyum.Layankan sahaja.Budak-budak baru nak 'up' orang kata.

Mereka menghampiri bonggol di tengah jalan.Tak sempat nak brek.

Motor mereka terbang ke udara.Penunggang terbang ke udara.Pembonceng juga terbang ke udara.

Motor mereka mendarat atas jalan.Penunggang mendarat ke atas seat motor.Pembonceng juga mendarat ke atas seat motor.

Topi keledar mereka,bersepai jatuh di atas jalan.Bergolek-golek I tell you.








Keluar air mata jugak la aku bantai gelak petang tu.


Thursday, April 5, 2012

Testing Testing

Sebenarnya.....aku baru nak login akaun blogspot ni.Baru nak taip username,tup tup, tengok-tengok,dah siap post dah satu entry.

Laju betul Unifi ni rupanya.











Hik hik hik....


Wednesday, April 4, 2012

Benda-benda yang menaikkan darah ketika di pejabat

Jam sudah 6.15 petang.Aku kemas-kemas barang.Semua aplikasi menaip di skrin laptop aku tutup satu persatu.Kerja sebagai kerani ni,jari jemari memang gagah.Menaip sepanjang hari je kejanya.

Aku kena bergegas pulang.Bukan apa,hari semakin redup.Hujan nak turun.Lagipun,selain bernafas dan mandi,banyak kerja lagi aku perlu buat ketika di rumah.

Jadi,selepas mengemas kertas-kertas di atas meja,aku tekan butang 'Shut Down' pada laptop aku.Laptop perlu dibawa pulang,kerana ada benda yang perlu diselesaikan.

Skrin komputer bertukar kepada 'mode' untuk 'Shut Down'.Aku dah bangun dari kerusi,buka zip beg laptop dan siap kunci laci meja.Tiba-tiba....









"Please do not power off or unplug your machine. Installing update 1 of 10... =) "





"Aaaaaaaaaaaaaa.........." jerit laptop tu bila aku lempar dia jauh-jauh.

Monday, April 2, 2012

Benda-benda yang mustahil untuk berlaku di Malaysia - 1

"Boleh siapa terangkan kenapa jadi macam ini?" soal pengerusi syarikat di suatu pagi.

"Rakyat Malaysia telah menyahut seruan untuk kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian mereka.Sebab itulah jualan gula kita merudum dengan teruk.Tak kira sebanyak mana gula kita sorok,orang ramai kekal tenang.Kilang gula kita terpaksa berhenti beroperasi.Eksport ke luar negara pun berkurangan." jawab pegawai operasi.







Pagi tu,pegawai operasi dengan kilang-kilang gula,semuanya kena tendang dengan pengerusi syarikat.

Hey April!

Dah masuk bulan 4. Bulan 3,aku tinggalkan tanpa sedar.Cepat betul.

Entry aku untuk March pun,ada 6 ketul je.Ajaib.

Bulan 3,bagi aku,penuh dengan suka.Penuh dengan duka.Penuh berdebar.Penuh tekanan.Penuh dengan kegeraman,dan tidak lupa juga,aksi tergolek jatuh motor di malam minggu gara-gara seketul batu jahanam di tepi jalan.

Shit.

Diharap,ketenangan akan datang mencurah-curah hendaknya.







Steady Jamil!