Monday, December 19, 2011

Pengalaman Saya Ketika Balik Dari Kampung Dengan Anak Saudara - 1

Dua minggu lepas,aku balik kampung.Balik pun,sekadar cuti hujung minggu sahaja.

Jadi,setelah lepak kampung sehari dua,aku perlu balik semula ke KL.Bersama aku pada masa tu adalah anak saudara aku.Masa cuti sekolah,dia lepak di kampung.Seronok lepak kampung katanya.Seminggu jugak dia lepak.Jadi,petang tu,aku bertolak balik ke KL dengan anak saudara aku.

Anak saudara aku ni,dah berumur 15 tahun.Tengah tunggu keputusan peperiksaan.Sambil duduk kat depan,dia layan movie dan lagu dari laptopnya.Kalau bosan,dia main internet pulak.Aku yang memandu di sebelah,layankan sahaja.Dia nak buka lagu,aku tutup lagu yang sedang dimainkan di dalam kereta.Bertolak ansur dengan budak-budak.

Elok sampai area Butterworth,aku singgah di kedai minyak sekejap.Bukan apa,benda nak terkucil ni,jangan main-main.Boleh kena batu karang.Aku parking kereta,lompat keluar dan berlari comel ke arah tandas.Gaya berlari walaupun kelam kelibut,masih nampak hensem dan bergaya.

Setelah beberapa minit di dalam tandas,aku tersenyum lega.Aku keluar dari tandas dengan bahagia.Memandangkan aku sedang mengejar masa,aku bergegas semula ke arah kereta aku.Sampai di kereta,dengan pantas aku buka pintu dan melompat dengan hensem ke tempat duduk pemandu.Pintu ditutup kemas.

Aku pandang kiri.Anak buah aku yang merupakan seorang lelaki berusia 15 tahun,dah bertukar jadi seorang makcik.Aku pandang belakang yang sepatutnya kosong,tercegat seorang awek yang sedang tutup mulut menahan gelak.Aku pandang dashboard kereta,bunga goyang tiada di situ.Seat kereta pun dah mula rasa lain.

Di depan aku,dengan jelas kelihatan PS sedang tersenyum-senyum ke arah aku.













Jahanam.Aku dah salah masuk kereta.


8 comments:

anakcikbob said...

aku sebagai anak saudara kau, bertukarrrrr kepada sekeping dvd dan menyelit supaya org xnampak.

Anonymous said...

hahahahaha. aku mampu gelakkan ko je.

Anonymous said...

aku ingatkan anak menakan hang dah tukar jantina td.hahaha

StingRay said...

amrina: nak aku patah patahkan? haha

ayu: demyu ayu.haha

life: ko dulu,lelaki ke? haha

naiba said...

hehehehe....pergh..bestnye nak gelak..hehehehehe

anak buah ko nampak tak yg ko dah silap masuk kete..hihihii

cactus_berduri said...

hahahahahah rasa masa tu nak bunuh diri tak...

Unknown said...

hahaha..kopem tekejut monyet makcik tu

Anonymous said...

ko baru tau aku laki ke?