Friday, April 29, 2011

Rojak Mamak

Nasib baik mamak jual rojak tepi jalan tu pegi solat jumaat.Kalau takkkkk.....aku rendam stokin aku dalam kuah rojak dia.

Baideway...rojak dia sedap jugak.Dekat simpang tiga masjid kawasan flat Kerinci.



Thursday, April 28, 2011

Drama-Drami

Mula-mula...

Halimah Jongang.

Kemudian...

Fatimah Juling.










Aku rasa lepas ni,mungkin keluar pula cerita Saari Buasir.



Wednesday, April 27, 2011

Tandas Jahat

Tandas tu,jenis yang ada paip dalam mangkuk.Jenis takda paip getah mahupun 'hos' yang panjang-panjang.Seperti dalam entry lepas,kuasa tembakan airnya adalah menakjubkan walaupun pilinya hanya dibuka sedikit sahaja.

15 minit selepas guna,masih rasa berdenyut-denyut.

Ekceli,aku tak suka jamban duduk ni.Idea berkongsi bekas punggung sangatlah tak boleh bla.Terpaksa susahkan diri sendiri dengan melapik tisu.Nak bertinggung atas mangkuk tandas pun,lagilah rasa macam jahanam rupanya.Boleh tergolek jadinya nanti.Tak macho langsung.Nak duduk ja,terbayangkan,macam mana kalau orang yang duduk sebelum tu,bontot berkurap tebal.

Ouch!

Apa gila nak bawak pelapik tandas sendiri ke hulu-hilir?







Tasuke tasuke tasuke...

Hai.Selamat pagi.

Pakar menjangkakan,5 tahun lagi,ekonomi dunia akan beralih dari Amerika ke China.

Anda bersedia? =)

Rujukan: Sini.


Tuesday, April 26, 2011

Menda-menda yang mengerikan.

Dekat tempat buang air kecil kat dalam tandas awam tadi,aku terjumpa sehelai bulu yang kerinting.Panjang dia 2 inci lebih.

Ngeri!

Jadi,cuba bayangkan kalau ianya adalah serumpun.









Super ngeri!


Juvana

Semalam layan jugak tengok siri drama tv yang baru.Layan sebab ada Bront Palare.Yang paling menarik perhatian aku,adalah OST drama ni.

Lagu judul 'babak pertama' nyanyian Drama Band ni,bagi aku sedap.Mula-mula aku ingat Flop Poppy yang nyanyi.Suara macam Andy Flop Poppy dah masa chorus.Not bad la cerita ni,ada aksi liwat-liwat,gaduh-gaduh.Standard ghetto budak lelaki.Beto pun ada jugak dalam drama ni.Kerek betul lakonan beliau.Aku suka.Cuma,masa aksi dalam mahkamah ja nampak slack.Apa ke emo sungguh saksi tersebut.Macam tengah buat persembahan pentas.Lagipun,tuduhan tu,macam lemah sangat je kesnya.Mungkin itu bukan tumpuan cerita ni.

Lagi satu,apa ke semua hero kalau masuk penjara,mesti pandai buat origami? Michael Scofield buat origami jugak dalam cerita prison break.Hero Juvana ni pun main origami jugak.Tapi origami dengan daun lah.

Kalau aku masuk penjara,aku nak buat kain songket.Lain dari yang lain.

Aksi gengster kat dorm,dalam kawasan sekolah,memang aku layan.Hahaha..teringat hidup kat asrama sekolah dulu.Kelakar betul.Botak memang sesuai dengan watak dia.Macam Kaza versi muda dah aku tengok.Awek yang hidang lauk kat kantin tu pun comel.

"Saya tak makan daging.Saya makan sayur ja.Mbeekkkk!" Wahahaha.

Aku harap,bila balik kerja,ini hiburan yang boleh buat aku rasa santai.Letih jugak nak ngadap fakta dari Discovery Channel selalu.Oh ya,American Gladiator tu pun rancangan yang menarik.Awek dan pakwe dalam rancangan tu,semua badan sedap-sedap.Hulk Hogan pun ada.Teringat pulak American Gladiator versi 90-an dulu yang ada senapang tembak bola bulat-bulat.Teringin betul nak main.Hahaha..American Gladiator versi baru ni,lebih brutal.

Ok.Berbalik kepada cerita Juvana tadi,Bront Palare,Beto,hangpa belakon baik-baik naaaaa...jangan buat hal.





Jangan risau,blog ni tak akan jadi URTV.


Monday, April 25, 2011

Entry ni,takda tajuk.

27 tahun aku hidup kat dunia ni,hanya satu yang aku dapat simpulkan untuk diri aku.

"Dengar kata hati."

Korang..aku tak tau lah.

Sungguh ni.

Jamil dan Petang Sabtunya yang Awesome.

Kaki seluar slack aku terbuka jahitannya ketika sedang berpusing-pusing di dalam mesin basuh.Jadi,bila kaki seluar dah tak hensem,kebarangkalian untuk kelihatan seperti Brad Pitt pastinya merudum.Untuk mengawal kadar keruduman tersebut,seluar tersebut perlu dihantar dengan pantas ke kedai jahit berdekatan.Ada sebuah kedai meenachi tak jauh dari rumah aku.Tak jauh di sini,kalau dikira naik motor atau kereta lah.Kalau berjalan,berpeluh juga ketiak tu.

Ok.Jadi,pada hari sabtu pagi,setelah seluar tersebut kering,ia dihantar ke kedai jahit dengan jayanya.Katanya,petang karang boleh diambil.


Petang pun tiba.


Jam dah 6 petang lebih.Aku yang sedang bergolek-golek manja di depan tv,memang malas habis nak keluar.Tapi,memikirkan tentang betapa hensemnya aku bila memakai seluar yang kemas,aku tiba-tiba jadi bersemangat.Aku amik kunci motor,pakai helmet,sarung selipar jepun dan dengan bergaya terus menunggang motor ke kedai jahit meenaci tadi.

Petang tersebut memang petang yang indah.Langit cerah.Udara segar.Cuaca baru lepas hujan,memang sedap.Rasa bersih je udara.Setelah menunggang lebih kurang 2 minit,aku tiba di kedai tersebut.Enjin motor ditutup.Aku panjat tangga naik ke kedai.Nak bagi salam pun,bukan kedai orang islam.Jadi,aku masuk dengan muka paling manis.Hulur resit.Ambil seluar dan terus bergegas pulang.

Masih seperti tadi,aku tunggang dengan penuh santai.Sampai di rumah,aku parking motor hensem-hensem.Dalam kepala,dah pasang angan-angan nak sambung bergolek-golek sambil tengok Discovery Channel.Dah siap tutup enjin motor,aku terkesima.














Kat kaki belah kiri aku,ada selipar bunga-bunga meenachi.

Bunga dia besar ya'amat.

Jahanam!


Friday, April 22, 2011

Menda-menda terkini.

Aku dengar kat radio,telepon sekarang dah boleh papar status fesbuk pemanggil yang membuat panggilan.Dasat.Serta-merta penerima panggilan dah tahu situasi pemanggil dan apa yang nak diborakannya.

Jadi,kalau status fesbuk pemanggil tu jenis yang minggu-minggu lepas?

Nak kira macam mana?

Nak pulak jenis status "Syaye menchew,tak shuke tak shuke...lelaki tak gunew.Berani kata kitew tak shantekkk..!!!" termuncung-muncung nak baca sebelum angkat panggilan.Nak lagi kaw,kalau tulisan besar kecik besar kecik.

Boleh tersiat neurotransmitter dalam badan beb!

Oh.So random.

Ok.Selamat berhujung minggu.

Babai.


Menonton Battle: Los Angeles

Battle: Los Angeles merupakan filem yang aku tunggu-tunggu beberapa bulan lepas.Bila dapat peluang menontonnya tidak lama dahulu,aku hanya boleh buat satu kesimpulan.

Apa ke bodoh makhluk asing ni.Apa,dia tak belajar ke dari makhluk asing yang nak takluk bumi dalam cerita Independence Day tahun 1996 dulu? Jangan sekali-kali buat 'kawalan berpusat yang terlalu pusat(wadehel?)!' masa berperang.Sebijik kapal utama meletup,habis yang lain berterabur.Buat kawalan berpusat pasal maklumat dah le.Apa dah kurang tentera barangkali,sampai kawal kapal perang lain cenggitu punya cara.Kejuruteraan Alien apakah ini? Kenapa senang sangat nak bagi manusia menang?

Kenapa?

Kenapaaa?

Nasib baik aku download je movie tu.


Menonton Histeria

Kat Estero malam lepas,ada tayang cerita histeria.

Ok.Cerita tersebut adalah cerita seram.Tapi,ada 3 part yang paling aku ingat.

1.Waktu AdiPutra menjerit "Mak!" masa nak kena bunuh kat atas katil di dalam bilik beliau.
2.Waktu hantu raya muncul menunjukkan dirinya yang sebenar.(lelaki berkostum)
3.Pandangan dari Scha al-Yahya yang berada dalam kereta ke arah Liyana Jasmay yang sedang berlari melintas di hadapan kereta.Liyana Jasmay macam Wile E. Coyote dalam katun Road Runner tengah berlari siott..

3 part ni,aku gelak sungguh-sungguh.Ok.Aku bagi filem ni,kategori 'komedi tak sengaja' terbaik pada malam tersebut.

Btw..seronok jugak jadi warden sekolah perempuan macam AdiPutra tu....

Emmm....


Sepagi Bersama Jamil.Oh Yeah!

"Bawa teksi ni,kalau disiplin,lumayan."
"Hari-hari dapat cash."
"Sewa teksi,sehari RM30."
"Pakcik ada kawan,sebulan boleh dapat RM8k-RM10k."
"Pakcik sendiri sebulan boleh dapat RM4k-RM5k."
"Dapat duit,terus masuk dalam bank.Kena disiplin.Lagi lama duit dalam poket,lagi cepat nak membeli.Kalau disiplin kumpul duit,hujung bulan,dah seronok tengok duit dalam bank.Tolak sewa teksi,tolak maintenance,amik la dalam RM1000,pergi enjoy dengan keluarga."
"Cuba lah bawa part time dulu kalau berminat.Kursus dia dalam RM400."
"Pakcik dah ada 3 kereta."
"Pasar malam kat sini mahal,barang tak elok.Pasar malam kat belakang sana,lagi murah.Barang pun lagi elok".








Madah-madah di atas adalah di antara isi penting hasil dari perbualan pagi tadi dengan pakcik teksi yang tumpang semeja semasa sarapan.

Betul tidak betul apa yang pakcik tu cakap..wallahualam,sebab,banyak yang pandai bercakap dari yang melaksanakannya.Tapi,aku sangat suka idea 'kemewahan dalam diam',dan,jika betul apa yang dikatakan oleh pakcik tadi,aku tumpang gembira dengan beliau.

Mungkin beliau berbangga dengan kerjaya beliau,dan,mahu berkongsi dengan aku.

Oh.What a lovely friday morning.(Tolong buat bunyi burung berkicauan dalam otak masing-masing.Tak nak bising-bising.)

Yeha!

(^_^)



Monday, April 18, 2011

Pemberitahuan

Update kat hapacrita akan menjadi super slow.Ini kerana untuk memberi laluan kepada encik Jamil mengarang buku terbarunya yang telah lama tertangguh akibat sibuk dengan urusan dunia.Setahun lebih jugak terbengkalai.Wahahaha.Seperi yang pembaca blog ni sudah ketahui,hujung tahun 2009 dulu,aku ada cuba-cuba sendiri untuk buat blook secara kecil-kecilan atas pertolongan Brader Konotasi yang bertindak sebagai tukang cetak dan pemberi nasihat.Tanpa beliau,tak jadi blook aku dulu tu.Silap jugak cetak sikit.Yang tak sempat tu,kira takde rezeki lah ya.Kalini,aku cuba buat lagi.Kalau siap,aku habaq lah.Tak siap,aku diam.=p

Karangan sedang dibuat dengan penuh lazat.Cover buku juga sedang diukir dengan penuh berkhasiat.Lengkap dengan semua zat-zat yang diperlukan untuk membuatkan orang yang membelinya terasa bahagia.Semestinya buku tersebut akan diakhiri dengan ending yang mungkin membolehkan orang yang membacanya terkeluar perkataan mencarut seperti WTF,WDH,WTH,bagero dan yang sewaktu dengannya.Atau lebih kronik,orang yang membacanya akan terpinga-pinga di akhir cerita.

Bila nak siap? Nanti ceq habaq.

Babai.

Oh.Lupa.





Muah!

Wednesday, April 13, 2011

Tandas

Benci tau tandas duduk jenis yang ada paip kat dalam tu.Bila buka,air yang keluar kuat betul.Macam pili bomba.

Terkemut-kemut I dibuatnya.

Geli.











Tasuke tasuke tasuke...

Pisang

"Sedap jugak pisang ni ya.Murah pulak tu.Selalunya kat RnR mahal jugak harganya." ujar Latifah Kastoba sambil mengunyah pisang.
"Biasa la.Kadang-kadang murah.Kadang-kadang mahal." balas suami Latifah Kastoba sambil memandu meredah lebuhraya yang lurus dan jauh mata memandang.

Lepas makan,secara spontan Latifah Kastoba melemparkan kulit pisang tadi ke luar kereta.Kulit pisang jatuh di tepi lebuh raya.

"Astaga.Buang la dalam plastik tu.Kalau orang terpijak nanti macam mana?" marah suami Latifah Kastoba.
"Abang niii...ni tengah lebuh raya la abang.Manada orang berjalan.Semua naik kenderaan.Sini bukan depan Pavillion." bebel Latifah Kastoba sambil mengambil satu lagi pisang.Suami Latifah Kastoba cepat-cepat bagi plastik kepada Latifah Kastoba.Risau betul.Takut Latifah Kastoba buang sampah merata-rata lagi.

Latifah Kastoba mencebik.

Bajet kiut.
























"BAJINGANNNNN...!!!!!!!!!"
"BRENGSETTTTT....!!!!!!!!!"

"Waduh waduhhhhh...!!!!" jerit Tukiman,seorang pekerja lebuhraya yang sedang terlentang di tepi lebuh raya setelah terpijak kulit pisang ketika sedang kontrol macho semasa turun dari kereta peronda lebuhraya untuk membantu dua orang awek super cun yang sedang terkial-kial cuba menggantikan tayar kereta mereka yang pancit.


Tuesday, April 12, 2011

Status 17

Keluar.Berjalan-jalan.Niatnya,nak cuci mata sebentar.


Tertinggal cermin mata.

Status 16

Genap sebulan jugak mak dengan bapak aku lepak kat KL.Tunggu akak ipar aku bersalin.Jadual asal sepatutnya lahir dalam 15hb March.Alih-alih dia lepak dalam perut mak dia sampai 1 april baru nak keluar.Jenis nak April Fool jugak tu.Tak padan dengan kecik.

Jadi,setelah tugas mak dengan bapak aku selesai dan akak ipar aku pun dah ligat bergerak ke sana ke mari,aku diberi tugas untuk hantar diorang balik.Perjalanan pulang bermula 6 petang sabtu.Aku sampai rumah,jam 2 pagi.Sempat jugak berhenti tidur 2 kali.Ngantuk beb.

Petang ahad,dalam pukul 3 petang,aku bergegas balik ke KL.Malas balik lewat sangat,balik sorang-sorang ke KL,bahaya sikit kalau lewat-lewat.Bukan apa,risau takut kena culik.Orang-orang hensem ni,harga di pasaran antarabangsa memang tinggi.Yang kurang hensem kat luar sana tu,jangan kecil hati sangat ya?

On the way balik,sampai kawasan Seberang Prai,elok lepas ja simpang ke jambatan Penang,jem super teruk.Lahanat betul.Rupa-rupanya ada pesta kutip beras lagi di tengah highway.Gimik apakah ini? Bagi sampel beras untuk dirasa secara percuma?

Disebabkan bosan,kereta tak bergerak,aku amik langkah super bijak dengan keluar dari jalan tersebut.Aku amik ke arah Juru.Ikut jalan lama menuju ke Ipoh.Rancangan aku,aku nak naik kat tol Juru.Drive punya drive,aku semakin senyum memikirkan betapa bijaknya aku.Jalan nampak lengang sikit.Kalau tunggu jalan utama tadi,tak bergerak le gamaknya.

Semakin lama,jalan semakin kecil.Aku rasa dah ikut betul dah jalan tadi.Aku cuba menenangkan diri.

Jalan yang dah kecil tadi,terus menjadi semakin kecil.Pemandangan pun dah berubah.Tiba-tiba banyak kilang.Banyak orang berbasikal.Ramai pulak yang sedang berjalan kaki.Secara automatik,jalan di hadapan aku dah habis.Jalan mati.

Terkesima.

Aku buka cermin,perhati betul-betul.Sekeliling aku orang mata sepet-sepet.Muka macam kenal.Muka depa semua macam dalam cerita perang Amerika.Aku perhati satu group lagi,muka macam penduduk yang tinggal di kawasan pergunungan.
















Demmit!

Aku dah sesat sampai Vietnam dengan Nepal secara serentak!



Tuesday, April 5, 2011

Letih dengan dunia.



Bye.


Monday, April 4, 2011

Supari Jurman

Supari Jurman memandang dengan penuh berhati-hati ke arah kereta Honda yang diletakkan di lorong belakang sebuah bangunan.Kereta tersebut merupakan sebuah Honda City berwarna putih.Setelah pemandu kereta tadi keluar,Supari Jurman tersenyum.

Dia tahu,kereta tersebut sebentar lagi akan menjadi miliknya.Kepakarannya dalam mencuri kenderaan memang tidak boleh dinafikan lagi.Untuk rekod,pelbagai jenis kenderaan telah berjaya dicurinya.Dari kereta mainan,hinggalah kepada lori,semuanya pernah dicuri.

Supari Jurman tersenyum riang bila mendapati pemilik kenderaan tersebut dilihat menaiki lif di sebuah bangunan berhampiran.Supari Jurman tahu,pemilik kenderaan tersebut mesti mempunyai urusan yang memakan masa.

Tanpa membuang masa,Supari Jurman terus menuju ke arah kereta Honda yang ditinggalkan 'bersendirian' tadi.Setelah memastikan keadaan selamat,Supari Jurman menjalankan tugasnya dengan penuh profesional.

Pintu kereta berjaya dibuka.Supari Jurman tangkas menyembunyikan beberapa peralatannya di bahagian belakang tempat duduk.Semuanya beres.Supari Jurman cuba menghidupakan enjin kereta tadi dengan penuh bergaya.Teknik macam McGyver dah.Setelah beberapa kali mencuba,kereta berjaya dihidupkan.

Supari Jurman tersenyum.

KLAK!! bunyi pintu kereta dibuka.

Supari Jurman diheret keluar dengan ganas.Bila ditarik keluar,beberapa das tumbukan ditujukan kepadanya.Supari Jurman menggelabah.Nak larikan diri memang tak boleh.Ada 3 orang brader badan sedap sedang mengepung beliau.

"Jahanam.Semalam aku bagi hon suruh berenti,lajuuu je ko pecut ye.Ko ni,betul-betul buat darah aku menyirap.2 bulan aku cari kereta ni.Masuk bulan ni,dah dekat 6 bulan ko tak bayar.Kau kena ingat,walaupun kami tak kenal kau,tapi..kalau nombor kereta ni dah ada dalam rekod kami,ko tak boleh lari dah.Sia-sia je.Tunggu masa je kami nak jumpa.Ha..mana ko nak lari lagi? Ha? Ha? Haaaaaaa?" panjang betul bebelan Takiyudin Ayob.Takiyudin Ayob merupakan seorang penarik kereta yang gagah,sasa dan penggemar tegar cup cake berhias.

"Nak setel..call bank.Tugas aku dah selesai." tambah Takiyudin Ayob lagi sambil mengunyah cup cake sebelum berlalu pergi.

Supari Jurman hanya mampu terdiam.Terbaring lesu di atas jalan.Tergamam.Terkejut.Ada kesan lebam di bibirnya.

Kereta Honda City putih tadi,dengan rakus dibawa pergi dengan sebuah lori penarik kereta.

Suasana sepi.

.................

............

........

.....

...

..


"Keretaa akuuuu...mana kereta akuuuuuu!!!" jerit Salim Malbari sambil berlari-lari anak.Salim Malbari merupakan pemilik kereta Honda City Putih tadi.Beliau kelihatan macam orang hilang akal.Beg yang dipegangnya terlepas ke tanah.

"Eh.Kau..kau ada nampak tak kereta aku kat sini tadi?Kereta Honda City putih kat sini tadi.Ada tak? Ada tak?" soal Salim Malbari dengan penuh cemas kepada Supari Jurman yang masih terbaring lesu di atas jalan di belakang lorong sebuah bangunan.

Supari Jurman bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah Salim Malbari.

"Kau nampak tak kereta aku? Nampak tak?" soal Salim Malbari lagi kepada Supari Jurman.Mukanya cemas.Beliau betul-betul risaukan keretanya.

"Nampak tak kereta aku?".....













PANGGGG !!!!

Salim Malbari ditampar rakus oleh Supari Jurman.


Anugerah Bintang Popular Semalam.

Hanya dua benda yang aku ingat.

2. Aksi ramai-ramai angkat dan pusing-pusing tangan dalam dewan.




Hahaha.

Gonja - Gonji Alolo Dattebayo.

Muzik rancak berkumandang tidak jauh dari aku.Muzik jenis tekno-tekno rasanya.Setelah 3 saat berbunyi,ada brader tak jauh dari situ buat batuk-batuk.Tanda tidak selesa.

Aku pun tak selesa jugak.Apa kena tetiba ada muzik tekno-tekno ni.Tadi tak ada pulak nak bunyi meriah bagai camni.

Muzik terus berbunyi.

Brader lain pulak ambil giliran buat bunyi batuk.Kalau nak kira,ada dekat 5 orang jugak kot yang batuk time tu.Aku malas nak batuk-batuk sebab aku tengah cuba bagi tumpuan yang penuh dan jitu pada tugas aku pada masa tersebut.Tapi haram tak boleh fokus.Aura tekno dia kuat sangat.Lutut rasa macam nak bershuffle dah.Tapi tahan.

Behave..behave..behave...

Muzik terus berbunyi.Dekat 45 saat jugak la rasanya muzik tekno tadi berkumandang.Demmit betul,tak pandai-pandai ke nak silent handphone.

Muzik akhirnya berhenti berbunyi.

Masa imam solat jumaat tengah sibuk baca fatihah,masa tu lah dia sibuk nak bertekno-tekni sana sini.













Sungguh,aku rasa...macam nak bershuffle laju-laju atas ibu jari kaki kiri beliau.


Friday, April 1, 2011

Semalam Yang Hangat 26

Semalam,aku mimpi arwah afdzal a.k.a ayam, datang berjumpa dengan aku.Dia pakai pakaian yang biasa dia pakai.Seluar pendek warna coklat,baju t-shirt hijau,bertopi coklat cerah dan menggalas beg.Sebijik macam dalam gambar kat link yang aku bagi kat atas tu.Dia datang dengan sorang lagi kawan aku,juga sudah arwah.Tapi aku tak ingat sangat yang sorang lagi tu sapa.Jenuh jugak perah otak dok pikir sapa sorang lagi tu.Mungkin arwah Amri.

Arwah afdzal senyum kat aku.

"Seksaan kat sana tu,berat-berat." kata dia kepada aku sambil tersenyum ketika aku berbual dengannya.

Mungkin itu merupakan nasihat dari seorang sahabat yang jauh,atau,mungkin mereka nak 'ajak' aku ke sana pula dalam masa terdekat ni.Hahaha.Kalau betul-betul berlaku,jangan lupa tagline kat header blog aku tu.Hoho.

Terima kasih ayam.Dulu,ko belanja aku dengan kawan-kawan makan tomyam.Harini,aku nak belanja ko al-fatihah.

Kawan-kawan semua,mari kita sedekah Al-fatihah kat beliau dan juga kepada mereka-mereka lain yang kita sayang dan telah pergi.

Al-Fatihah.

Terima kasih.

(^_^)