Setelah berpindah ke rumah baru area puncak Jalil,aku pun cuba meneroka kawasan tersebut dalam pencarian bege yang best.Last-last aku jumpa satu kedai ni.Tak ada orang pun.Lengang ja masa aku sampai.Dengan rasa nak tolong-tolong dia berniaga sambil nak test bege dia,aku pun singgah.
"Bang,bagi bege ayam double special eh...letak cheese.""Okeh" jawab brader tersebut sambil bergegas buat bege.Tengah masak bege,dia pun amik cheese dalam tempat simpanan kat sebelah.Aku tgk dia amik sekeping je cheese.
"Bang,cheese bagi double eh." brader tu pandang aku.Mungkin aku orang pertama yang order menu camtu sepanjang karier dia.
Ok,ada kelainan bagi aku kedai bege brader ni.
Pertama,skill dia.Memang kemas.Tgk pun rasa sejuk je mata.Cara masak,cara dia goreng telur,ok...buat aku selesa.Satu faktor yang baik untuk aku datang kembali nanti.
Kedua,cara dia letak cheese.Kebanyakan kedai bege yang aku pegi,dia akan balut daging bege dengan telur,dan cheese akan diletakkan di atas telur kan? Kemudian diapit dengan roti dan segala bagai barang-barang lain.TAPI brader ni,dia letak cheese di dalam bungkusan telur tadi.Cara ini adalah sangat bijak bagi aku.Bijak kerana cheese ini tidak akan meleleh keluar bila terkena daging bege yang panas.Dan bila kita gigit bege tersebut ,cheese tadi akan terkeluar dari celahan daging bege dan telur seperti rama-rama yang terbang indah dan terus menuju ke dalam perut seterusnya menghasilkan sensasi yang tidak terperi.Mungkin mampu membuatkan anda mengunyah sambil tersenyum-senyum.
Keesokannya,aku datang lagi ke kedai brader tersebut.
"Bang,bege ayam double satu.Cheese triple."ujar aku sambil menaikkan tiga jari.
"Hah? Cheese triple? Cheese triple?".2 kali dia ulang tanya untuk kepastian.Tidak percaya apa yang didengarinya.Sekali lagi,aku telah memberikannya pengalaman baru dalam seni pembuatan bege.

Besarkan gambar,dan korang leh nampak susunan cheese di sebalik daging bege sebelum brader tu bungkus dengan telur.Waaacchhhhaaaaaaa!!!

-Bege ayam double triple cheese.Waaaaachhaaaaa!!-
Lokasi: PUJ 1 ,Taman Puncak Jalil. Klik
SINI untuk peta.Tepat-tepat tengah peta tu la lokasinya.Dekat simpang masuk ke PUJ1.
Ni semua atas selera aku.Selera korang aku tak tau.Oh ya,kalau korang jenis suka sos lebih,cakap kat brader tu nak sos lebih.Sebab sos dia akan letak secukup rasa sahaja.
Menu cadangan:
1.Bege ayam double special 'cheese double'.
2.Bege ayam double 'cheese triple'.(penggemar keju)
Amaran: Jangan makan selalu beb...punah badan.Ha ha ha..