Monday, July 16, 2012

Sepetang di Low Yat

Aku berjalan dengan penuh tenang melepasi kedai-kedai menjual gadget-gadget terkini.Setelah membuat semakan harga di kedai sekeliling,aku akhirnya singgah di sebuah kedai yang memberi harga terbaik untuk sejenis gadget tanpa keypad yang boleh dicuit-cuit skrinnya.

Jadi,setelah setuju dengan harga yang diberikan,aku bersetuju untuk membeli gadget tersebut.Tiba-tiba,apek tu buat satu benda yang betul-betul silap.Betul-betul silap.

Semasa aku bertanyakan hal ehwal gadget tadi,aku hanya berlagak seperti biasa.Ye lah,tanya je untuk kompemkan apa yang aku dah tahu.Diorang cakap,aku angguk je.Mungkin melihatkan kenaifan aku,apek tadi cuba ambil kesempatan.Auww...

"Ini aa..you kena tambah lagi 16 GB storage.Kalau tidak aa..tidak boleh jailbreak woo..Tak cukup." Begitulah teknik pembohongan yang aku dapat kesan.Nak tambah memori kad kejadahnya kalau kat rumah ada lagi 16GB extra memori kad.Jadi aku cakap,aku tak nak tambah sebab kat rumah dah ada.Lagipun,dalam gadget tu pun,dah ada 16GB memori dah.Jadah dia tak cukup.Aku suruh sumbat memori sampai 1 petabait karang,baru ada akai.

Apek tadi,terus pusing-pusing cakap sambil meyakinkan aku bahawa,tak boleh jailbreak kalau tak letak memori kad sambil memberi alasan pasal benda pelik-pelik.Kini aku faham,mereka tawarkan harga murah untuk gadget,tapi mereka banyak makan dari jualan aksesori.Sekarang,mereka sedang cuba menjual sebanyak mungkin aksesori kepada aku.Tambah2 harga,lebih kurang je dengan kedai yang lain.

Tak cukup dengan itu,kawannya di sebelah turut sokong apa yang beliau cakap.Well,ada team ye.

Licik.

Aku tersenyum.Disebabkan aku ada hal lagi dan dah malas nak pusing kedai lain sebab harga sama aje,aku rasa..tiba masanya aku bagi buah penamat kepada apek tadi.

Dengan jelas dan terang,aku bagi kuliah percuma dari perihal perisian,pengaturacaraan sampailah kepada hardware pasal gadget yang aku nak beli tu.Depan-depan.Tak kasi can.Giliran mereka berdua pula angguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang aku cakap.Satu persatu yang diorang pusing tadi,aku jelaskan semula,tak kasi can diorang nak belit lagi dah.

Apek tadi terus tunduk pasang skrin protector,pegi jailbreak laju-laju,balik semula,aku test sedas dua dan check sampai puas hati dan dia terima duit di tangan aku tanpa bising-bising lagi.Kawannya di sebelah,dah mula potpetpotpet dalam bahasa cina sambil tekan-tekan kalkulator sebab dia salah bagi harga murah.Siap merayu suruh aku tambah duit lagi dengan alasan harga pakej bla bla bla dan takut bos marah.

Nehi nehi nehi.Aku kekal dengan harga asal seperti yang telah dipersetujui sebelumnya.Hahaha.Perangkap tak mengena.







Apek tadi tunduk pandang ke lantai dari lepas aku ceramah....sampai aku blah.

Comel.