Hari tersebut begitu tenang.Cuaca cerah.Burung-burung berkicauan.Langit berarak manja.Kijang dan rusa berlari di sana-sini dan seperti biasa,ultraman terbang bersimpang siur simbolik kepada tanda keriangan yang aman dan terkawal.
Aku memandu PS aku dengan penuh ketenangan.Selepas bagi signal ke kiri,aku memandu masuk ke Stesen Minyak Puncak Jalil.Lokasinya memang di puncak bukit.Kalau masa joging kat kawasan tu,boleh tahan dia punya letih masa nak panjat bukit tu.
Setelah parking dengan cun,aku pun keluar.Cadangnya nak masuk bergurau dengan mesin ATM kat dalam stesen minyak tu.Mana la tahu,mungkin dengan bergurau barang beberapa saat,boleh dapat duit.
Aku tolak pintu stesen minyak tersebut.Elok kaki kanan aku melangkah masuk,sekonyong-konyongnya,staf kat dalam tu terus menjerit kepada aku.
"Selamat datangggggggg!!!!" ucapan penuh mesra,ceria dan bersemangat ditujukan kepada aku.Aku terkejut.Apa gila bersemangat.Dah macam orang Jepun dalam TV.
Bila dah agak terkejut macam tu,secara spontan,aku set muka paling manis,senyum,mata sepet-sepet sikit dan aku membalas semula.
"Selamat datanggggg......"
Staff petronas terdiam.
Sampai sekarang...aku tak faham kenapa aku ucap macam tu kat diorang.

