Tuesday, January 5, 2010

Jamuan Hari Lahir yang Ding Dong

Lokasi: KL
Tahun: 2007

Pejabat aku ada buat majlis hari lahir.Dah jadi kebiasaan tiap-tiap bulan,semua yang ada tarikh dalam bulan yang sama mesti diraikan.Kira tiap-tiap bulan lah ada sambutan macam ni.

Setelah selesai acara tiup api lilin dan wish sana sini,para hadirin dijemput makan.Menu macam-macam.Ada kek aiskrim,mee goreng,kuih muih,spageti,nasi goreng dan....ah...malas nak taip.Sebab banyak sangat.

Aku ambil kek dan duduk atas kerusi.Tengah sedap-sedap makan,bos datang lepak sebelah aku.Kat tangan dia ada sepinggan kek.Sambil makan kami sembang-sembang.Macam biasa,aku cuba buat habis serius.Nak sembang kelakar mana buleh.Aku bukan pandai nak buat kelakar pasal saham-saham ke,pasal bisnes ke.Salah buat lawak,aku tak nak kena hempuk dengan kek aiskrim tu.Nanti membazir.Membazir kan amalan aku masa budak-budak dulu.Membazir awek misalnya.Ramai sangat awek masa sekolah dulu-dulu.Nasib baik aku tak layan budak sekolah lain,kalau tak,bertambah membazir lagi.Aku tak suka membazir.Nanti tuhan marah.

Jamil...hentikan merepek.

Ok,sambung cerita.

Tengah sedap makan sambil berbual dengan bos aku,tetiba ada 2 orang staff perempuan dari department lain yang badan mak-datuk-meletup-hot-gila-ding-dong-ah-badan-melentik-macam-bulu-mata-guna- eyeliner(maskara sebenarnya,tq yang tegur..haha)-maybeline datang ambil makanan.Aku dan bos aku tengok apa yang diorang ambil.

Mereka berdua ambil salad sahaja.Diulang,salad sahaja.Punya banyak makanan kat atas meja,itu ja diorang ambil.Bos aku yang sedang makan mula rasa nak bersuara.Aku pulak mula sibuk bagi mata aku makan makanan yang sedap-sedap.

"Kamu berdua tahu tak apa yang suka makan menda daun-daun macam ni?" soal bos aku kepada mereka.
"Tak tahu.Apadia?" soal mereka balik.

"Yang makan daun-daun macam ni,lembu,monyet,gajah,badak air...bla bla bla...." panjang bos aku bebel sambil gelak-gelak....gadis berdua tadi terdiam.

Aku tak amik port sangat...sebab mata aku tengah sibuk masa tu.







Letih jugak nak maintain pandangan pertama rupanya.