Monday, December 21, 2009

Karangan Bahasa Melayu

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius dan Kampung.

Tahun: 1995 (Darjah 5)


"Baik murid-murid sekalian,ingat tau,30 karangan bila buka sekolah nanti.Hantar kat cikgu ye.Kamu cuti sebulan.Sehari buat satu karangan." laung cikgu Norzihan.Cikgu perempuan bujang badan mantap yang mengajar dalam kelas aku.

"Baikkkkk cikguuuu....." balas kami ramai-ramai penuh dusta.Jangan harap nak buat karangan.Masing-masing dalam kepala dah ada plan.Ada nak berkelah kat sungai,ada yang nak pegi KL,ada yang nak pergi kenduri adik-beradik dan ada jugak yang nak pergi berkhatan.

Aku tak terkecuali,bunyi je loceng balik,masing-masing berterabur keluar.Ada yang terpa ke pintu bas.Ada yang ke pintu kereta mak ayah.Yang panjat motor pun ada.Yang balik jalan kaki pun ada.Selaku pelajar kacak,aku menunggang basikal BMX warna hitam.Seronok punya pasal,aku kayuh laju-laju balik rumah.

Selama sebulan bercuti,aku buat macam-macam aktiviti.Berkelah la,tido sampai tak pandai dah nak tido,tgk cerita kartun pagi ahad yang aku jarang dapat tgk sebab kedah tak cuti ahad dan yang paling best sekali,aktiviti kampung seperti main perang-perang,gasing,mandi sungai,berkelah megi dan panjat bukit.

Tiba hari terakhir cuti,aku jadi penat.Tiba-tiba rasa tak best sebab cuti dah nak habis.Besok kelas dah start.Mata aku kuyu.Motivasi down.Aku capai bantal dan mula baring-baring manja.

Tetiba aku teringat pesan cikgu Norizan sebulan yang lepas.Mata tiba-tiba segar.Hati berdebar.Aku tengok jam dah pukul 12 malam.Buku kosong lagi.Takkan aku nak biar je.Selaku ketua kelas,aku kena tunjukkan teladan yang baik.Ada 30 karangan nak kena siap.Dah le tajuk kena cari sendiri.Tanpa buang masa,aku terpa beg sekolah yang aku langsung tak sentuh sebelum ni,keluarkan buku dan terus mengarang.Aku mengarang sambil mendengar bebelan akak aku yang tensen melihat gelagat aku.

Pagi esoknya,aku menyerahkan buku dengan penuh bangga sebab dapat siapkan 30 karangan tersebut tanpa banyak masalah.

Cuma,aku perasan,karangan yang pertama 140 patah perkataan.Karangan yang belakang-belakang dah jadi 80-60 patah perkataan.Macam ringkasan karangan pulak.Tajuk karangan yang belakang-belakang pun dah merepek-repek.










Aku rasa...Santa Claus pun tak terer mengarang karangan bahasa melayu yang macam aku buat.