Tuesday, November 3, 2009

Pagi yang hensem 13

Aku keluar dari bilik mandi dengan perasaan segar.Lap-lap badan,pegi pakai apa yang patut.Kemudian selongkar koleksi baju yang dilipat rapi.Tak susah nak pilih baju sebab ada sehelai ja yang dilipat.

Sebelum pakai baju,pekena deodorant dulu.Wangi ketiak.Selepas deodorant,aku capai body spray.Baru wangi badan.Tengah sedap nak tekan penyembur tu,hati waja sound aku.

"Jamil...ko nak mampus?"

Terkejut dengan teguran tersebut maka aku pun pandang ke arah tangan aku.









Kelihatan tangan aku sedang memegang botol spray racun serangga Fumakilla Aerosol -T yang sedang ditala baekkkkk punya ke arah badan aku.

"Hati waja,nanti aku belanja ko makan zikir-zikir."