Aku menonton cerita ni dengan penuh minat.Macam korang tgk dalam gambar.Mamat tu adalah penulis novel.Dia eksiden.Tangan dan kakinya patah.Pastu dia diselamatkan oleh peminatnya yang fanatik.Peminatnya itu pula tak nak lepaskannya.Sumpah filem ni psiko.Tapi tahap psikonya masih di tahap sederhana.Kira ok la.Sangat menarik!
Ok..kita bayangkan kejadian ini.
Aku sedang berjalan-jalan dengan tenang.Tetiba aku terpijak duri.Pada masa yang sama seorang peminat blog aku (perempuan....ehem..ehem...) terus datang dan membawa aku pergi ke rumahnya.Aku menyuruhnya menghantar aku ke hospital.Tapi dia memberikan pelbagai alasan seperti hospital tidak akan menerima pesakit yang terlalu hensem macam aku....atau alasan lain yang logik seperti jalan ke hospital masih dalam pembinaan.
Di rumahnya dia merawatku.Setelah dirawat...aku tidak dibenarkan keluar.Kakiku sakit dan tidak dapat berjalan.Aku Dikurung dan dipaksa update blog di rumahnya.Sebarang update yang dia tak suka dia akan suruh aku buat semula.Akhirnya aku hanya dapat keluar dari rumah tu setelah membunuhnya.Seram kan?
Jadi...tahulah kamu semua...mengapa aku merahsiakan identiti aku. =)
Jadi...tahulah kamu semua...mengapa aku merahsiakan identiti aku. =)

