Thursday, June 4, 2009

HapaCrita Spoof 2

Nasir berehat-rehat manja di sofa rumahnya.Dia tinggal bersama dengan 4 lagi member-membernya.Malam tu 3 orang dah kuar.Pegi tgk wayang.Jadi tinggal Nasir ngan Topek ja.Topek lak tengah tido dalam bilik.Baru balik dari pejabat.

Sedang Nasir sedap layan AF kat estero,tetiba beliau perasan ada lembaga putih melintas di belakangnya.Nasir dah tak sedap hati.Tiba-tiba menda putih tu melintas lagi di belakangnya.Nasir hanya mengikut dengan ekor mata sahaja.Tup-tup dia muncul kat tepi Nasir.Muncul dari belakang sofa.

KLEPEK!! KLEPEK!! KLEPEK!! KLEPEK!!

Bunyi kertas surat khabar yang dah digulung padu dihempuk-hempuk ke kepala lembaga putih tadi.

"Haa....amik ko...amik ko...amik ko....dah sedap-sedap tido dalam bilik...gagah jugak nak sakat aku.Dah la topek..pegi tido.Jangan kaco aku." ujar Nasir sambil gelak-gelak kat lembaga putih yang dipukul tadi.

Lembaga putih tadi terus pergi ke arah bilik Topek.Nasir sambung tgk Estero.

"Amenda ko bising-bising sebut nama aku Nasir?" ujar Topek sambil garu2 kepala.Dia bangun nak ke tandas.

"Ah...dah tukar baju pulak?..mana kain putih ko pakai tadi?..ada hati nak ngusik aku.ingat aku takut?"balas Nasir sambil sengih-sengih.

"Apajadah aku nak usik ko.Aku tido lah tadi.Aku bangun pun sebab ko bising-bising.Ko cakap dengan sapa tadi? Baik ko cakap elok-elok." Muka Topek dah ketat-ketat....Topek mula tak puas ati sebab kena tuduh.

Nasir terdiam.









Dari celah-celah kain Nasir....kelihatan air jernih kekuningan mula mengalir....mukanya pucat....lidahnya kelu...badan dah mula ketar-ketar...
















Nun jauh di belakang rumah Nasir...

"Ha ha ha..kan aku da cakap...pesen hantu main kain putih ni dah lapuk...kita kena usik cara baru....aku da cakap...tukar pesen baru...ko degil..tgk...kan da kena ketuk....orang tak takut dah hantu cam ko buat tadi...banyak dah dalam Estero stail hantu camtu....hahahaha" gelak si langsuir berpakaian batik kepada pontianak yang sedang tahan marah setelah dipukul oleh Nasir........




Suara Penaja.

Langganilah Estero Sekarang! Banyak pakej-pakej hebat untuk anda semua!