"Anak ini sangat degil,degil kerana memperjuangkan kebenaran"..
Aku hanya terpaku.Tidak faham apa maksudnya.Jadi aku tidak memberikan respon.Kalau nafasnya berbau tadi,mungkin aku akan sound sket-sket.Aku hanya duduk memerhatikan orang tua itu.Berpakaian putih.Mukanya bersih.Berjanggut panjang.
"Mintalah satu kebolehan yang kamu mahu.Apa-apa kebolehan." kata orang tua itu...
"Tak apa lah,nanti kalau saya ada kelebihan,susah nak jaga.Susah nak kawal." jawab aku semula...
Orang tua itu hanya tersenyum mendengar jawapan aku.Dia merenung aku dengan tajam tapi penuh dengan kelembutan.Aku harap dia bukan gay.Berharap sangat.
"Tapi,saya ingin mencuba.Cuba terbangkan saya." Kata aku lagi sekadar menguji orang tua itu.
"Baiklah"...jawabnya ringkas....
Tiba-tiba aku dan dia terbang di langit.Aku ingat lagi,aku dan orang tua tersebut terbang di ruang udara Putrajaya.Semuanya nampak dengan jelas.Orang tua tadi hanya tersenyum kepada aku.Aku mula cuak.
***** KAPOFFFF!!! *****
Agak-agak korang,kalau aku mintak kebolehan terbang dalam mimpi semalam,hari ni aku boleh terbang tak?

