Friday, May 29, 2009

Hapacrita Flashback

Aku buat blog ni dulu..sebab suka-suka...aku suka nak merepek-repek.2 bulan lepas aku membebel dalam blog ni,baru aku publish kat orang.Masa letak meter kat tepi tu,bila meter tu berjalan,gila punya seronok.Letak pulak follower,ada follower join,aku tersengih2.

Selepas tu,semuanya terus bertambah.Memang aku tak sangka langsung ada orang bleh terima stail aku menulis.Tulisan main-main camni pun ada orang baca rupanya.

Nanti lah..mungkin aku akan ajak semua follower tu buat gathering ke..apa ke.Bila aku dah bersedia nak dedahkan siapa diri aku.Ye la,korang semua tahu aku ni kejap Jamil,kejap Karim, kejap itu kejap ini kan?

So,terima kasih le sesapa yang singgah ke blog ni.ok..aku tulis ni sebab aku tak sempat nak merepek-repek.Keja tgh banyak. =} Tgk le petang karang.Kalu da siap aku bagi le sedas dua entri.

Salam.
(Pengarah HapaCrita yang Kacak Serta Hensem)