Friday, May 1, 2009

Kenapa Kanak-Kanak Suka Berlari?

Lokasi: Sekolah Rendah Kanak-Kanak Genius
Tahun: 1991 - Darjah satu

Aku bergegas keluar dari kelas selepas bagi salam kepada cikgu apabila loceng terakhir berbunyi...punya seronok nak balik ke rumah....nak makan nasi lauk telur goreng kicap masakan mak...letak plak cili besar warna merah..bawang besar.......peh...memang sedap....

Gaya larian aku biasa la...menyamai gaya larian juara-juara.....memang laju....tak terkejar samseng-samseng kelas aku.....dengan beg di belakang...aku berlari melepasi semua rintangan seperti kerusi kayu....batu-batu tepi padang......kon sukan yang disepahkan pelajar....kucing yang sedang berangan...bungkusan keropok.. (sila bayangkan dalam gerak 'slow-motion')... ahhh..gila banyak halangan sekolah aku ni....tempat buang sampah ke hapa....

Aku memusingkan kepala ke belakang....untuk melihat rakan-rakan yang lain yang aku tinggalkan...mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk cuba memotong aku dengan larian yang kurang berkualiti...aku hanya tersenyum sinis kepada mereka....kemudian aku pusingkan muka aku ke depan semula untuk membuat pecutan terakhir lantas cuba untuk meninggalkan mereka semua di belakang dengan penuh bergaya.........dan....













BAMMMMMMMM !!!!!









Aku terlanggar tiang kabel elektrik yang kayu tu...ala...yang bentuk 4 segi tu.....dan aku kena betul-betul kat bucu yang tajam tu.........

Dahi aku sekarang kalau dibelai-belai manja mesti dapat rasa 'garisan mendam berahi' tu......kalau dibelai-belai rakus tak dapat rasa....