Wednesday, March 25, 2009

Pagi yang hensem 2

Dalam perjalanan ke opis tadi....aku singgah jap beli nasi lemak kat taman aku.....sarapan masyarakat marhain cam ni le...nasi lemak je memanjang..memang tak sehat.....pasni kena mula jogging sambil lompat bintang disertai dengan kenyit-kenyit mata lah...


"Kak....nasi lemak satu....letak telur goreng ye kak.."
"okeh.....lewat arini...tak keja ke dik?"
"saya lewat pun x pa kak...janji keja siap..bos saya baik..."


sedang akak tu isi nasi dia pun meramahkan diri beliau lagi memandangkan hanya kami berdua ketika itu.....tiada orang lain....siapa yang tak nak berbual dengan orang hensem kan?


"Adik keja mana ni?..."
"Ampang kak....."
"Jauh tu.....adik keja kilang ke?.."


See?...walaupun aku programmer terulung...aku sangat 'humble' di luar sana...bersembunyi di sebalik kesederhanaan....

Hanya jeans lusuh dan baju tshirt berusia 8 tahun.....cuma 'the choosen one' sahaja yang dapat 'melihat' aku......