Lokasi: Asrama Sek Men
Jam: Lewat Malam..
Malam tu Shukor ngan membe-membe plan nak kuar asrama secara haram...atau bahasa yang dikenali ramai adalah 'fly'......
Aku tak termasuk...sepanjang aku lepak asrama...x penahnya aku fly....nak fly pekemendanya...kiri kanan hutan.....jauh sket ada le kedai makan....setakat jual goreng-goreng biasa ja...semua tu punca kenapa aku tak berminat nak fly....langsung takda untung......tak berbaloi......kalau ada rumah aku dekat-dekat tu boleh gak fly balik tidur umah...balik nonton tv ka.....
ok...berbalik kepada cerita tadi...
Nak dijadikan cerita...Shukor dan rakan-rakan akhirnya berjaya melepasi kawalan keselamatan pihak asrama yang suam-suam kuku........
Mereka berjalan kira-kira 2 km ke kedai makan tersebut......semangat berkobar-kobar.....akhinrnya setelah penat berjalan....mereka berjaya tiba di kedai makan tersebut dengan selamat.....
Di kedai makan tersebut juga...kelihatan warden asrama sedang enak menjamu selera dan yang paling mengerikan sekali ialah.....warden tersebut menyedari kehadiran Shukor dan rakan-rakan.....
mereka selamat sampai....tapi terus tidak selamat apabila sampai....
Tuesday, March 10, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)

