Aku pergi ke hospital Serdang untuk check badan aku...ye la..tetiba demam teruk....no hal la....aku bukan superman.....aku bukan manusia gagah.....cuma manusia biasa.....
ahhhh....manada superman....tipu ja semua tu....
Setelah selesai urusan pendaftaran.....aku tunggu giliran masuk jumpa doktor.....
Akhirnya giliran aku tiba....setelah puas dinodai doktor perempuan tersebut di sana-sini.....akhirnya aku keluar...aku terus ke bahagian farmasi...untuk ambil ubat seperti yang diarahkan doktor.
"Adik makan ubat ni ye....makan sampai habis...yang ni kena makan bla bla bla..." panjang kakak tu terangkan kat aku...aku anggukkan aja.....
"Berapa kak?..." tanya aku sambil pegang wallet....
kakak tersebut diam........dia menarik nafas dalam-dalam......dan melepaskannya panjang-panjang....
"Tak perlukan bayaran....."
jawapan ringkas dan tona jawapan yang kedengaran seperti agak menyampah itu menyedarkan aku bahawa aku sedang berada di hospital kerajaan.....bukan Klinik Ravi.....
Alaaa....aku demam la...
Isteri tidur mati, suami benar benar mati?
3 weeks ago

