Kalau korang pernah pergi surau kat Bukit Jalil....ya..surau dekat dengan LRT Bukit Jalil tu....mesti korang perasan yang tandasnya ada pintu jenis belah tengah.....belah tengah macam pintu bar-bar dalam cita koboi tuh...bezanya pintu ni plastik...bukan kayu...
ok...begini ceritanya.....
sebelum aku buat menda yang wajib tu....aku masuk tandas kejap...aku masuk port yang pertama..aku masuk dan terus keluar dengan serta merta.....sebab?....sebab pintu tidak boleh dikunci...kuncinya rosak....dan aku tak nak amik risiko bila tengah lepaskan hajat ada orang buka pintu.....itu sesuatu yang sangat mengerikan bg aku...
Jadi....aku dengan penuh bijaksana pergi ke port kedua pula..pintunya tertutup rapat....namun tangan aku dengan pantas cuba menolak-nolak manja pintu tersebut..bertujuan untuk menguji samada pintu tersebut berkunci atau tidak..seterusnya menghasilkan jawapan samada aku boleh masuk atau tidak ke dalam port tersebut..bijak kan aku?
Pintu tersebut tidak berkunci...aku rasa lega memandangkan hasil kumuhan aku pun macam dah tak sabar-sabar nak jumpa membe-membe diorang dalam tangki septik kat bawah sana......
jadi...tanpa berfikir panjang....dengan rakus aku menolak pintu tersebut.....
kelihatan seorang lelaki sedang bertinggung di atas mangkuk tandas dengan gaya yang sangat comel....dan matanya bulat memandang aku....
ya..aku baru sahaja berjaya menodai seorang lelaki...
Isteri tidur mati, suami benar benar mati?
3 weeks ago

