Wednesday, January 1, 2020

01/01/2020

Macam tak sangka kita semua dah berada di tahun 2020. Dulu masa di perhimpunan sekolah menengah, bila cikgu sebut pasal wawasan 2020, aku rasa jauh sangat. 

Apapun, syukur Alhamdulillah, kita semua masih hidup sihat sempurna. Kepada sahabat-sahabat yang telah pergi, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. 

Kepada yang masih ada, moga tahun 2020 menjadi permulaan yang bagus untuk anda semua.

Sempena tahun 2020 ni, Jamil nak belanja satu lagu. Dah dekat 12 tahun umur blog ni ye.

v(^_^)v

0 comments: