Tuesday, August 4, 2020

Denda COVID-19

Bila melihat betapa bebalnya masyarakat Malaysia (ya, yang bebal sahaja, yang ikut SOP tahniah), aku rasa, kerajaan dah boleh mula tukar kaedah denda. 

Kalau sekarang kita tengok denda RM1K kalau tak kuarantin di rumah, apa kata kita ubah sikit. 

Caranya, jika individu yang wajib kuarantin tersebut bertanggungjawab sebarkan kepada orang lain (kes berjaya dibuktikan), untuk seorang pesakit yang positif, denda RM1K akan dikenakan. Kalau terbukti kau sebarkankan kepada 5 generasi ke sampai cecah 100 orang, ha, masaklah kau. Buta-buta kena denda RM100K. Tak boleh bayar denda, masuk ke dalam. 

Kejam? Lantaklah, masa sibuk nak jadi ketua kluster, tak fikir kejam pulak kan? Menyusahkan semua orang. Orang awam ni, kena main acah dengan duit, baru diorang boleh berfikir sikit. Bila kena macam ni, aku rasa orang yang wajib kuarantin pun cuak nak keluar dan tak berapa berminat dah nak berebut jawatan ketua kluster. 






Tegas tidak bermakna benci. 

Topeng Muka

Memakai topeng muka sambil mendedahkan hidung, adalah sama seperti kau pakai kondom yang dah digunting kat hujung.  

Ha, tu belum masuk yang jenis letak bawah dagu lagi tu. Baik kau buka seluar, sangkut kat peha kiri kanan kau, kemudian buat tempat letak telur je. 




Useless dan tak faham konsep. 

Thursday, January 2, 2020

Jamil di Korea - Part 1


Tibai flight awal pagi dengan harapan bila sampai nanti ngam-ngam waktu check-in hotel. 


Besar beruang Korea ni. 

Aku tak pasti samada tu tangga atau lif. Yang aku pasti, orang Korea ni, tua macam mana pun, dia gagah panjat tangga jugak. Sihat betul. 

Masa mula masuk bandar Seoul, feeling dia dah lain. Rambut aku tiba-tiba rapat ke dahi, kulit jadi putih dan mata mula menyepet. OPPA!

First time ke Korea dulu, aku banyak main tren. Untuk 2nd trip kali ini aku try bas diorang pulak. 



Hotel yang dipilih adalah Venue G hotel. Naik bas je dari Aiport ke hotel. Turun bas, jalan kaki dalam 50 meter, sampai hotel. Hotel ni depan sungai dan tidak jauh dari Namdaemun, Myeondong dan Dongdaemun. Seoul Tower pun tak jauh sangat. 

Okay, cuaca kat Seoul memang tak boleh dibawa berbincang. Sejuk betul. Celah-celah mana diorang selit aircond kat negara ni, aku pun tak tahu. 

- Bersambung -

Wednesday, January 1, 2020

01/01/2020

Macam tak sangka kita semua dah berada di tahun 2020. Dulu masa di perhimpunan sekolah menengah, bila cikgu sebut pasal wawasan 2020, aku rasa jauh sangat. 

Apapun, syukur Alhamdulillah, kita semua masih hidup sihat sempurna. Kepada sahabat-sahabat yang telah pergi, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. 

Kepada yang masih ada, moga tahun 2020 menjadi permulaan yang bagus untuk anda semua.

Sempena tahun 2020 ni, Jamil nak belanja satu lagu. Dah dekat 12 tahun umur blog ni ye.

v(^_^)v