Thursday, March 29, 2012

Setelah Sedekad



Aku tak tahu kenapa.Walau jauh mana aku pergi,lama mana aku pergi tempat lain,kepala otak aku masih melekat dengan semua kenangan kat sini.

Bagi aku,selain tadika kanak-kanak genius di kampung aku,inilah tempat belajar yang paling best pernah aku rasa.

Aku suka belajar kat sini.Untuk KMP'rian' yang kata tak best belajar kat sini,bagi aku....pigi la dead kat hangpa.

Hahahaha...

Semestinya aku akan jejakkan kaki semula kat sini.Soon. =)




*Mangga Harum Manis peghelih bila haaa start musim dia?

Wednesday, March 28, 2012

Murad

Kod di hadapan mata,berlalu baris demi baris.Semuanya aku taip dengan penuh kasih sayang.Entah bila le nak kerja kerani macam ni.Hari-hari menaip je.

Dah siap kerja,terus update KPI.Muka senyum-senyum melihat deretan tugasan yang sudah disiapkan.Semuanya awal dari dateline.Kalau maintain macam gini,boleh tersenyum riang hujung tahun ni dibuatnya.

Tengah sedap-sedap senyum,perut pula rasa tak sedap.Aku bangun dan menuju ke tandas.Jalan keluar ke lobby,terus masuk ke tandas.Aku kuak pintu yang pertama.Masuk.Tutup pintu dan aku mula buka tali pinggang keledar.

Gotcha!

Tali pinggang seluar lah.Hahaha.

Jadi,setelah buka tali pinggang,aku bersedia untuk londehkan seluar dan meneruskan urusan seri paduka baginda yang amat penting tersebut.

"Ha Murad! Murad! Murad!" aku terdengar suara lelaki.Betul-betul di belakang aku.Kuat betul jeritnya.Aku terpana.

Jahanam,apahal aku tak perasan ada orang dalam tandas.Rasanya dah tengok betul-betul tadi.Aku mula cemas.Aku pusingkan kepala aku perlahan-lahan ke belakang.

Kelihatan ada satu walkie talkie yang pak guard tertinggal di belakang aku.

"Ha Murad! Murad! Murad!" bunyi walkie-talkie tadi lagi.












Murad kepala bana dia.


Monday, March 19, 2012

Petang Yang Tenang 13

Hujan masih lebat di luar bangunan.Jam dah tunjuk pukul 6:36 petang.Aku berbelah bagi,samada nak meredah hujan atau lepak dulu.

Pandang ke belakang,di luar bangunan,nampak hujan bukan main lebat kat tengah-tengah tasik.Rasa sejuk mula datang.Aku pakai jaket.

Lepas pakai jaket,perut pulak mula rasa lapar.Aku bersabar,dah nak balik dah pun.Nanti makan la puas-puas.

Tengah melayan perasaan,tiba-tiba aku terhidu bau ayam berempah dari belakang aku.Baunya sedap sungguh.Cukup rempahnya.Perut aku yang dah steady tadi,tiba-tiba jadi lapar semula.Ini tak boleh jadi,aku mesti tengok mana datang bau ayam berempah tadi.

Aku toleh ke belakang.

Kelihatan,seorang pengawal keselamatan berbangsa bangla barangkali,sedang melilau ke sana sini di belakang aku sambil beliau gigih 'check' satu persatu pintu pejabat yang belum dikunci.Tiada ayam berempah kelihatan,namun,baunya masih menusuk kalbu.










Ya,untuk entah ke berapa kali,hidung aku ternoda lagi dengan bau ketiak bangla.


Shi.La.ke.

Tuesday, March 13, 2012

Lapar

Dah tahu tempat orang ramai,degil tak nak buat food court besar-besar.Makanan pulak siap boleh habis.Nak menapak ke bangunan Sapura kat sebelah nun,memang tak ah! Sama je hasilnya.Nasib baik ada pemandangan tasik,boleh layan blues.

Tengok,kan aku dah jadi macam gadis-gadis....meluahkan perasaan di dalam blog.

Bila lapar ni,macam-macam boleh jadi.








Auw!

Sunday, March 4, 2012

The Voice

Rancangan The Voice memang menarik.Menarik kerana konsepnya di mana penyanyi tak perlu perkenalkan diri pada awal kemunculan.Jenis terus buat persembahan.Adil jugak sebab hakim tak akan pandang kepada rupa dan gaya.Hanya suara semata-mata.Hakim pun,jenis yang masih aktif buat persembahan sampai sekarang.Kiranya,bukan yang jenis bersara dah la.

Aku seronok tengok Adam Levine berebut peserta dengan Blake Shelton.Jenis dua jantan Alpha,gitulah kekdahnya.Berebut-rebut.Christina pun boleh tahan berebutnya jugak.Cuma Cee Lo yang nampak cool kadang-kadang.

Kalau rancangan ni sampai ke Malaysia,aku harap,Kak Ogy tak jadi hakim.




*Christina walaupun dah gumuk,masih geram dilihat.Hahaha.




Saturday, March 3, 2012

Sejenak Di UPM

Sedang berharap,brader mana yang jumpa cermin mata kat tempat ambil air sembahyang Masjid UPM waktu solat jumaat semalam,passing balik kat aku.Jenuh aku pusing cari semalam tak jumpa.

Aku sayang cermin mata tu walaupun murah.Nasib baik rabun aku tak kronik.

Sedih. (-_-)