Kad ATM ni,dicipta khas untuk aku pada tahun 2003 oleh seorang amoi cantik di bank Bumiputra Commerce Bank (BCB) cawangan Alor Star.Kini,branch tu dah tak ada,dah tutup dan pindah ke tempat lain.Teluk Wanjah tak silap aku nama tempat tu.Lama sungguh rasanya.(Yelah,BCB pun dah gabung jadi CIMB dah sekarang,rare tak rare lah kad ni).
Habis matrik,aku sambung belajar.Disebabkan aku guna PTPTN,jadi aku kena lah buat kad bank ni.Kalau tak buat,macam mana nak keluar duit beli bantal peluk? Bantal peluk aku yang berjudul Lily tu dibeli pakai duit PTPTN tau.Setelah dicongak-congak,lebih kurang 9 tahun 6 bulan kad ni ada dengan aku.Lebih kurang budak darjah 3 dah usianya.
Pernah beberapa kali rosak,namun setelah ditenyeh-tenyeh cipnya dengan penuh kasih sayang, ianya berfungsi semula.Tadi,bila aku try kat mesin ATM, terus dia senyap.Takda respon dah.Mesin ATM pun kata kad ni tak berfungsi dah.Ye lah Ye lah,mesin ATM tu tak kata pun,dia tulis ja kat skrin.
Well,tamat sudah khidmat kad aku yang satu ni.Lunch nanti,nak cuba tenyeh-tenyeh lagi cip dia.Harap-harap berfungsi lagi.Hik hik hik.
"Ni IC menda ni.Pegi la Putrajaya,tukar baru.Sekejap je." bebel seorang anggota polis trafik semasa semak IC dan lesen memandu aku beberapa bulan lepas.Aku tak langgar undang-undang,IC aku pulak dikesahkannya.Ha ha ha.Mungkin dia risau cip dalam kad tu akan menggelungsur keluar.Berbanding kad bank BCB aku,IC aku ni lagi jahanam keadaannya.
Baru buat tahun 2004.Sekarang,dah terbelah tiga.Namun,kalau test kat mesin KWSP untuk check duit terkumpul,cipnya masih cemerlang.Tak ada masalah.Siap keluar love-love lagi kat skrin mesin EPF tu.Aku cakap benda betul ni.
Ok.Kesimpulannya, serius aku malas gila nak buang masa pergi tukar kad.



