Geng-geng makcik dan akak-akak Cleaner di pejabat,buat majlis jamuan sempena Hari Raya.Aku antara yang dijemput hadir selain dari bos-bos mereka.Datang je lah,dah aku kamcing dengan bos diorang.Ye dok?
Aku datang,senyum-senyum.
Kemudian,beramah mesra sambil tambah makanan(soto dia sedap siot!).
"Umur berapa ni dik?" tanya seorang akak kepada aku secara tiba-tiba.
"28 kak..." balas aku sambil kunyah makanan,mulut bagi senyum paling manis.
"Muka macam belasan tahun.Tak nampak tua." ujar akak tadi dengan mata membulat sambil pandang aku atas bawah atas bawah.
Seperti biasa.
Anda semua,sila terima kenyataan ini dengan tabah.

